in

Temple of King Solomon


Kisah Nabi Sulaiman

IMAGE CODE FOR WEBSITE

Sebelum kita pergi lebih dalam lagi tentang topic ini pertama sekali kita kenal dahulu siapa Nabi Sulaiman A.S, ataupun dikenali oleh penganut agama Yahudi dan Kristian sebagai Prophet Solomon. Nabi sulaiman a.s adalah anak kepada Nabi Daud a.s. Nabi Sulaiman a.s adalah seorang yang bijaksana dan Raja kepada kaum bani israil dan dikenali sebagai seorang pemerintah kerajaan yang hebat. Dia diberikan kebijaksanaan yang luar biasa oleh Allah SWT dan juga boleh berbicara dengan jin dan juga binatang. Menerusi Surah An-Nam ayat 15 dan 16

“Dan sesungguhnya Kami telah memberi ilmu kepada Daud dan Sulaiman; dan keduanya mengucapkan: “Segala puji bagi Allah yang melebihkan kami dari kebanyakan hamba-hambanya yang beriman”. – An-Nam 15

Dan Sulaiman telah mewarisi Daud, dan dia berkata: “Hai Manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu kurnia yang nyata”. – An-Nam 16

Apa itu Temple of King Solomon

IMAGE CODE FOR WEBSITE

Dikenali sebagai Temple of King Solomon dikalangan penganut yahudi, Bait Suci di dalam Kristian dan dikenali sebagai Istana Nabi Sulaiman bagi umat islam.

Ini adalah sebuah istana yang dibina beribu ribu tahun dahulu semasa Nabi Sulaiman menubuhkan kerajaan di kawasan kota yang kita kenal sebagai Baitulmaqdis, ini adalah kawasan keagamaan yang penting untuk 3 agama utama di dunia iaitu Islam, Yahudi dan Kristian. Hari ini kita tidak dapat melihat istana tersebut kerana ia dikatakan terletak di bawah Masjidil Aqsa yang dibina oleh Nabi Yakub, dan ianya telah tertimbus beratus ratus tahun yang lalu. Masjidil Aqsa ini adalah masjid ketiga terpenting bagi umat islam selepas masjidil haram dan masjid nabawi.

Kenapa Yahudi Taksub dengan Temple of King Solomon?

IMAGE CODE FOR WEBSITE

Pada tahun 2017 israel dengan menggunakan Amerika Syarikat sebagai proxy, mereka telah merampas baitulmaqdis dari palestin dan menjadikan Baitulmaqdis ibu kota mereka, kenapa mereka merampas baitulmaqdis? Menurut ahli ulama dan pendakwah islam, seperti Ustaz Abdul Somad, Ini disebabkan mereka mempunyai misi tertentu dan rancangan untuk membina Temple of king Solomon di situ. Kenapa pula mereka ingin membina semula Temple of King Solomon? Dipetik juga dari Ustaz Abdul Somad, menurut kepercayaan mereka, membina semula istana ini  merupakan salah satu syarat yang diperlukan oleh tuhan mereka untuk tuhan mereka turun ke bumi suatu hari kelak.

Covenent of Ark / Tabut Sakina

IMAGE CODE FOR WEBSITE

Selain ingin membina semula Temple of King Solomon, antara objectif lain Israel adalah untuk mencari Covenent of ark ataupun Tabut Sakina. Ini adalah satu kotak kayu segi empat yang disaluti dengan emas dan mempunyai penutup yang juga disaluti emas. Benda berharga ini yang kaum yahudi percaya disimpan di bawah istana nabi sulaiman, yang sewaktu video ini dibuat terletak di bawah masjid Al Aqsa. Menurut mereka lagi, barangan berharga tersebut ialah barangan milik nabi musa as dan keluarga Harun yang diberikan kepada tuhan untuk kaum mereka dan barangan ini dianggap suci bagi agama mereka sejak beribu ribu tahun yang lalu dan sering dibawa ketika mereka berperang supaya tuhan memberikan mereka kemenangan di dalam peperangan.

Covenent of Ark ini juga diceritakan di dalam Kitab suci Al-Quran dan ia digelar sebagai Tabut dan Sakina ataupun Tabut Sakina di dalam surah Alquran ini ditulis di dalam surah Al-Baqara ayat ke 248,

“Sesungguhnya tanda ia akan menjadi raja ialah kembalinya Tabut kepadamu, di dalamnya terdapat ketenangan daripada Tuhanmu dan sisa daripada peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun. Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda bagimu jika kamu orang yang beriman.” (al-Baqarah: 248)

Perkara ini juga ada dinyatakan di dalam kitab bible, di dalam 2 tawarikh 5 ayat 2 dan juga 1 Raja-Raja 8 ayat 1 hingga 8.

Kesimpulan

IMAGE CODE FOR WEBSITE

Ramai yang berpendapat, tindakan Israel menjadikan Baitulmaqdis Ibu Kota mempunyai agenda yang lebih menakutkan? Dan adakah apa yang dikongsikan tentang agenda yahui ini. oleh pelbagai pihak benar benar akan terjadi? Macamana pula kalau mereka Berjaya untuk mencapai objektif membina semula Temple of King Solomon dan mendapatkan semula Ark of covenant? Apa yang akan terjadi? Ada yang berpendapat ini adalah persediaan mereka untuk menunggu tuhan mereka turun dan menguasai dunia. Ada juga yang percaya ini adalah persediaan mereka untuk meunggu kedatangan Dajjal, dan ada juga yang percaya ini adalah teori konspirasi semata mata? Kami hanya menyampaikan maklumat yang ada dengan harapan dapat memberikan penjelasan tentang topic yang rumit ini, sekarang anda Jalankan penyelidikan anda sendiri.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Senarai Pemenang Giveaway Tshirt

5 Orang yang Mengaku Pernah Menjelajah Masa [Bah 2]