in

10 Fakta Teori Mandela Effect

Sebagai contoh, Ramai yang mempunyai memori, barisan nasional tidak kalah pada pru 14 dahulu dan kekal menjadi kerajaan, jutaan orang mempunyai memori tentang perkara ini dan mereka betul2 yaking yang barisan nasional menang pada pru 14 dahulu, tetapi pada hakikatnya memori mereka salah dan Barisan nasional sebenarnya kalah semasa pru 14 dahulu. Perbezaan memori ini adalah contoh kesan teori Mandela effect, dan tiada orang percaya barisan nasional menang pru 14 itu cumalah contoh dan contoh smata mata. Satu teori menarik  yang akan saya kongsikan harini. Hi Goers anda bersama saya ekram dan topic kita pada hari ini kita akan melihat teori mendela effect.

Apa itu Mandela Effect

Mandela effect adalah satu kepercayaan dimana sekumpulan orang di dalam jumlah yang ramai betul2 yakin dengan sesuatu perkara, benda ataupun peristiwa, tetapi pada hakikatnya  apa yang mereka percaya itu tidak pernah terjadi ataupun bukan seperti yang mereka sangka.

Ini digelar sebagai Mandela effect sempena nama bekas presiden afrika selatan Nelson Mandela yang memperjuangkan hak rakyat afrika daripada pemerintahan kuku besi pemimpin barat di Negara tersebut dari tahun 1943 sehingga tahun 1995.

Asal usul Mandela effect

Nelson Mandela telah dipenjarakan pada tahun 1956 dan ramai yang percaya dia telah meninggal ketika dipenjarakan pada tahun 1980, hakikatnya pada taun 1980 nelson Mandela masih lagi hidup dan di hanya dilaporkan meninggal pada tahun 2013, berita ini menimbulkan kekeliruan orang ramai yang betul2 percaya yang Mandela  meninggal pada tahun 1980 bukan 2013. Kesan Kekeliruan kepercayaan ini digelar sebagai Mandela effect.

Memori yang sama dikalangan jutaan orang

Megejutkan dan pelik, bila bukan sedikit jumlah orang yang mempunyai ingatan dan yakin yang nelson Mandela meinggal pada tahun 1980 bukan tahun 2013, bukan sedikit yang percaya tetapi jutaan orang di seluruh dunia. Perbincangkan ini pada asalnya diutarakan dan dibincangkan oleh Fiona Broome seorang penyiasat paranormal yang berkongsi perkara pelik ini melalui laman websitenya fionabroome.com dan mandelaeffect.com dia btul2 percaya yang Mandela meninggal pada thaun 1980, dia juga ingat tentang berita di surat khabar dan laporan berita di television.

Ramai yang berkongsi pengalaman yang sama di forum2 internet membuatkan ramai yang keliru, dan kekeliruan ini menjadikan teori Mandela effect hangat diperdebatkan sehingga hari ini.

Tapi dari mana memori tersebut datang?

Memori dari diri kita di dunia lain

Ramai yang percaya memori ini datang dari diri kita sendiri, tetapi bukan diri kita yang berada di bumi ini, tetapi diri kita yang berada di bumi yang lain, kalau ada yang keliru tentang diri anda di dunia lain ini pastikan anda tonton episode lalu berkenaan multiverse.

Diri anda di bumi  lain mungkin mengalami keadaan yang berbeza dengan keadaan di bumi kita sekarang ini, di bumi lain mungkin nelson Mandela benar2 meninggal pada tahun 2018 tapi tidak di bumi kita. Menurut teori ini sesetengah orang mempunyai memori dari diri mereka di bumi yang lain yang membawa mereka percaya sesuatu benda itu berbeza dari orang lain.

Contoh kewujudan Mandela effect

Antara contoh mendela effect yang lain ialah ayat dari filem animasi Disney mirror, mirror on the wall. Ramai yang mempunyai memori tantang ayat mirror mirror on the wall tetapi pada hakikatnya ayat yang sebenar ialah Magic Mirror On The Wall. Contoh yang lain ialah dari filem star wars bila darth veder berkata “Luke I am your father” tetapi pada hakikatnya ayat sebenar ialah “No, I am your father”.

Kenapa Mandela effect mengejutkan ramai orang

Ini adalah satu teori yang misteri, teori2 yang dikaitkan dengan Mandela effect ini menarik untuk dirungkaikan. Ada yang percaya Mandela effect ini bukti kewujudan multiverse dan ada yang percaya Mandela effect ini menyimpan lebih banyak rahsia dunia dan alam semesta yang menunggu untuk dirungkaikan. Tambahan lagi dengan reaksi orang ramai tentang perkara ini mendorong sesetengah inidividu untuk cuba mencari penjelasan.

Penjelasan logic Mandela effect

Saya sudah jelaskan penjelasan teori yang mungkin tidak masuk akal bagi sesetengah orang. Dan tibalah masa saya untuk memberikan penjelasan yang paling logic ataupun masuk akal tentang perkara ini.

Penjelasan yang paling logic boleh dikaitkan dengan mendela effect ini adalah memori yang salah ataupun false memory. Dengan mengingati sesuatu yang salah mereka akan benar2 percaya dengan apa yang mereka ingat, tetapi pada hakikatnya ingatan mereka salah. Definisi false memory adalah “satu fenomena sikologi bila seseorang itu ingat tentang sesuatu yang tidak pernah berlaku”

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Fakta De Ja Vu

Apa yang anda perlu tahu, serangan Masjid New Zealand – Identiti dan Motif Penyerang