in

Kisah perjalanan ke JB

Kejadian ini terjadi pada sekitar 2010 yang pada masa itu saya berumur 7 tahun. Kisah ini diceritakan semula oleh ibu saya bernama Sarimah. Kami tinggal di Muar, Johor.

  BAHAGIAN 1. (Permulaan/ pengenalan)

   Kisah ini bermula apabila mak ngah saya yang bekerja sebagai Pegawai Saliran Air Johor (SAJ) ingin bercuti ke Sarawak bersempena dengan cuti akhir tahun. Sebelum bercuti dia bersama-sama rakan sekerjanya berbincang sama ada mahu pergi menaiki bas ke airport atau kereta. Mak ngah saya yang kebetulan turut serta bercadang untuk menaiki kereta agar bila pulang dari Sarawak bolehlah berjalan-jalan bersama family. Maka mereka putuskan untuk menaiki kereta.

  Tiba hari yang dinanti, Mak ngah saya menaiki kereta bersama-sama keluarganya. Malang tidak berbau apabila kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam satu kemalangan semasa dalam perjalanan ke airport. Paling menyedihkan apabila salah seorang anaknya yang juga merupakan abang saudara kami  tidak sedarkan diri di tempat kejadian. Mereka dikejarkan je hospital JB atas permintaan mak ngah yang mahu melupakan situasi pilu tersebut.

  BAHAGIAN 2. (Part seram mula tunjuk aksi)

   Kami yang ketika itu berada di rumah masing-masing bergegas ke JB. Keluarga saya menumpang Cik Adi Pong ke JB kerana tiada kemudahan pengkutan awam pada waktu malam dari Muar ke Johor Bahru. Kami bertolak pada waktu malam sekitar Maghrib. Untuk ke JB kami perlu melalui perjalanan yang lama dan berliku. Tambahan kebanyakan jalan pada ketika itu (2010) suram kerana tiada kemudahan lampu jalan. Setibanya di tapak binaan bandar universiti Pagoh (pada ketika itu) ibu saya terkejut melihat sesosok tubuh melintasi bumbung kereta kami.

   Tidak berhenti di situ, ketika Cik Adi Pong menanyakan jalan terdekat ke JB, ayah saya berkata ada dua jalan. Yang pertama, Jalan Highway PLUS namun lambat kerana musim cuti biasanya banyak kereta. Yang kedua, jalan dalam melalui Batu Pahat yang lebih cepat namun suram dan tiada kemudahan lampu jalan kerana melalui hutan (pada ketika itu). Jadi Cik saya ini memilih jalan dalam. Maka bermulalah episod yang paling tak best dalam perjalanan ini. 

   Semasa melalui jalan berbukit dipenuhi hutan yang tidak berpenghuni di Batu Pahat, ibu saya sekali lagi dikejutkan dengan penampakan seram. Kali ini kami (ayah, ibu, Cik Adi Pong) turut melaluinya. Apa yang mereka nampak tidaklah jelas, maklumlah tiada lampu jalan, namun apa yang diberitahu ibu kepada saya, mereka terlihat sosok kain putih. Tidak jelas sama ade pocong atau puntianak kerana sosoknya tinggi melampai. Bukan sekali malah berkali-kali.

  BAHAGIAN 3. (Tamat)

   Setibanya di Hospital Johor Bahru, saya bersama keluarga dan Cik Adi ke wad tertentu untuk melawat mak ngah. Datang seorang doktor untuk menanyakan sama ada kami mahu melihat mangsa. Pada ketika ayah, Cik Adi dan abang saya yang pergi. Sambil melihat mereka abang saudara saya itu doktor menjelaskan yang dia masih bernyawa walaupun peratusan untuk hidup tipis. Inilah yang memeranjatkan mereka kerana abang saya seolah sudah mula m3ng3mb4ng seperti sudah lama pergi.

   Apabila diceritakan pada ibu saya barulah dia faham apa objek atau sosok yang melintasi mereka ketika di Pagoh. Dia teringat bahawa orangยฒ tua berkata kalau ade bayangan putih melintas melaju maka petanda ada saudara terdekat meninggal. Ibu saya menceritakan hal ini pada ahli keluarga. Mereka yang tidak tahu kejadian ini terkejut dengan kenyataan ibu saya. Kerana setahu mereka tiada apa yang melintas di atas bumbung kereta tersebut.

   

   Ini adalah cerita sebenar yaa. Malangnya tiada gambar dapat disertakan kerana tiada teknologi yang digunakan untuk menangkap gambar yang dibawa kami. 

 Gambar: Kami mula bertolak pada sekita maghrib…

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Tandas sekolah yang menyeramkan

GIVEAWAY TShirt Kupi Kupi GO