in ,

5 Benda Yang Tertinggal di Dalam Perut Selepas Pembedahan

5. Sarung Tangan Tertinggal selepas Pembedahan Rahim

IMAGE CODE FOR WEBSITE

Seorang wanita di perancis menjalankan pembedahan hysterectomy, ataupun pembedahan rahim di sebuah hospital di perancis pada tahun 2018. Wanita berusia 42 tahun yang tidak dinamakan itu menjalankan pembedahan pada bulan April dan mendapat maklumbalas yang positif dari doctor mengatakan pembedahan Berjaya dilaksanakan. Apa yang pelik wanita tersebut masih merasa sakit di bahagian rahim selepas pembedahan. Dia sukar untuk tidur dan sukar untuk membuang air kecil disebabkan sakit di bahagian rahim.

Apabila ditemubual dia mengatakan yang seperti ada orang yang menikam rahimnya hampir pada setiap masa untuk beberapa bulan. Doktor pula mengatakan yang itu perkara normal selepas melakukan pembedahan dan hanya memberikan dia ubat tahan sakit. Tidak sehingga wanita tersebut merasakan ada sesuatu di rahimnya dia meneran sehingga keluar sarung tangan getah yang tertingal semasa pembedahan dijalankan. Wanita itu menyaman hospital tersebut.

4. Jarum di dalam badan Semasa Pembedahan Jantung

IMAGE CODE FOR WEBSITE

Ini adalah kisah John Burns Johnson yang menjalankan pembedahan jantung pada bulan May 2017. Apabila pembedahan 9 jam tersebut selesai salah seorang pakar bedah mendapati yang satu jarum dari alat pembedahan mereka hilang. Apabila di imbas menggunakan mesin Xray mereka mendapati yang jarum tersebut berada di dalam badan John. Pembedahan kedua pula di laksanakan tetapi sumber mengatakan walaupun pembedahan kedua dijalankan, jarum tersebut masih lagi berada di dalam badan John.

John kemudian meninggal dunia akibat daripada kesan jarum tersebut berada di dalam badannya, tidak sehingga mereka menjalankan autopsy jarum teresbut dikeluarkan.

3. Perut Kembung Akibat Sponge

IMAGE CODE FOR WEBSITE

Ini berlaku di jepun, bila soerang wanita mengalami sakit yang abnormal di dalam abdomen badannya selepas menjalani sesi pembedahan. Selama 3 tahun wanita tersebut menahan sakit, seperti ada sesuatu yang mengembang di dalam abdomen badanya. Dia kemudian memutuskan untuk mengimbas tubuh badan dan mereka mendapati yang terdapat bukan satu tapi dua sponge yang digunakan untuk menyerap darah tertinggal di dalam abdomen semasa dia menjalankan pembedahan 6 tahun sebelum itu.

Untuk mengeluarkan sponge tersebut pembedahan terpaksa dijalankan.

2. Gunting di tulang belakang

IMAGE CODE FOR WEBSITE

Kalau tadi kita lihat jarum di dalam perut pesakit, kali ini gunting pula yang tertinggal di tulang belakang pesakit. Pada tahun 2001 dahulu seorang wanita berumur 69 tahun dikenali sebagai Pat Skinner menjalani pembedahan untuk membuang beberapa bahagian tulang belakangnya. Namun begitu, selepas pembedahan selesai Pat masih lagi mengalami sakit tulang belakang yang luar biasa.

Apabila imbasan Xray dilakukan mereka mendapati terdapat gunting sepanjang 18 centimeter yang bukan sahaja tertinggal malah tersangkut di tulang belakangnya, Apa yang lebih membimbangkan daging sudah mengelilingi gunting tersebut membuatkan ia sukar untuk dikeluarkan. Beberapa sesi pembedahan terpaksa dijalankan untuk mengelurkan gunting tersebut.

1. Semua di dalam badan

IMAGE CODE FOR WEBSITE

Ini adalah kisah yang paling pelik dan menakutkan di dalam senarai ini, pada tahun 2009 dahulu seorang lelaki yang dikenali sebagai Dirk Schroeder menjalankan pembedahan untuk merawat kanser. Seperti juga pesakit2 yang lain di dalam senarai ini, selepas pembedahan dilaksanakan dia merasakan sakit di dalam tubuh badannya.

Imbasan Xray dilakukan, dan mengejutkan bila mereka mendapati yang terdapat 16 jenis alat pembedahan termasuk gunting, pisau dan juga peralatan kecil yang lain berada di dalam tubuh badannya. Pembedahan kedua terpaksa dijalankan untuk mengelurkan peralatan tersebut.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 Puak Kanibal Yang Masih Wujud

5 Jenis Ransangan Yang Pelik