in

Hijab – Lorrna Azwa

Assalam Ekram,

Saya nana, saya nak share story pasal hijab. Pada awal persekolahan saya, masa tu saya di sekolah menengah dan saya tak percayakan tentang hantu jin dan seangkatan dengannya. Waktu itu di dalam class saya itu ada seorang budak lelaki Maliki (bukan nama sebenar) yang baru berpindah ke tempat itu sebab dia ikut ayah dia berkerja kerana family dia memang jenis yang berpindah randah. Dia seorang kacukan thailand jawa.

Pada awalnya saya tak berapa rapat dengan dia. Entah macam mana waktu itu saya dan kawan-kawan yang lain bersembang tentang perihal kewujudan hantu jin dan setan dan saya dengan yakinnya berkata yang saya tak percaya semua tu dan benda macam tu mengarut je just mainan minda yang direka. Waktu itu juga saya tak perasan yang dia ada dibelakang kami dan dia mendengar cerita kami dan of cause dia dengar pengakuan keyakinan saya tu hahaha.

Dia pun mencelah dan bertanya pada saya “nak dibuka hijab ke?” Saya pun menyahut saja cabaran yang bagi saya itu soalan yang sangat mengarut dan entah apa-apa. Lalu dia meminta pen dan sekeping kertas. Lalu dia pun menulis dua baris perkataan bahasa thailand pekat yang diubah dalam bahasa melayu yang kita boleh baca.

Dia berikan kertas tadi kepada saya dan saya diberi pesanan dari dia untuk membaca dengan niat untuk melihat dan pecaya akan kewujudan hantu jin dan setan tu semua. Saya pun ambil kertas tu dan baca dengan keadaan saya tak berfikir panjang. Hahahaha.. waktu itu  saya berniat untuk melihat sesuatu yang saya langsung tak percaya. Setelah membaca ayat tu untuk hari pertama memang tiada apa-apa yang saya alami. Sebegitu juga untuk hari kedua.

Tetapi bila masuk hari ketiga, once saya bangun untuk bersiap ke sekolah nak memakai tudung, dan tudung perempuankan ada dua step dan lapisan. Waktu tu saya di hadapan cermin yang panjang dan boleh nampak keseluruhan diri saya. Pada awal sarungan pertama tudung tu saya memang tak nampak laa sebab still dalam sarungan tudung tu tapi after saya angkat sarungan terakhir untuk completekan pemakaian tudung saya tu masa tu di cermin saya masih belum nampak muka saya dan tudung tu masih di dalam keadaan sarungan pertama. Masa tu saya dah rasa lain macam sangat-sangat.

Saya tinggalkan cermin tu dan saya siap-siap tuk ke sekolah. Sampai di sekolah saya banyak diamkan diri sebab masih berfikir apa yang terjadi tadi. Siapa dalam cermin tu?? Dan tiba-tiba Maliki ni datang dan duduk bertentang dengan saya dan bertanya “ada yang lain ke?” Dan saya jawab “tiada apa-apa yang lain pun.” Then dia pun berlalu dan gelak. Saya tahu dia tahu apa yang saya alami.

Tapi saya buat tak tahu je. Lepas dari saat tu bilangan kawan saya makin sikit dan Maliki telah berpindah ke tempat lain sebab katanya ayah Maliki dapat naik pangkat. Cuma saya tak sempat nak bertanya Maliki macam mana saya nak hentikan semua benda yang saya nampak ni.

Kalau ikutkan hijab saya nie masih terbuka ekram sampailah sekarang dan saya boleh kawal minda dan diri saya dan saya boleh nampak kalau saya nak. Maybe it was a gift yang saya cari penyakit sendiri. Saya dah berubat untuk buang tapi kebanyakan ustaz cakap memang tak termampu untuk membuang. Saya sedar kesilapan saya tu ekram tapi sebabkan perasaan ingin tahu sesuatu yang tak nampak dengan mata kasar tu wujud saya buat juga tanpa saya fikir panjang keburukan yang saya hadap nie. Saya tamatkan dekat sini je laa.

Tq ekram. May allah swt always bless u dear. Assalam.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bilik Seram Genting Highland – Matt

Ingatkan 6 rupanya…… – Aura Azzuan