in ,

5 Manusia Dengan Kuasa Superhero

http://www.kupikupigo.com/wp-content/uploads/2018/12/hwk23k_2.jpg

5. Lelaki Ais – WimHof

Wim hof adalah seorang atlet dari belanda yang terkenal dengan kebolehan tubuh badannya untuk berada di kawasan yang sangat sejuk, Diberikan gelaran ice man ataupun lelaki ais, malah dia pernah mendaki gunung everest hanya dengan memakai seluar pendek dan berkasut but sahaja. Dia juga memegang 26 rekod dunia seperti merendamkan di dalam air selama 1 jam 52 minit dan menahan nafas di lautan kutub utara selama 6 minit.

Wim Hof mempunyai kebolehan untuk meingkatkat imunisasi badannya ketika berada di tempat sejuk, membuatkan seluruh tubuh badannya kebas.

4. Kuasa Penglihatan– Veronica Seider

Berasal dari barat jerman, veronica mempunyai kuasa penglihatan, dia boleh melihat sesuatu dengan jelas 1 batu jauh darinya. Veronica mempunyai penglihatan 20 kali ganda lebih baik daripada manusia biasa dan buat masa ini penglihatan veronica adalah yang terbaik di dunia pernah dicatatkan.

Kebolehan veronica dikenalpasti pada tahun 1972 bila university stuggard, jerman menjalankan ujian penglihatan terhadap pelajar, dan veronica adalah salah satu daripada golongan pelajar tersebut. Kebolehan veronica ini juga boleh dibandingkan seperti sebuah telescope.

3. Lelaki Bateri – Slavisa Pajkic

Bila manusia biasa boleh cedera oleh 50 volts renjatan elektrik,  Salvisa Pajkic yang berasal dari Serbia ini mempunyai kebolehan bukan sahaja menahan renjatan elektrik sebanyak 20,000 volts, malah boleh menghasilkan tenaga elektrik dari dalam badannya. Dia boleh memanskan hanya dengan tapak tangannya, boleh menghidupkan lampu bulb dan juga memasak sosej dengan hanya menggunakan aliran elektrik dari badannya.

Dengan kebolehan ini, slavisa memegang rekod dunia dua kali iaitu pada tahun 1983 dan juga tahun 2003, dan untuk rekod dunia ketiga dia cuba untuk menahan tubuh badannya dari 1 juta volt renjatan elektrik dan menembak laser dari tangannya.

2. Super Insomnia –Tai Ngoc

Lelaki ini tidak pernah tidur lebih dari 45 tahun, Tai lock yang berasal dari Vietnam ini tidak boleh tidur apabila sembuh dari demam panas yang hampir meragut nyawanya pada tahun 1973, bila ramai yang teleh meninggal akibat kekurangan tidu. Insomnia yang dialami oleh tai ini tidak memberikan kesan buruk kepada dirinya malah dia disahkan sihat.

Tidak sehingga pada tahun 2006, Tai ngoc mula mengadu letih dan merasa penat kesan daripada kurang tidur. Walaupun begitu kebolehan ini bukanlah sesuatu yang dia banggakan, malah dia telah mencuba sedaya upaya untuk mengubati keadaanya termasuk perubatan moden dan perubatan tradisional tetapi ia tidak membuahkan hasil.

1. Superman – LouisCyr

Dilahirkan pada tahun 1864, lelaki yang berasal dari kanada ini dikenali sebagai lelaki terkuat di dunia, dia mempunyai kebolehan untuk mengangkat 227 kilogram dengan hanya satu tangan sahaja, dan mampu untuk menganggkat barang seberat 1,969 kilogram menggunakan badannya. Dia telah menjadi juara dunia di dalam acara angkat berat pada tahun 1892.

Dia kemudian menyertai sarkas untuk membuat persembahantatetapi pada tahun 1912 dia meninggal dunia disebabkan oleh jangkitan Nephritisyang kronik.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BUS STOP – Ezah

Afiq – KKG Original