in

10 INDIVIDU MENIPU DICULIK

  • VIRAL GADIS DICULIK- GADIS DITEMUI BERSAMA TEMAN LELAKI

Pada tahun 2016, Nur Amirah Athirah Abdul Majid, gadis 14 tahun yang pernah menjadi perhatian di seluruh negara selepas rakaman panggilan telefon kepada ibunya memberitahu yang dia diculik menjadi viral dan mendapat prihatin seluruh negara. Ibu Athirah iaitu Asmah Mamai, 33 tahun membuat laporan polis setelah menyedari anak prempuannya tidak pulang ke rumah mereka di Bandar Sultan Suleiman. Remaja tersebut sempat menghubungi ahli keluarganya, iaitu ibu mangsa dan mendakwa yang dia telah diculik dia dipaksa untuk masuk ke dalam van berwarna putih sementara kepalanya ditutup menggunakan kain.

Teka-teki helah penculikkan ini terbongkar setelah pihak polis berjaya menemui Nur Amirah bersama teman lelakinya, Gan Chin Tech, 19 tahun di hadapan stesen minyak di Kanchong Darat Banting, Selangor kira-kira 10 malam. Melalui hasil siasatan pihak polis, gadis tersebut mengaku dirinya tidak diculik dia hanya menipu diculik kerana ingin hidup bebas. Selain itu, menurutnya lagi, sepanjang kehilangannya, dia telah menumpang di rumah bapa angkatnya yang dikenali sebagai Nizam di Bandar Sungai Emas, Banting.   

  • PELAJAR TERTEKAN REKA CERITA DICULIK

Dilaporkan oleh myMetro, seorang pelajar berusia 13 tahun mendakwa bahawa dia telah diculik oleh sekumpulan lelaki yang menaiki van putih ketika menunggu bas. Menurut mangsa, setelah 10 minit berada di dalam van, dia berjaya meyelamatkan diri setelah mengigit tangan penculik. Malah remaja tersebut juga mengatakan yang dia sempat menendang penculik sebelum melarikan diri ke sekolah menaiki bas.

gambar sekadar hiasan

Setelah siasatan dilakukan, Ketua polis Daerah Apang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah, berkata, penculikan tersebut adalah rekaan semata-mata apabila remaja berkenaan mengaku berdepan dengan tekanan akibat dipaksa menumpukan pelajaran termasuklah tidak dibenarkan untuk hidup bebas oleh keluarganya sebelum ini.

  • SUAMI RANCANG CULIK DIRI SENDIRI

Pada 16 Oktober 2017, seorang juruteknik lelaki berumur 34 tahun telah didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu kerana menipu isterinya dengan merancang penculikan diri sendiri. Tertuduh yang dikenali sebagai Hilman Ismail yang bekerja di agensi pihak berkuasa tempatan (PBT) didakwa menipu isterinya mengatakan yang kononnya dirinya telah diculik. Kejadian tersebut telah menyebabkan isterinya trauma dan bertindak membuat laporan polis.

Kira-kira 12 jam selepas “diculik” disebabkan rasa gelisah menipu penculikannya sendiri, tertuduh telah menyerahkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu dan menerangkan hal sebenar. Siasatan susulan mendapati yang tertuduh menghadapi masalah rumah tangga namun begitu tidak sanggup untuk menceraikan isterinya menyebabkan dia telah merancang satu penipuan penculikan terhadap dirinya sendiri.

  • MENIPU DICULIK KERANA LARI DARI HUTANG

Tertuduh Nurfauzilah Ariffin, 39 tahun seorang suri rumah mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 3 bulan oleh mahkamah Majistret Batu Gajah atas pertuduhan membuat laporan plasu kononnya dia diculik. Wanita tersebut telah menghantar pesananan suara memina tolong melalui applikasi WhatsApp, malah menghantar mesej melalui Facebook Messenger miliknya dengan mengatakan bahawa diri dia di dalam bahaya dan dalam tahanan seseorang.

Setelah kes ini tular di Facebook, hasil maklumat orang awam dan siasatan pihak polis, tertuduh ditemui dan ditangkap tangkap di sebuah taska, dia kemudian mengaku yang dia memalsukan penculikan untuk menghilangkan diri sementara waktu kerana mempunyai masalah hutang.

  • TAKUT DIMARAH BAPA, DUSAK 11 TAHUN MENIPU DICULIK

Dilaporkan oleh Astro Awani pada 1 februari 2017, pihak polis telah menerima satu laporan tantang cubaan menculik seorang kanak kanak di Banting. Kisah penculikan itu juga telah tular di applikasi whatsapp, bapa mangsa apabila mendengar berita tular itu kemudian menbuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya yang tidak pulang kerumah seperti biasa.

Apabila siasatan dijalankan, kanak-kanak tersebut sebenarnya telah mereka cerita yang kononnya terdapat tiga lelaki bertopeng cuba menariknya masuk ke dalam van sebelum mangsa berjaya melepaskan diri dengan menggigit tangan daripada salah sorang penculik berhampiran rumahnya. Kanak-kanak berusia 11 tahun itu sengaja mereka cerita kerana takut dimarahi bapanya disebabkan lewat pulang ke rumah.

  • MEMALSUKAN PENCULIKAN BAGI MENDAPAPTKAN WANG TEBUSAN

Berlaku di Eropah, Leigh Ford berusia 45 tahun telah dijatuhkan hukuman penjara setelah mengaku bersalah kerana memalsukan penculikannya sendiri bagi mendapatkan wang tebusan daripada teman wanitanya.

Kerana ingin keluar bersukaria bersama rakannya, Leigh Ford telah telah menipu teman wanitanya bahawa dia telah diculik dan penculik mengancam mahu memotong kemaluannya. Disebabkan terlalu panik, Zoe segera membayar wang tebusan sebanyak 80 euro yang dipindahkan secara dalam talian sebelum dia menghubungi pihak polis untuk meminta bantuan.

Polis menghantar helekopter dan seorang perunding terlatih untuk membantu operasi mencari mangsa berkenaan. Semasa siasatan dilakukan, pihak polis telah menemui Leigh Ford melalui satu rakaman kamera keselamatan yang menunjukkan di mana Ford bersama rakannya keluar dari kedai selepas membeli minuman keras. Ford ditangkap, didakwa di mahkamah dan dia telah mengaku bersalah kerana membuang masa polis mencarinya serta di denda membayar kos kerugian sebanyak rm16,729 mencarinya.

  • JONATHAN MICHAEL DAVIS

Pada 27 Februari 2018, Jonathon Michael Davis dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya. Saudara-saudaranya mula menerima mesej yang menjelaskan bahawa dia telah diculik dan mereka perlu membayar wang tebusan sebanyak $ 375 untuk membebaskannya. Penculik-penculik itu mengancam untuk mencederakan Davis jika keluarganya tidak membayar tebusan dengan segera. Mereka juga menghantar gambar jari patah dan akan mematahkan jarinya yang lain jika tidak membayar wang tebusan secepat mungkin. Khuatir akan hal tersebut, Keluarga Davis membuat laporan penculikan di polis Oklahoma pada 1 Mac.

Pada malam yang sama ketika siasatan dijalankan, dia telah ditemui di salah sebuah kasino di Tulsa, tempat dia berjudi. Rupa-rupanya, dia menghantar mesej kepada sanak saudaranya menggunakan telefonnya sendiri. Malah pihak polis juga mendapati Jari Davis tidak patah seperti yang dimaklumkan oleh penculik kerana gambar tersebut merupakan gambar yang dimuat turun dari Google Images. Malah, apa yang lebih melucukan kan adalah gambar itu adalah yang pertama muncul apabila pihak polis mencari “jari yang patah.” di google images.

  • Maria Gonzalez – Menipu Diculik Sebab Tidak Mahu Membayar Gaji Pekerja

Maria Gonzalez mendakwa dia telah diculik, dirompak, dan diserang secara seksual semasa memandu. Menurut Maria dia terpaksa memberhentikan kenderaan kerana dua ekor anjing tiba2 meluru ke tengah tengah jalan. Tiba-tiba dua lelaki bertopeng muncul salah seorang mereka memiliki senjata, memasuki kereta dan mengarahkannya memandu. Dia mendakwa dia pengsan diculik dan apabila terbangun menurut maria Seluar dalamnya berasa basah, membuatnya fikir dia telah diperkosa.

Selain itu, dia juga mengaku telah dirompak $ 9,000. Siasatan menjadi mencurigakan apabila mereka tidak menemui sebarang tanda tanda dia telah dirompak di sekitar kereta Maria. Perompak yang dituduh itu juga meninggalkan barang-barang lain seperti dompet dan hanya mengambil wang. Apa yang lebih mencurigakan. Maria sukar untuk menjelaskan bagaimana dia akan melepaskan diri dan melarikan diri.

Siasatan mendapati Maria memalsukan penculikan dan mencederakan dirinya sendiri. Pada mulanya dia menafikan pemalsuan tersebut, tetapi kemudian mengaku apabila pihak polis menunjukkan rakaman CCTV di kawasan dimana rompakan tersebut kononnya berlaku. Maria mengakui dia memalsukan penculikannya kerana dia tidak mempunyai $ 9,000 untuk membayar gaji pekerjanya.

  •  Jessica Nordquist

Jessica Nordquist berasal dari Alaska, memulakan hubungan dengan Mark Weeks yang juga rakan sekerjanya. Pasangan itu memutuskan untuk berpisah, tetapi Jessica enggan melepaskan teman lelakinya dan mula menuduh Mark merogolnya. Jessica menghantar mesej pesanan kepada pelanggan dan rakan sekerja dan memaklumkan bahawa Mark telah merogolnya sehingga mengandung. Dia juga membuka sekurang-kurangnya 20 akaun Instagram untuk menuduh Mark merogolnya.

Untuk membuktikan dia benar-benar hamil, Jessica membeli benjolan bayi di Amazon. Jessica juga menghantar mesej teks ugutan kepada Mark dan ahli keluarga terdekatnya.

Kerana tidak mendapat perhatian seperti yang diinginkan, Jessica mereka cerita yang dia telah diculik. Jessica juga menghantar gambar dirinya sendiri dalam keadaan bogel dan terikat, kepada rakan-rakannya, rakan sekerja, dan keluarga Mark.

Ketika siasatan dijalankan, Polis melawat rumahnya, di mana mereka menemui nota yang memberitahu mereka tentang penculikannya. Sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga bila dia didapati berada di scotland dalam keadaan sihat walafiat. Dia telah dijatuhkan hukuman penjara empat setengah tahun pada 2018

  • Rogelio Andaverde

Rogelio Andaverde sepatutnya bertemu dengan beberapa kawan untuk keluar malam. Tetapi dia takut isterinya, Maria Hernandez, tidak akan membenarkannya keluar. Maka dengan itu dia memutuskan untuk mereka menculik dirinya sendiri.

Pada sustu malam, Rogelio berada di rumah dengan Maria dan dua lelaki memecah masuk ke rumah mereka dan membawanya pergi. Maria kemudian membuat laporan polis. Pihak polis memulakan pencarian. Dua hari kemudia Rogelio pulang ke rumah dengan selamat. Dia memceritakan kepada isterinya bahawa penculik tersebut berubah fikiran dan melepaskannya.

Semasa soal siasat dijalankan, Polis mendapati cerita yang tidak masuk akal dan mendapati penculikan itu merupakan satu cara satu helah sahaja dan membolehkan Rogelio menghadiri pesta dengan rakan-rakannya.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

MISTERI BEBOLA TERBANG

5 Manusia Gergasi