in

Pengalaman dengan entiti alam angker (part 1) – ITS RIZQY

Assalamualaikum ikram dan team kupikupi go

Kalau nak cerita pasal pengalaman dengan makhluk Allah yang satu ni, memang banyak lah.. tak tahu kenapa sejak zaman muda remaja, memang selalu alami kejadian mistik sampai dah lali dan tak hairan sangat. Alhamdulillah, sehingga kini tidak pernah bertemu melihat rupa mereka secara direct. Paling2 pun hanya nampak semacam bebola melayang dan bayangan sekilas aje. Part tu syukur sangat2 kepada Allah. Sapa yang suka sangat nak tengok depa kan. OK lah, saya ceritakan satu persatu pengalaman saya dengan caption masing2

Siapa yang melompat tengah2 malam buta?

Kejadian ni dilalui semasa aku sedang belajar di Tingkatan 6 atas, waktu tu, tinggal di asrama di sebuah institusi pengajian swasta di Ipoh. Biasala, time dekat2 nak periksa STPM, setiap malam lampu di asrama terpasang sampai pagi sebab kebanyakan pelajar mengkaji pelajaran di katil masing-masing. Asrama di sini, semua pelajar perempuan tinggal dalam satu bilik yang besar memuatkan lebih 20 katil doubledecker. satu-satunya pintu keluar ke ruangan makan terletak ditepi katilku. katil aku disebelah dinding. Pintu tersebut akan dikunci dari dalam setiap malam. Masatu jam menghampiri 12 tengah malam, aku dikatil sambil meniarap membaca buku. Tiba2,dum..dum..dum.. bergegar lantai dan dinding, “Siapa pulak yang menanam cerucuk tengah2 malam ni..” bisik hatiku, sebab bunyi dan gegaran seperti ada kerja2 pembinaan ditepi katil!

Tetapi bila lebih seminit lebih bunyi tu tidak reda, aku bangun dari katil dan melihat sekeliling. Kawan2 yang lain pun saling pandang memandang. Siapa pun tak berani bersuara. Bunyi tu terasa sangat dekat seperti sedang melompat2 di ruangan makan.Semakin lama, semakin ramai yang terjaga dari tidur dan keliru. Akhirnya ada seorang kakak senior, yang memberanikan diri mengambil penyapu di tepi pintu dan cuba membuka pintu untuk melihat diluar. Pintu dikuak perlahan…Alangkah terkejutnya kami, diluar pintu ustazah sebagai warden asrama kelihatan pucat dan terkejut melihat kami. Ustazah bertanya.”Siapa yang melompat tengah malam buta ni?” “Ehh, mana ada, kami dengar bunyi tu di ruang makan” Jawab kakak senior. Masing2 muka keliru dan bertambah keliru kerana bunyi tersebut tiba2 senyap dan tiada lagi gegaran.  Keesokan harinya, kecoh di sekolah pasal bunyi lompatan misteri tersebut. Sampai hari ini kami tak tahu apakah yang menyebabkan bunyi dan gegaranyang bermula jam 12 tengah malam dan belarutan hampir 5 minit sehingga semua penghuni asrama terjaga.

Doppelganger dan siapa yang mencakarku?

Selepas kejadian lompatan misteri, satu lagi kejadian susulan yang berlaku tidak lama kemudian.Kali ini melibatkan aku sendiri. Masih aku ingat, waktu tu petang menjelang senja, kami duduk dikatil masing2 sambil makan biskut kering dan minum air teh O, bersembang sambil menunggu giliran nak mandi. Sebelah kaki ku terjuntai kebawah, manakala sebelah lagi dilipat diatas katil. Aku duduk di katil bawah. Kami bersembang tentang kejadian misteri lompatan, tiba2 bulu roma ku meremang dan..”Adoooi..sakit lah” jerit ku, sambil membongkok melihat ke bawah katil.”Eh..tak ada apa2 pun” Aku mengangkat betis yang tercalar.. aku pandang muka kawan di katil sebelah.. dia pun pelik dan hairan.

Kemudian, tiba2 terdengar jeritan dikatil hujung. Aku bingkas bangun, dan menjenguk. Apabila adik junior yang berdiri dikatil hujung melihat aku, dia menjerit sekali lagi. “Apa pulak ni…” bisik hati ku. “Kenapa dik?” Aku tanya dia..”Tadi saya tegur kakak, sebab muka kakak nampak pucat, tapi kakak tak balas dan terus hilang melesap kedalam almari”.Jawab adik junior ketakutan. “Adoi, tak cukup dengan cakaran, muka aku pun engkau nak tiru…” bisik hati ku..”Tu la, tadi kami sembang pasal dia..agaknya dia marah kot” Jawab ku selamba, walaupun dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Ada orang cakap, kalau kita bersembang pasal dia, dia akan datang mendengar bersama-sama.. mungkin juga, sebab semasa sedang aku menaip cerita ni pun, bulu roma dibelakang tengkok akan naik meremang sekali sekala. Aku akan merasa begitu jika ada sesuatu berhampiran. Sebab kerana dah biasa, aku tidak pernah mengambil kisah dan mengabaikannya. kerana aku tahu, mereka ada dimana-mana. kita tidak perlu takut kepada mereka, kerana mereka juga adalah makhluk Allah. Cuma, jangan sesekali menjadikan mereka sebagai teman. Dunia kita berbeza.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kancil Putih Di Highway Plus Ke Arah Nilai – Hana Jia

Gambar