in

10 Hotel Berhantu Dengan Kisah Menakutkan dari seluruh Dunia

  • Baiyoke Sky Hotel, Thailand – Semangat Mengangu –

Ada satu kisah yang dikongsikan di tripadvisor.com pada tahun 2015 dahulu tentang pengalaman seorang wanita yang menetap di hotel Baiyoke sempena bulan madu dia dan suami. Bilik yang ditempah terletak di tingkat 62 di bilik yang bernombor 6203. Penulis menceritakan bila mereka sampai ke tingkat 62 lobi tingkat tersebut malap disebabkan hanya ada beberapa lampu sahaja yang dipasang di tingkat tersebut. Apabila masuk ke dalam bilik pula mereka terhidu bau yang sangat busuk dan juga perasaan gementar.

Keadaan bilik juga suram dimana seperti juga kawasan lobi, lampu bilik tersebut tidak menerangi seluruh kawasan bilik. Perabot seperti meja, kerusi, almari juga kelihatan menyeramkan. Perasaan seperti ada seseorang yang memerhati juga menambah gementar mereka berdua. Selain itu penulis juga berkongsi kerusi dan barangan mereka bergerak dengan sendiri. Ramai yang menganggap kisah yang dikongsikan tersebut mempunyai kaitan dengan kematian 3 orang pekerja semasa pembinaan hotel. Mereka terbunuh disebabkan platform tergantung di luar hotel yang mereka naiki terputus dan  mereka terjatuh dari tingkat 67 dan meninggal dunia serta merta.

  • Stanley Hotel, Amerika Syarikat

Sebuah filem yang menjadi inspirasi kepada buku novel seram The Shining ditulis oleh stephen king selepas menetap di sana pada tahun 1970 dahulu. Hotel tersebut menyimpan banyak kisah menyeramkan apa tidaknya itu adalah sebuah hotel yang berusia 108 tahun. Kisah seperti penampakan kanak kanak, wanita dan juga bunyi orang ramai yang kedengaran dan juga bunyi musik, apa yang pelik semasa bunyi-bunyi tersebut kedengaran hotel sebenarnya sunyi sepi tanpa ramai pengunjung.

Antara kawasan paling menakutkan di situ ialah bilik 217, dimana ia dihuni oleh sebuah roh yang dikenali sebagai Elizabeth Wilson seorang bekas pekerja yang cedera pada tahun 1911 dan ditempatkan di sana. Tangga hotel yang dikenali sebagai the vortex, kawasan yang menjadi laluan roh, Concert hall dimana ada ketika pengunjung akan mendengar buunyi orang ramai tetapi apabila diperiksa tiada sesiapa yang berada di situ dan yang paling menakutkan kawasan bawah tanah hotel tersebut yang digunakan untuk melarikan diri ataupun masuk ke hotel secara sembunyi, dimana kumpulan paranormal percaya mempunyai bilangan roh yang sangat ramai.

  • First World Hotel, Malaysia – Pemain Judi Membunuh Diri

Sebuah hotel yang terletak di Genting Highland Malaysia, iaitu first world hotel. Ini adalah sebuah hotal yang popular dikunjungi oleh mereka yang mahu berjudi, apa tidaknya sebahagian daripada hotel tersebut adalah pusat perjudian dan sebahagian lagi adalah tapak rekriasi. Ada satu kisah yang pernah viral satu ketika dahulu disebarkan di internet, seorang lelaki yang baru sahaja masuk ke salah sebuah bilik di situ, setiap kali dia menjengkuk ke luar balkoni bilik ada seorang wanita dari bilik bertentangan, berdiri di balkoni blik tersebut sambil menunding jari kepadanya. Begitu juga hari kedua dan hari ketiga. Pelik dengan gelagat wanita tersebut lelaki tu cuba untuk memeriksa kawasan seluruh bilik, apabila memeriksa salah sebuah katil di bilik tersebut, ada satu mayat wanita. Dia melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis dan mayat tersebut adalah wanita di bilik bertentangan yang menunding jari kepadanya untuk 3 hari berturut turut.

Kisah gangguan di hotel ini dikaitkan dengan bekas bekas penghuni hotel yang membunuh diri di situ, lebih tepat lagi mereka yang kalah teruk ketika berjudi, ada yang hilang segala galanya akibat berjudi, tertekan dan membunuh diri di sana.

  • The Omni Homestead, Amerika Syarikat – Menunggu Tunang

Ini adalah antara hotel paling lama di Amerika, dibina pada tahun 1766 dan pernah terbakar pada tahun 1901. Pada awal 1900 dahulu kisah lagenda menceritakan tentang seorang wanita yang sepatutnya menjalankan perkahwinan di situ menunggu bakal suaminya datang. Malang bagi wanita tersebut bakal suaminya melarikan diri kerana tidak mahu meneruskan perkahwinan mereka. Dengan perasaan kecewa dia mengurung diri di dalam bilik dan membunuh diri. Sejak dari hari itu kisah tentang seorang wanita yang memakai baju pengantin mundar mandir di tingkat 14 dilaporkan oleh pengunjung.

Bukan itu sahaja kepada sesiapa yang terserempak dengan wanita ini, wanita tersebut akan bertanya “pukul berapa sekarang?”, sebelum berlalu pergi. Ramai pengunjung dan juga pekerja di hotel ini sendiri yang berkongsi pengalaman mereka.

  • Hotel Yun Shan Fan Dian, China

Ini adalah sebuah hotel yang dibina di atas bekas sebuah taman seorang permaisuri Qing Dynasty china, hotel ini terletak di bandar Beijing, China. Permaisuri tersebut dikenali sebagai Dowager Cixi yang memang obses dengan tamannya suatu ketika dahulu, penampakan permaisuri tersebut dilihat bukan sahaja oleh pengunjung tetapi pekerja hotel itu sendiri, dia akan berada di sekeliling hotel dipercayai sedang menjaga kawasan tamannya.

Ada juga kisa menceritakan yang penampakan permaisuri tersebut sering kelihatan di tingkat ke 8 sambil dia menjenguk ke luar tingkap untuk melihat seluruh kawasan taman. Ada juga yang melaporkan sesiapa yang terserempak dengan permaisuri, dia akan meluru ke arah mereka dan hilang secara tiba tiba.

  • Crescent Hotel, Amerika Syarikat – Hospital Rahsia

Ini adalah sebuah hotel yang dibina pada tahun 1886, dengan struktur pembinaan era victoria. Namun begitu ketika kemorosotan ekonomi dunia pada tahun 1937 hotel ini jatuh bankrup kerana tidak menerima pengunjung, ia kemudian dibeli oleh Norman Baker untuk dijadikan sebuah hospital yang menjalankan kajian mencari rawatan kanser, dia akan menjalankan kajian terhadap pesakit dan juga mayat yang meninggal akibat kanser di hospital tersebut. Namun begitu gejala Norman ini dilarang sama sekali dan dia telah dijatuhkan hukuman.

Terdapat beberapa bilik yang dipercayai oleh penduduk tempatan sebagai berhantu, termasuklah bilik 419, bilik 218 dan bilik 3500. Dikenali sebagai Theodora, seorang roh jururawat tinggal di bilik 419, dihantui oleh roh yang dikenali sebagai Micheal iaitu seorang bekas pekerja hotel yang meninggal semasa pembinaan hotel di bilik 218 dan penghuni bilik 3500 masih misteri sehingga hari ini.

  • Hotel President, Hong Kong

Ramai yang percaya kisah kisah menyeramkan yang berlaku di hotel ini berasal dari sejarah hitam pembunuhan yang pernah berlaku di situ suatu ketika dahulu. Pada tahun 1997 seorang lelaki yang membunh dua orang pelacur selepas tidur bersama sama, dia kemudian memotong mayat pelacur2 tersebut, membuang serpihan daging ke dalam mangkuk tandas.

Bayangkan ada pengunjung yang berkongsi pengalaman mereka menetap di sana terhidu bau minyak wangi walaupun dia tidak memiliki minyak wangi, barang barang digerakkan secara tiba tiba, ada juga yang menceritakan akan ada susuk tubuh seorang lelaki tua misteri yang masuk ke dalam bilik mereka dan hilang begitu sahaja.

  • Bedugul Taman Rekriasi Hotel, Bali, Indonesia

Ini adalah sebuah hotel yang telah lama ditinggalkan kosong dan berusang, malah seluruh kawasan hotel kini nampak menyeramkan. Ia dibina dua dekad yang lalu di atas sebuah bukit di Bali, Indonesia. Penduduk tempatan percaya yang hotel tersebut dihantui oleh bekas pekerja hotel yang meninggal di sana. Menurut penulisan journeyera.com bila mereka cuba masuk ke kawasan tersebut menaiki taksi, teksi itu tidak mahu masuk ke dalam dia hanya menunggu mereka di luar.

Teori kedua pula menceritakan tentang kes penyelewengan wang yang berlaku di Indonesia, dimana hotel itu dibina oleh anak president indonesia, Suharto pada tahun 1990 iaitu Tommy Suharto. Apabila Suharto digulingkan, Tommy disumbat di dalam penjara pada tahun 2002 dan pembinaan hotel tersebut terbengkalai. Apa pun kisah sejarah hotel ini, penduduk tempatan menggangap walaupun ia tidak beroperasi masih ada yang tinggal di situ, yang pastinya ia bukan manusia.

  • Nakagusuku Hotel, Jepun – Peninggalan Hotel Disumpah

Terletak di Jepun, kini kosong dan berusang, dibina diatas sebuah bukit, pada lewat 1970an dahulu dengan lokasi yang dikelilingi dengan hutan. Hotel ini dibina oleh seorang usahawan kaya dari daerah Naha, semasa pembinaan hotel ini ia ditentang oleh sami yang juga penduduk di sekitar kawasan tersebut. Menurut mereka ia dibina di kawasan perkuburan dan sebuah kawasan tempat suci di daerah tersebut, dan pembinaan hotel Nakagusuku adalah satu penghinaan bagi mereka yang dikuburkan di situ tetapi amaran tersebut diabaikan dan pembinaan diteruskan.

Semasa pembinaan hotel pula, banyak masalah yang dihadapi sehinggakan ada pekerja yang terkorban, ada kisah yang menceritakan pemilik asal hotel tersebut pernah tinggal di sana sebelum ia siap sepenuhnya untuk membuktikan kisah gangguan di situ cuma mitos semata mata., keesokan harinya dia keluar dari hoteal hilang akal, bercakap dan ketawa sendiri. Sehingga hari ni kawasan hotel ini dikenali sebagai antara hotel paling berhantu di Jepun.

  • Hotel Cecil, Amerika Syarikat – Kes Kehilangan Pelik

Antara hotel yang paling terkenal di dalam senarai ini, pernah juga diapaprkan di episod lalu kupi kupi go, melibatkan kes kehilangan seorang wanita yang bernama Elisa Lam. Apa yang pelik beberapa jam sebelum kehilangan wanita tersebut rakaman CCTV dari lif hotel menunjukkan Elisa seperti sedang bersembunyi dari sesuatu. Seperti ada seseorang yang sedang mengekorinya dan dia kelihatan paranoid, ada yang percaya dia dirasuk oleh roh jahat. Elisa kemudian keluar dari lif dan disahkan hilang apabila keluarga dia cuba untuk menghubungi wanita tersebut.

Tidak beberapa lama selepas kehilangan wanita itu, penghuni hotel yang lain mula membuat aduan yang air berbau busuk dan kotor. Pihak hotel segera memeriksa tangki yang terletak di tingkat atas dan mendapati mayat elisa di dalam tangki dalam keadaan mereput. Apa yang pelik, tangki tempat mayat wanita tersebut ditemui sangat berat tidak mungkin dia akan dapat mengangkat penutup tangki tersebut kalaupun dia sendiri yang mahu masuk ke dalam. Ini adalah antara kes misteri yang masih lagi belum diselesaikan sehingga hari ini dan masih lagi menjadi tanda tanya.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Penyakit Mental/Saiko Yang Membahayakan

MISTERI BEBOLA TERBANG