in

Kancil Putih Di Highway Plus Ke Arah Nilai – Hana Jia

Pengalaman ini dari Ibu dan Pak Cik Saya pada 15 tahun lalu.

Mereka dalam perjalanan dari utara  ke Singapura dengan menaiki Proton Iswara keluaran Malaysia yang diimport di Singpura . Uniknya , kereta ini jika dipandu laju melebihi 110km akan mengeluarkan bunyi beep shinggalah meter diturunkan menjadi 100km sahaja

Apa yang berlaku adalah, ketika melalui PLUS dari Bandar Seri Putra ke Arah Nilai (Highway KL-Seremban), berlaku satu pertembungan antara Kancil Putih dan Proton Iswara. Macam biasalah mak cik aku tidak suka suaminya iaitu pak cik aku memandu dengan laju. Namum kancil putih ini melalui lorong tgh highway dimana pak cik aku memandu

Dia, mengangkat lampu tinggi untuk memberi amaran memotong sedangkan jalan kiri dan kanan highway kosong dan tiada kereta . Pak cik aku bengis dan marah, kenapa kereta itu di belakangnya. Akhirnya pak cik aku mengalah dek kerana dimarahi isterinya . Bunyi beep kereta itu sangat bingit sehingga ibu dan adiknya di belakang tersedar dari tidur

Selepas di potong, oleh kancil itu, pak cik aku memecut laju , apa yang menghairankan, dia terasa berada di jalan yang sama, masih tidak jumpa rnr nilai. Hairan. Sekali lagi kancil putih itu muncul di lorong tengah. dan sekali lagi juga mengusik pemanduan pak cik aku. Kali ini kancil ini memotong dan berada dihadapan kereta pak cik aku. Berlakulah satu perlumbaan sehingga beep kereta ini bunyi dengan bergitu kuat sekali. 

Ibu aku bising, dan berkata “biarkanlah dia bang chik, abg bawa slow shaja,” ditambh pula dengan bebelan isterinya di sebelah .Pak cik aku makin geram, ditambah pula tidak jmpa langsung RNR Nilai yang sepatutnya tidak jauh dari Plaza Tol Bandar Seri Putra. Keadaan semakin sengit , ibu aku mula rasa gelisah, kenapa kancil ini makin rapat di belakangya. Pak Cik aku bertambh mengantuk , jalan yang dilalui masih tidak menemukan RNR Nilai, dan masih berulang melalui jalan yang sama, padahal highway ini terus sahaja mana ada pusing-pusing. Itu yang menjadi kerisauan

Pak Cik aku terus memecut laju meninggalkan kancil itu jauh ke belakang, apa yang hairan lagi, cc untuk sebuah kereta kancil hanyalah 659 cc Keluaran tahun 1999. Namun lajunya seperti Ferrari. Tidak apalah barangkali kereta itu suda diubah suai menjadi laju. Selang beberapa minit. Kancil Putih itu muncul mengejut di hadapan kereta pak cik aku, terkejut pak cik hingga hampir terlanggar kancil tersebut. Hon dibunyi bergitu kuat, pak cik mula rasa marah. Ibu aku mula melihat cermin belakang kereta itu

“kenapa kosong ? Gelap pula tu” bisik hatinya. Pak cik mula memotong, dan ibu aku pula memandang ke kiri kereta kancil itu, Alangkah terkejutnya , dia melihat Seseorang yang memakai pakaian putih serba lengkap termasuk topi putih tinggi hanya memandang di hadapan saja. Terus ibu aku beralih pandangan dan beristifar panjang. Malah terus meminta Iparnya membuka ayat suci al quran . 

Tepat jam 3 pagi, Pak cik aku perasaan satu cahaya di hadapannya , rupanya sebuah lori bergerak perlahan untuk ke simpang RNR Nilai. Syukur tidak ada apa yang berlaku. Mereka tiba di RNR Nilai, pak cik aku bertukar pemandu dengan ibu aku. Namum sepanjang bertembung dengan kancil itu, tiada satu pun kereta yang melalui jalan tersebut. Baik ke Nilai atau pun patah balik ke arah Bangi.

Yang menjadi persoalnnya , mereka bergerak melepasi Bandar Seri Putra dalam anggaran jam 3 pagi dan sampai di RNR Nilai jam 3 pagi juga. Ibu aku mula mensyaki sesuatu apakah mereka berada di ruangan masa? Sebelum sampai ke simpang RNR Nilai , terdapat satu jalan untuk memasuki ruang kubur cina bersebelahan highway iaitu Xiao En Memorial Park.(nama tidak perlu disebut) . Hingga kini menjadi persoalan, siapakah yang memandu kereta kancil putih itu.

“*Kisah ini diceritakan oleh Ibu saya ketika saya cuti aidilfitri tahun ini di Kampung, Singapura. Ibu saya adalah anak kelahiran singpura manakala ayah saya adalah orang utara tanah air. Kisah ini kisah yang alami sendiri oleh ibu , adiknya (mak cik ke-11) ,pak cik saya (anak ke-4) dan isterinya. Terpulang ingin percaya atau sebaliknya

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Afiq – KKG Original

Pengalaman dengan entiti alam angker (part 1) – ITS RIZQY