in

Kem – Adam Irfan

Aku adam dari kelantan,tahun lepas aku pernah ikut satu lawatan dengan kawan kawan aku,aku ingatkan semua ni akan jadi perkhemahan yang biasa tapi aku silap, selepas selesai memasang khemah kami semua buat aktiviti masing masing aku mencari kayu api dan rakan rakan aku yang lain memasak sampailah malam

Selepas solat ishak kami keluar jalan jalan di waktu malam kawan aku yang nama rin ni jenis yang tak suka keluar malam dia pun duduk dalam khemah main fon jadi tinggal aku dengan zam je lah kami berjalan sampai la ke satu kawasan air terjun memang cantik tambah pulak di waktu malam,tapi aku perasan ada sesuatu yang ikut kami tapi aku tak hiraukan ,benda tu berada di atas pokok dan kawan aku ni tak perasan dengan benda tu benda tu berwarna putih dan sangat laju

Sampai lah satu waktu kawan aku ni mintak aku tunggu situ dia nak balik dekat khemah dan ambik camera aku pun iakan jelah,bila aku dah tak nampak dia aku duduk dekat satu sisi kawasan air terjun dan termenung jauh bila aku perhatikan balik keadaan sekeliling aku ternampak benda yang berwarna putih tadi ada betul betul di antara pokok pokok di depan aku dan sedang merenung ke arah aku.

Aku dah mula rasa takut dan aku pergi dari situ aku lari ke arah kawasan kem tapi aku terdengar satu suara ,kau cari aku ke ? Aku terdiam aku tak cakap banyak aku terus lari ke kawasan kem tapi bila aku perasan dan jauh aku lari aku tak jumpa jumpa kawasan kemah aku aku teruskan lari tapi tetap tak jumpa, aku dah tak ada daya aku sekadar mampu terbaring dalam keletihan dan hampir pengsan,tapi aku terdengar bunyi azan yang berbunyi dari semak samun di tepi aku aku lari kearah semak samun tu dan aku sampai ke kawasan kemah aku aku nampak kawan kawan aku terkaku melihat aku bersama dengan orang kampung yang lain.

Semua orang tertanya tanya aku pergi ke mana aku kata aku tak tahu tapi semalaman aku hilang entah kat mana tapi kawan kawan aku kata yang aku dah hilang untuk 3 hari aku terdiam aku tak tahu apa dah jadi dan apa yang sebenarnya ikut aku semalam apa yang aku tahu aku dan selamat sekarang aku dekat rumah aku dan aku lihat fi luar rumah wajah seorang wanita yang sama aku lihat di dalam hutan dulu dan dia kata kau cari aku ? 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kisah Seram Memorial Malaysia Airlines MH653, Tanjung Kupang – Onisuka Daisuke

BUS STOP – Ezah