in ,

5 Kisah Lagenda Kampung Yang Disumpah

Ini adalah kisah lagenda yang diceritakan oleh penduduk tempatan kawasan tersebut, bagaimana kampung dan kota di dalam senarai ini disumpah membuatkan sesiapa yang tinggal di sana akan mengalami nasib malang. Dari kisah sebuah kampung yang terlalu banyak ritual ilmu hitam dilakukan sehingga ia digelar pusat ilmu hitam Negara, Sehinggalah kisah penduduk kampung yang hilang dalam satu malam sahaja.

5. Bahla, Oman

Pada asalnya adalah kubu tentera, Ini adalah sebuah kampung yang terletak di Bahla, Oman. Dikatakan dipenuhi dengan sumpahan, kota ini digelar sebagai Kota Ilmu Hitam Negara Oman. Dari kisah tempat tinggal ahli sihir, tempat ritual satanic sering dilaksanakan sehinggalah tempat tinggal jin. Lagenda menceritakan sesiapa yang mahu menjadi jin untuk tujuan mistik di sinilah tempat mereka akan pergi.

Sebagai sebuah Negara Islam yang mengharamkan ilmu hitam dan perkara syirik mereka mencegah rakyat oman melalukakan perkara tersebut, namun begitu kepada Sesiapa yang masih mengalamalkan ritual ritual satanic ini di sinilah mereka akan berkumpul dan pergi kerana kedudukan kampung ini yang terpencil dan mereka sukar dijejaki. Digelar sebagai kampung paling disumpah di seluruh oman.

4. Rajasthan, India

Dari Oman kita ke India, lebih tepat lagi sebuah kampung yang dibangunkan pada tahun 1291 yang pada waktu itu hanya mempunyai 84 orang penduduk yang berbangsa Brahmin. Semasa awal pertubuhan mereka hidup dengan aman tidak sehingga, menurut lagenda penduduk tempatan pada suatu malam kesemua 83 orang dari mereka hilang tanpa jejak selepas 7 dekad mereka berada di situ.

Lagenda juga menceritakan yang ada seorang raja yang mahu mengahwini anak perempuan ketua kampung Rajasthan, tetapi lamarannya telah ditolak, terlalu kecewa dengan tolakan tersebut raja itu menggut ketua kampung supaya membenarkan mereka berkahwin selain memberikan masa tertentu sebelum dia menculik anak perempuan ketua tersebut. Kesemua penduduk kemudian bersetuju untuk melarikan diri tetapi sebelum mereka pergi mereka telah menyumpah seluruh kawasan, sesiapa sahaja yang cuba tinggal di sana akan meninggal dunia.

3. Yarumal, Columbia

Satu satunya kisah lagenda kampung disumpah di dalam senarai ini yang dibuktikan oleh statistic dan data. Lebih 5000 penduduk di kawasan ini yang menghidap penyakit Alzheimer sebelum mereka mencecah usia tua lebih tepat lagi sebelum mereka berumur 40 tahun. Bermaksud mereka akan mempunyai masalah ingatan ada yang terlalu teruk sehingga mereka lupa siapa nama dan diri mereka siapa.

Menurut saintis yang menjalankan siasatan di kawasan tersebut, punca utama Alzheimer ini adalah disebabkan oleh mutasi di dalam genitik tubuh badan mereka bermula dari abad ke 17 lagi, dan mutasi ini digelar sebagai E280A. Namun begitu masih ramai lagi yang percaya, penduduk kampung ini telah disumpah bermula dari penjajahan Sepanyol dahulu.

2. Carlisle, Hungria

Sumpahan bermula pada tahun 2000, bila batu yang mempunyai berat 14 tan diletakkan di bahagian bawah istana yang terletak di sana. Di batu itu pula bertulis ayat ayat sumpahan yang ditulis oleh seorang bishop pada tahun 1525 dahulu, pada asalnya diletakkan di sempadan kota untuk menyumpah perompak yang memasuki kawasan kota.

Selapas batu itu deletakkan di sana, penduduk kota mula menerima pelbagai bencana termasuk banjir, kehilangan kerja dan juga penyakit mulut dan tangan membunuh haiwan ternakan. Ramai yang percaya bencana ini disebabkan oleh sumpahan dari batu ini sehinggakan ada yang mahu menghancurkan batu sumpahan tersebut. Sehingga hari ini batu tersebut masih lagi berada di sana.

1. Dargavs, Russia

Ada satu kawasan kampung yang digelar sebagai kampung orang mati, sekali pandang memang Nampak pelik, dengan kawasan yang terpencil dan bentuk rumah yang menghairankan. Apa yang paling menakutkan di dalam setiap rumah di situ akan terdapat tulang temulang manusia, tulang bekas penghuni rumah.

Kisah lagenda menceritakan, penduduk kawasan tersebut akan mengumpul tulang manusia samaada dari mayat ataupun yang dibunuh oleh mereka dan menyimpan tulang-tulang di dalam rumah, kawasan ini juga dikatakan akan menyumpah sesiapa yang tinggal di situ akan meninggal. Sehinggalah satu masa penempatan ini ditinggalkan kosong dan berusang, penduduk tempatan sendiri pun takut untuk mendekati kawasan kampung Dargavs ini.

Fakta Bonus

Colobaru, Selatan Itali

Digelar sebagai kawasan kampung paling berhantu di dunia, lagenda menceritakan yang pada abad ke 20 dahulu seekor iblis yang jahat telah dipanggil untuk tinggal di sana oleh seorang ahli sihir, sejak dari hari itu pelbagai insiden pelik berlaku di sana termasuk bencana alam, kamatian akibat penyakit dan gangguan paranormal.

Penduduk tempatan akan melakukan ritual menyembah roh jahat ini supaya ia melindungi penduduk dan mengelak bencana dari berlaku. Namun bgitu, menurut mereka hanya orang luar sahaja yang akan terkena sumpahan ini sehinggakan mereka memberikan amaran supaya orang luar menjauhi kampung mereka.


What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Written by admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 Eksperimen Gila Yang Pernah Dilakukan

5 Kisah Keluarga Dengan Rahsia yang Menakutkan