in

10 Fakta Kenapa Bumi Itu Berbentuk Sfera | Teori Bumi Rata VS Teori Bumi Sfera

  1. 1.Apa itu Teori Bumi Sfera & Bumi Rata?

Sebelum kita pergi lebih dalam lagi tentang isu ini kita lihat dulu apa itu teori bumi sfera dan teori bumi rata?

Sekarang Hangat menjadi perdebatan bentuk sebenar muka bumi, seperti yang kita tahu bentuk muka bumi adalah bulat lebih tepat lagi berbentuk sfera, namun begitu ada golongan yang percaya bumi berbentuk rata, mereka ini digelar sebagai Flat Earth Society ataupun sosaiti bumi rata. Teori ini mula diperkenalkan oleh seorang ahili filosofi greek iaitu pythagoras sebelum abad ke 6 dahulu sebelum teori pythagoras disangkal oleh Aristotle seorang lagi ahli filosofi greek mengatakan yang bumi itu bulat sebelum abad ke 330.

Pada hari ini pula mereka yang percaya dengan bentuk muka bumi rata ini digelar sebagai Modern Flat Earth Society, membawa kita ke penjelasan yang seterusnya iaitu penjelasan kenapa bumi itu Sfera dan bukannya rata.

2. Bentuk planet yang lain

Kalau bumi berbentuk rata, kenapa pula planet planet lain seperti marikh, zuhal, venus, mars dan lain lain berbentuk sfera? Kenapa bukan tiga segi? Kenapa bukan segi empat? Berbentuk buaya ataupun tikus? Ini disebabkan daya tarikan gravity yang datang dari perut bumi, ia menarik semua cecair, gas, pepejal dan lain2 elemen dari semua arah dan mengumpul kesemua elemen2 tersebut untuk membentuk sebuah planet yang berbentuk sfera.

Pelik bila ahli konspirasi bumi rata tidak pernah menafikan bentuk planet yang lain sebagai sfera dan hanya menidakkan bentuk muka bumi kita? Menurut mereka planet2 tersebut hanyalah rekaan dari Nasa sahaja, kerana mereka percaya kalau bumi berbentuk rata tiada siapa yang akan dapat keluar dari bumi dan tiada siapa yang tahu bentuk sebenar planet2 di angkasa.

3. Tarikan Graviti

Seperti yang kita tahu teori graviti secara ringkasnya terletak di tengah2 kerak bumi, kalau ia berbentuk bulat tarikan graviti di seluruh dunia adalah hampir sama kerana kuasa graviti disebarkan dari perut bumi adalah sama.

Dan kalau teori ini dipakai di bumi rata pula, titik graviti di bumi yang rata pula akan datang dari tengah2, kalau teori ini dipakai untuk bumi yang berbentuk rata, semakin dekat anda dengan titik graviti, semakin kuat daya graviti, semakin jauh anda dari titik graviti semakin rendah tarikan graviti.

Contohnya, kita berdiri dengan tegak disebabkan graviti. Kalau bumi berbentuk sphera walau di mana pun kita berada di bumi ni kita akan berdiri dengan tegak begitu juga dengan bangunan2 yang dibina, tapi di bumi rata semakin jauh kita dari titik graviti semakin kita berdiri dengan condong begitu juga dengan bangunan2 yang dibina di bumi rata, bangunan tersebut haruslah dibina dengan condong supaya menusia boleh berdiri di dalam bangunan tersebut. Dengan itu kalau kita berada di bumi yang rata kita akan melalui satu fenomena graviti yang pelik dan tidak masuk akal.

4. Sudut Bayang Bayang Berbeza, di tempat yang berbeza

Teori ini boleh dijelaskan dengan eksperiment melibatkan dua tiang yang berada di dua tempat yang berbeza, contohnya satu tiang berada di kota kinabalu sabah dan satu lagi di tuaran sabah. Dan jarak diantara dua tempat ini adalah 35 kilometer. 

Panjang bayang2 dua tiang tersebut akan diukur dan dibandingkan. Kalau panjang bayang bayang tiang adalah hampir sama, ini membuktikan yang bumi itu rata kerana panjang bayang bayang sama disebabkan dua tiang ini berada di pemukaan yang rata dan menerima pancaran matahari di kawasan yang rata.

Kalau panjang dua tiang ini tidak sama bermaksud tiang2 tersebut berada di satu lengkungan yang sangat panjang. Dan lengkungan ini pula membuktikan yang bumi itu berbentuk sphera dan bukannya rata.

5. Gambar Dari International Space Station

Ahli konspirasi bumi rata percaya yang bentuk bumi dirahsiakan oleh kerajaan dan NASA, dan sehingga hari ini gambar gambar bumi berbentuk bulat hanya dikeluarkan oleh nasa. Angkasawan yang berada di internation space station akan mengelilingi bumi setiap 90 minit, bukan sahaja melihat dengan mata mereka sendiri yang bumi berbentuk bulat tetapi bentuk bumi bulat dirakamkan melalui video dan gambar, seperti gambar bumi bulat yang dikongsikan oleh Chris Hadfield seorang angkasawan Amerika

Malah angkasawan malaysia sendiri mengeluarkan kenyataan apabila dicabar oleh Suhaimi Saad untuk bersumbah yang bumi itu bulat mengatakan yang bumi berbentuk geo sphera, bermaksud bumi tidak berbentuk bulat yang sempurna tetapi menyerupai bentuk sebiji telur.

Geo bermaksud geographi dan sphera adalah bentuk, bentuk bulat bumi tidak sempurna kerana permukaan bumi itu sendiri mempunyai gunung ganang yang tinggi, lautan yang dalam, begitu juga dengan sumber mineral di dalam kerak bumi, dengan mempunyai ciri ciri semulajadi ini tidak mungkin bumi akan berbentuk bulat sempurna, dan ini menyumbang kepada bentuk muka bumi Geo Sphera.

6. Gerhana Bulan

Gerhana bulan adalah disebabkan oleh bayang2 bumi menutupi sebahagian daripada bulan daripada terkena cahaya matahari, ini berlaku bila bumi berada di tengah2 matahari dan bulan, pancaran matahari akan terlindung oleh bumi secara langsung membentuk bayang2 di bulan yang hari ini kita kenal sebagai gerhana. Gerhana bulan yang kita semua kenal seperti di dalam gambar ini adalah hasil daripada bentuk muka bumi yang bulat. Kalau bumi berbentuk rata maka gerhana yang kita kenal hari ini adalah seperti di dalam gambar ini.

7. Melihat Kapal Laut datang & Berlalu Pergi

Jika anda berada di tepi pantai ataupun pelabuhan, melihat kapal laut yang berlalu pergi mesti anda akan perasan yang saiz kapal tersebut akan menjadi semakin kecil dan kecil sehinggalah kapal itu tidak lagi kelihatan walaupun anda menggunakan binokular. Kapal tersebut hilang disebabkan ia telah melintasi garisan ufuk lautan ataupun Sea Horizon line. Bila ia datang semula kapal yang kelihatan dari jauh akan muncul dari garisan ufuk lautan, fenomena ini membuktikan yang lautan tidaklah rata tetapi berbentuk bulat ini disebabkan kalau bumi rata walaupun kapal tersebut berada jauh ia tidak akan hilang.

8. Eksperiment Ukur Lautan

Untuk membuktikan teori ini, geography channel telah mengadaptasikan kajian Bedford Level Experiment yang dilakukan oleh Samuel Birley Rowbotham pada tahun 1838 dan kajian kedua dilakukan oleh Alfred Russel Wallace pada tahun 1870.

Geography channel menggunakan pancaran laser yang boleh menembak di jarak yang sangat jauh dan memancarkan laser tersebut ke arah papan tanda yang diletakkan di atas sebuah bot. (https://wiki.tfes.org/Bedford_Level_Experiment)

Teori eksperiment ini adalah seperti berikut

“Kalau pancaran laser yang dicatatkan di papan tanda di atas bot tersebut berada di kedudukan yang sama walaupun bot itu bergerak semakin jauh maka ia membuktikan kawasan lautan berbentuk rata, namun begitu jika pancaran yang dicatatkan itu berubah kedudukan selepas bot tersebut bergerak jauh dari persisiran maka itu membuktikan yang kawasan lautan tidak rata malah melengkung mebuktikan yang bentuk bumi itu bulat.”

Kembali semula kepada eksperiment geography channel ini, Tinggi pancaran laser ke papan tanda tersebut dicatatkan semasa bot itu berada hanya beberapa ratus meter dari persisiran. Mereka kemudian diarahkan untuk bergerak 3 batu jauh dari persisiran menghala ke tengah2 lautan. Apabila mereka membandingkan catatan pancaran laser ketika berada hanya beberapa ratus meter dari persisiran dengan catatan laser kedua ketika berada 3 batu jauh dari persisiran, mereka mendapati yang pancaran laser kedua yang dicatatkan tidak lagi menembak ke tampat yang sama tetapi pancaran tersebut menjadi semakin tinggi. Ini memberikan gambaran yang walaupun lautan tempat mereka berada nampak rata di mata kasar tetapi ia dibuktikan secara saintifik berbentuk melengkung ataupun bulat.

Tiada bumi rata di dalam Al Quran

Di kalangan mereka yang percaya bumi itu rata sering merujuk kapada Ayat Al Quran melalui Firman Allah SWT menerusi, Al Hijr ayat ke 19 “Dan Bumi Kami Bentangkan dan kami letakkan padanya gunung-ganang serta kami tumbuhkan padanya sega sesuatu timbangannya” ini ditafsirkan kepada yang bumi berbentuk rata.

Tetapi menurut pensyarah kanan pusat kelestarian turath islami, fakulti pengajian islam, Universiti Kebangsaan Malaysia UKM, Dr Wan Nasyrudin wan abdullah, menurutnya tiada satu ayat pun di dalam al quran yang mengatakan yang bumi itu rata. Dipetik dari Dr Wan Nasyurudin menerusi artikel dari berita hariannya katanya “Maksud ayat ini bukan dalam konteks kejadian bumi secara fizikal, sebaliknya mengenai kehidupan di bumi”,

“Perkataan bentangkan atau hamparan dalam ayat ini tidak boleh dipegang daripada sudut bahasa semata mata kerana kita tidak mampu menjelaskan bentuknya sama ada bulat, empat segi atau memanjang”

Siapa Yang Percaya dengan bumi leper/rata ini?

Antara individu terkenal yang percaya dengan teori ini adalah artis antarabangsa seperti pemain bola keranjang Shaquille Oneal, Kyrie Irving, pelakong Tila Tequila dan rapper BOB, dan isu ini mula hangat di malaysia bila bekas penyanyi nasyid Suhaimi Saad mencabar angkasawan negara untuk bersumpah yang bumi itu sebenarnya bulat. Wujud juga komuniti2 bumi Malaysia di social media seperti Bumi itu bukan sphera di Facebook yang aktif menyangkal bentuk muka bumi.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Rakaman CCTV yang Misteri

test