in

OMGOMG WTFWTF

Roh seorang kanak-kanak wanita

Hi Ekram! So saya nak kongsi pengalaman saya dari beberapa tahun yang lepas. Kejadian ni berlaku cun cun pukul 12 tengah malam, hari lahir saya, 6 Jun, musim Gawai. Masa tu saya berada di kampung bersama-sama sepupu2 yang lain.

Kami semua tidur di ruang tamu. Tepat pukul 12 tengah malam, saya, abang saya dan 4 orang sepupu yang lain duduk bersila atas tilam sebab tak dapat tidur. Kami semua hairan sebab semua kata tak dapat tidur. So kami buat keputusan pergi ke dapur. Dah kami masuk dapur, tiba2 kami dengar bunyi dari luar tingkap di ruang tamu.

Bunyi dia macam “Woo” yang bernada rendah dan sedih. Selepas kami dengar bunyi tu, kami semua mula berasa takut. Yang paling menakutkan ialah kami semua mengalami perkara yang berbeza selepas ini. So, dua sepupu saya yang beragama Hindu memainkan lagu agama Hindu di telefon mereka. Selepas lagu itu tamat, mereka beritahu kami yang “hantu” itu mengulang semula lagu tersebut seolah-olah ingin menghina.

Selepas itu 2 sepupu saya yang lain mengadu mereka mendengar tangisan bayi manakala saya dan abang saya langsung tak mengalami perkara2 ini. Tak lama lepas itu seolah-olah ada orang yang menendang pintu dapur kami. Selepas bunyi tendangan itu berhenti, darah mula keluar dari peti sejuk kami. Satu sepupu beragama hindu yang paling tua dalam kalangan kami memberanikan diri dan membuka peti sejuk itu. Rupa2nya darah itu darah ikan yang berada dalam peti sejuk tersebut.

Saya hairan sangat2 sebab timing dia sangat cun, memang sejurus selepas bunyi tendangan itu berhenti. Tanpa kami sedar, jam dah pukul 5 masa tu. Bapa kepada dua sepupu saya yang beragama Hindu itu tiba2 keluar dari bilik tidur di dapur. Dia memberitahu kami yang dia akan menjaga kami di ruang tamu apabila kami cuba untuk tidur, so kami pun bergerak ke ruang tamu untuk tidur.

Saya tak dapat tidur masa tu, sebab saya baring cun2 bersebelahan tingkap ruang tamu yang kedengaran bunyi “Woo” tadi tu. Yang lagi membingungkan, seingat2 saya, hari itu tidak ada hujan, hari sebelum itu pun tidak ada hujan, tapi di luar tingkap itu, saya dengar bunyi titisan air.

Tiba-tiba, ada angin yang kuat menampar seluruh badan saya dan terus hilang ke arah bertentangan saya. Apabila saya tengok jam di dinding, tepat pukul 5.30 pagi. Selepas kami bangun tidur, nenek saya menceritakan kepada kami. Bahawa roh yang kacau kami itu ialah roh seorang kanak2 wanita yang lemas dalam perigi gereja berhadapan rumah kampung kami.

Jadi bunyi titisan air itu memang tepat sekali dengan penerangan nenek saya walaupun saya tak beritahu dia tentang bunyi titisan air itu. Kebetulan juga pada hari yang sebelumnya, sepupu-sepupu saya itu ada melawat kubur di gereja tersebut dan mungkin roh itu telah ikut mereka pulang ke rumah kampung kami.

Sepanjang minggu saya berada di kampung itu kami sekeluarga telah mengalami perkara yang menakutkan. Pukulan angin pada hari yang sama telah menjatuhkan gambar keluarga saya Β ruang tamu kampung, malam keesokannya saya bangun tengah malam sebab nenek saya sedang sibuk membaca mantera(?) dalam bahasa yang saya tidak faham sebelah saya, bunyi tikar ditarik di luar rumah pada waktu malam, bunyi bumbung dicakar. Memang pelik dan cukup menakutkan. Saya harap Ekram boleh kongsikan cerita saya ini. Terima kasih!

Kisah ini dikongsikan oleh ‘Cliff Mushroom Bryan’ terus kepada website Kupi Kupi GO, kalau anda mempunyai kisah seram anda sendiri bolehlah menghantar kisah tersebut kepada kami di

>>> SINI <<<

TADI SIAPA ?

6 Orang Yang Berkahwin Dengan Benda PelikΒ