in

10 Entiti Yang Mempunyai Hak Yang Sama Dengan Manusia

  • Semua Haiwan di Uttarakhand, India

Untuk memastikan haiwan haiwan di sekitar daerah uttarakhand, India dipelihara dan terjaga, makamah konstitusi Uttarakhand telah memberikan hak asasi manusia kepada hampir kesemua haiwan di daerah tersbeut. Ini dilakukan disebabkan oleh kegiatan pemburuan haram yang semakin menjadi jadi dan juga untuk memberhentikan kekejaman terhadap binatang.

Di peraturan yang ditetapkan, semua penduduk di Uttarakhand harus menjadi penjaga haiwan di daerah tersebut dan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan keselamatan haiwan sekeliling. Namun begitu perkara ini dibantah oleh makamah tinggi india kerana peraturan dan undang undang yang dikenakan tidak masuk akal.

  • Sungai Whanganui, New Zealand

Menurut kepercayaan beberapa puak Maori di New Zealand mereka menganggap entiti tertentu sebagai simbol yang suci contohnya entiti seperti laut, gunung, kawasan hutan. Sebuah puak yang dikenali sebagai puak Te Awa Tupua yang menganggap Sungai Whanganui, sungai ketiga terbesar di negara tersebut sebagai nenek moyang mereka yang telah hidup selama beratus ratus tahun, mereka memberikan sungai tersebut hak yang sama seperti seorang manusia. Status ini diberikan kepada puak tersebut pada tahun 2017 selepas 140 tahun mereka memohon kepada kerajaan New Zealand.

Sungai tersebut haruslah dilayan seperti sebuah entiti yang hidup, kepada sesiapa yang mencemarkan sungai akan menerima hukuman selain itu dua orang penjaga juga diarahkan untuk menjaga sungai tersebut setiap masa.

Sungai Ganges & Yamuna, India

Sebuah lagi sungai yang terletak di daerah Uttarakhand di India dimana makahmah mengistiharkan yang sungai Ganges dan Yamuna dipelihara dan dijaga seperti seorang manusia. Apa yang menarik keputusan ini dibuat seminggu selepas berita tentang Sungai Whanganui disebarkan pada tahun 2017. Seperti juga Whanganui, sungai Ganges dan Yamuna juga sebuah sungai yang suci bagi penganut agama hindu.

Walaupun dinggap sebagai sebuah sungai yang suci tetapi pencemaran berlaku pada setiap hari, termasuklah pembuangan abu mayat, dengan itu hukuman kepada mereka yang mencemarkan sungai tersebut akan disabitkan kesalahan jenayah yang sama dengan menyerang ataupun lebih berat lagi membunuh. Namun begitu makamah tinggi india membantah peraturan ini kerana mengatakan yang sungai tidak boleh dilayan seperti seorang manusia.

  • Sungai Atrato

Juga berlaku di Columbia melibatkan sebatang sungai iaitu sungai Atrato, disebabkan terlalu banyak pencemaran di sungai tersebut menjadikan ia sungai paling dicemari di Columbia. Makamah konstitusi columbia telah memberikan hak asasi kepada sungai tersebut untuk memaksa kerajaan columbia dan juga penduduk sekeliling membersihkan kawasan sungai.

Sungai tersebut tercemar disebabkan oleh pembalakan haram, tanah runtuh dan penghakisan tanah. Menurut jurucakap aktivis kumpulan bukan kerajaan digelar Tierra Diegna, kawasan sekeliling seperti seperti sungai wujud lebih lama dari manusia, dengan itu menurutnya ia juga berhak untuk mendapatkan hak yang sama seperti seorang manusia.

  • Te Urewera, New York

Sebuah lagi kawasan yang terletak di daerah Hawkes Bay, New Zealand, kalau tadi sebuah sungai ini pula adalah sebuah kawasan hutan yang dikenali sebagai hutan Te Urewara. Pada tahun 2014 kerajaan New Zealand telah meluluskan akti Te Urewara, akta ini memberikan kawasan hutan tersebut diberikan hak seperti seorang manusia. Dengan akta ini kawasan hutan Te Urewa yang juga kawasan Taman negera New Zealand tidak boleh dimilki oleh sesiapa termasuklah kerajaan.

Hutan tersebut dinggap menyimpan pelbagai sejarah puak puak di New Zealand, begitu juga dengan mitos mitos zaman silam yang berlaku di sana.

Orangutan Sandra, Argentina

Ini pula berlaku di Argentina, pada tahun 2015 dahulu seekor orangutan yang berumur 29 tahun tinggal di dalam Zoo di Buenos Aires diberikan hak asasi seorang manusia, kisah ini bermula bila pada tahun 2014 dahulu sebuah kumpulan aktivitis yang dikenali sebagai Association of offficials And Lawyers For Animal Rights (AFADA) menggesa supaya Zoo Buenos Aires melepaskan Sandara ke hutan, pihak Zoo enggan dan AFADA bertungkus lumus untuk mendapatkan hak kemanusiaan untuk Sandara.

Mereka berpendapat yang Sandra tidak sepatutnya dikurang dan perlu hidup di kalangan orangutan yang lain di dalam hutan. Pada tahun 2015 dia dilepaskan dan usaha untuk menhantar Sandra ke pusat perlindungan orangutan di Brazil gagal, dan sehingga tahun 2017 dia masih lagi berada di dalam Zoo.

Hutan Amazon, Columbia

Antara hutan yang paling popular di dunia, Amazon. Dengan ramai pelancong yang melawat kawasan tersebut pada setiap tahun keadaan sekeliling semakin tercemar dan kwasan hutan semakin rosak. Bayangkan kawasan hutan Amazon di Columbia ini sangat luas, sebahagian daripada kawasan hutan lebih besar dari negera england dan jerman digabungkan.

Dengan itu Columbia telah mengambil langkah untuk memberikah status hak asasi kepada hutan amazon di negara mereka, supaya hutan tersebut terjaga, terpelihara dan hukuman kepada mereka yang mencemarkan hutan amazon. Apa yang menarik, hutan amazon sangat besar ia dimiliki oleh 3 negara termasuk Brazil, Peru dan Columbia.

Pasangan Monyet, Stony Brook University

Melibatkan kumpulan yang sama mendapatkan Happy hak asasi manusia iaitu NonHuman Rights Project, kali ini mereka menggesa Stony Brook University di Long Island, New York untuk melepaskan dua monyet chipanzee dari universiti tersebut tetapi pihak universiti enggan. Dengan itu mereka telah mendapatkan hak asasi manusia untuk dua ekor monyet Chipanzee iaitu Hercules dan Leo pada tahun 2013 dan hanya berjaya pada tahun 2015.

Walaupun telah diberikan hak asasi manusia, pihak university masih lagi enggan untuk melapaskan Harcules dan Leo, desakan demi desakan dilakukan dan akhirnya mereka dilepaskan dan dihatnar ke pusat penjagaan hawan di Georgia.

Gunung Berapi Taranaki, New Zealand

Sebuah lagi kawasan yang dianggap suci dan diberikan hak asasi manusia di New Zealand iaitu gunung Berapi Taranaki. Bagi puak Maori di New Zealand mereka menganggap gunung tersebut sebagai ahli keluarga mereka, puak maori menggesa kerajaan memberikan hak asasi manusia kerana bimbang kalau gunung tersebut tercemar akibat daripada pelancong yang datang pada setiap tahun.

Dengan itu, kepada mereka yang mencemarkan atau merosakkan gunung tersebut mereka akan dihukum seperti mencederakan ataupun membunuh seseorang. Puak maori telah dijadikan penjaga rasmi gunung tersebut supaya keadaan gunung berapi Taranaki sentiasa terjaga.

Sophia

Antara teknologi robot paling canggih di dunia Sophia. Dia telah diberikan hak sebagai seorang manusia atau lebih tepat lagi diberikan kerakyatan di negara Arab Saudi pada tahun 2017 dahulu menjadikan dia robot pertama yang diberikan kerakyatan di sesebuah negara. Ini bukanlah kes yang berasingan di Jepun sebuah robot diberikan status kerakyatan di daerah Shibuya di jepun, di eropah pula mereka sedang cuba untuk memberikan gelaran β€œElectronic person” kepada beberapa buah robot.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

10 Orang Gagal Yang Berjaya

10 Terowong Paling Berhantu di Dunia