in

10 Kisah Saka Paling Menakutkan di Malaysia

  • Maut Kerana Saka

Dilaporkan di berita harian, kisah ini berlaku pada april 2018 dahulu di subang jaya, bila seorang lelaki yang mahu mendapatkan bantuan menghalau saka dari sebuah kumpulan perubatan traditional. Tidak dirawat tetapi dibelasah oleh sekumpulan lelaki membuatkan abdomennya mengalami kecederaan teruk. Mangsa yang berusia 35 tahun tersebut mengadu mengalami gangguan makhlus halus lebih dari setaun dan telah bertemu ramai pakar perubatan traditional untuk menghalau saka tersebut.

Apabila dibelasah, ditendang dibahagian perut dan badan oleh tiga lelaki dan dua perempuan mangsa hanya berdiam diri dan mengikut sahaja apa yang disangkakannya satu ritual menghalau saka. Disebabkan kecederaan dalaman, mangsa telah meinggal dunia dan dikuburkan di Changkat Tin, Batu Gajah.

  • Rogol anak untuk buang Saka

Dilaporkan oleh utusan, kisah ini Berlaku di Perlis pada tahun 2018 dahulu, seorang gadis berumur 15 tahun telah dirogol oleh bapa tirinya diatas aladan yang itu adalah ritual untuk menghalau saka. Mangsa telah dirogol sebanyak dua kali di sebuah kuarters kerajaan dan di taman permainan berdekatan taman perumahan mereka.

Tidak sehingga dia membuat laporan polis barulah kes itu terbongkar. Apabila disiasat bapa tirinya yang berumur 34 tahun tersebut mengaku yang dia merogol mangsa nutuk menghalau saka yang berada didalam tubuh anak gadis tersebut.

  • Saka Marah Ditinggalkan Bakar Rumah

Bayangkan berada di dalam rumah berseorangan diri dan tiba tiba anda melihat barangan di rumah anda terbakar dengan sendiri. Itulah yang terjadi di Rumah Teduhan Kasih Bukit Berunting dilaporkan oleh Sinar harian pada tahun 2018. Ramai yang percaya dan mengaitkan perkara itu dengan seekor saka yang dibela oleh seorang penduduk di sana.

Ini bukanlah kes yang berasingan, sebelum ini juga pernah berlaku kisah misteri yang sama, seperti pengalaman dari pengasas pusat rawatan islam al-qalam, datuk seri baharudin abu, dia menceritakan yang pernah juga kes ini dilaporkan di kelantan akibat daripada perbuatan syirik. Antara sebab kenapa saka tersebut membakar rumah secara tiba tiba ialah dia telah ditinggalkan oleh tuannya, ataupun tuanya sudahpun bertaubat dan tidak mahu memeliharanya lagi. Menurut penduduk yang tinggal di kawasan tersebut misteri dan menakutkan bila kejadian tilam, bantal, kain lapik, getah dan lain lain terbakar dengan sendiri.

  • Tak tahu ada saka

Ini adalah kisah perkongsian yang dimuatnaik di media sosial oleh seorang wanita yang menyewa di sebuah taman perumahan, menurutnya di depan rumah yang disewa terdapta sebuah pokok yang besar, lebat dan menyeramkan, untuk tempoh setahun macamtu semuanya ok dia dan keluarga makin selesa tinggal di sana. Anak sulung kepada wanita ini mempunyai kebolehan untuk melihat makhluk halus, walaupun ada ketika dia kaan melihat makhluk2 tersebut dia tidak akan menangis, tetapi tiba satu saat dimana dia menangis dan meracau teresak esak apabila melihat sesuatu di dalam rumah.

Kejadian pelik mula menganggu dia dan ahli keluarga, dia akan cepat panas baran, rumah terasa panas, hubungan semakin renggang, sehinggakan dia mimpi yang dipernah dikejar ular. Apabila dia menemui pakar perubatan islam barulah dia dimaklumkan yang dia mempunyai saka, saka keturunan yang diwariskan ke keturunan ketujuh. Menurutnya walaupun kawasan rumah telah pun dipagar, menurut anak sulungnya setiap kali ia dipagar benda lain yang datang. Semasa penulisan tersebut dimuatnaik dia sedang menjalani rawatan.

  • Saka 7 Puteri dan 77 Puteri

Ini adalah perkongsian yang dimuatnaik di blog azmee87.blogspot.com pada tahun 2010 dahulu. Azmee adalah pengamal perubatan islam, dan dia menceritakn pengalamannya merawat seorang pesakit yang mempunyai dua jenis jin yang berada di dalam tubuh badannya satu jenis jin saka 7 orang puteri dari indonesia dan satu lagi jin sihir sebanyak 77 ekor yang kesemuanya mempunyai perisai yang menjadi cabaran buat azmee dan rakak pengamal perubatan.

Menurut Azmee, ayat ruqyah yang dibaca tidak dapat memecahkan dinding perisai2 jin tersebut, tidak sehingga ayat ruqyah diulang secara berjemaah barlah mereka berjaya menarik jin jin tersebut keluar daripada badan pesakit.

  • Didera Bapa Sendiri Kerana Disangka ada Saka

Berlaku pada tahun 2018 dahulu, ini dilaporkan melalui kosmo online, seorang kanak kanak yang berasal dari port dikson telah didera oleh bapa kandungnya sendiri setiap kali dia enggan mendengar arahannya. Mangsa yang dikenali sebagai Nur Aina diterajang, disepak dan ditampar di kepala dan seluruh tubuh badannya membuatkan kanak kanak tersebut terseksa dan meninggal dunia.

Apabila siasatan susulan dilakukan, pihak polis telah merampas sebotol air jampi yang dipercayai air untuk membuang saka di dalam badan mangsa. Dia percaya yang mangsa tidak mahu mendangar arahannya kerana mempunyai saka dan cara untuk mengubati anaknya adalah dengan memukul dan maksa anaknya meminum air jampi.

  • Misteri Ketukan di Pintu

Ini dilaporkan oleh sinar harian pada januri 2019 dahulu bila penduduk kampung gajah menerima gangguan daripada apa yang mereka percaya sebagai saka yang digelar saka, dimana pintu mereka diketuk tetapi bila dijenguk ke luar tiada orang yang berada di depan pintu.

Kes gangguan ketukan dari apa yang dipercayai sebagai saka ini bukanlah kes yang berasingan, pernah juga terjadi di perak dimana pintu rmah penduduk sebuah kampung diketuk malam selepas mengebumikan seorang warga emas di situ. Apa yang menakutkan mayat warga emas tersebut hanya ditemui selepas dia meninggal dunia di rumahnya. Orang kampung percaya itu adalah saka  yang dipelihara semsa di tinggal berseorangan tanpa bini dan anak.

  • Gempar Saka Pusaka

Ini adalah perkongsian yang dimuatnaik di Twitter pengguna yang bernama Ikmal hanif melibatkan kisah kenalannya semasa diploma dahulu, ada satu malam dia dan kenalannya tersebut duduk minum di sebuah restoran sambil menonton bola, tiba tiba rakannya berbisik bertanyakan soalan pelik, “Mal Nak tengok hantu?” sebelum mengatakan yang ada seekor saka yang sedang mencangkung di sebelah pakcik yang duduk di sebuah meja di dalam restoran yang sama.

Saka tersebut seorang wanita, berambut panjang, berbaju kurung lama dan berkain batik compang camping, sedang mencangkung dengan mulut terkumat kamit. Malam yang sama mereka balik ke kampus, ikmal tertanya tanya macamana rakannya ni boleh nampak makhluk halus. Menurutnya dia ada saka hasil peninggalan neneknya, ustaz yang dipanggil cakap yang saka tersebut tidak mahu keluar dari dalam badannya kerana tidak mempunyai penjaga. Semasa dia masih kecil neneknya meninggal dunia, malam tersebut ketika sedang tidur dia terdengar suara neneknya dari dalam bilik “Mat, nenak nak masuk, di luar sejuk” rakanya menjawab ‘masuklah nek’. Dengan itu rakannya mewarisi saka keluarga. Walaupun pada hari ini saka tersebut telah dibuang tetapi mata hijab rakannya masih lagi terbuka luas selama lamanya.

  • Saka Bekas Teman Lelaki

Sebuah lagi kisah yang dikongsikan di media sosial Anis Nafeera melibatkan seekor saka yang dihantar kepada seorang gadis oleh bekas teman lelakinya. Menurut Anis, sehari sebelum dia dan rakan rakannya merancang untuk hiking di gunung stong, bekas teman lelakinya kedapatan curang dengan perempuan lain menyebabkan satu pergaduhan diantara mereka. Keesokan paginya, Ketika di dalam perjalan pulang dari aktiviti hiking di Gunung Stong beberapa ekor burung merempuh kenderaan Alza yang dinaiki oleh mereka.

Pemandu kenderaan tu menghentikan kenderaan di tengah2 jalan yang gelap sebelum salah seorang dari mereka yang dinamakan Aikal mengarahkan Anis keluar dari kenderaan, enggan untuk keluar tetapi dia akur, Aikal yang mempunyai pengalaman berhadapan dengan makhlus halus kemudian menghalau aska yang menganggu mereka. Masih di dalam keadaan keliru anis pulang ke rumah dan menerima panggilan dari bekas teman lelakinya, pelik bila bekas teman lelaki Anis mengaku yang dia menghantar saka nenek moyangnya untuk menganggu anis kerana anis mahu meninggalkan lelaki tersebut.

  • Saka Arwah Atuk

Ini adalah kisah perkongsian di internet tentang seekor lelaki yang diganggu sejak umur 4 tahun oleh seekor saka yang tidak bertuan.Menurut penulis yang bernama syafiq, datuk di sebelah bapanya telah membela saka bertujuan untuk mengubat orang. Dimana datuknya dahulu adalah antara pengamal perubatan traditional yang terkenal dan hebat tidak pernah gagal dalam mengubati orang.

Semasa datuknya tenat saka tersebut mahu mencari tuan baru yang seorang lalaki, ayah kepada penulis adalah anak lelaki tunggal dan dia adalah satu satunya calon untuk saka tersebut diwariskan, tetapi ayahnya menolak kerana memiliki saka adalah haram. Gagal untuk bertuankan ayahya saka tersebut kemudian mula menganggu shafiq semasa dia masih kecil lagi. Ada suatu malam dia terjaga terdengar suara anjing menyalak mendayu dayu, tiba2 di dalam biliknya muncul seorang wanita pergi ke hujung katil mereka memegang kaki penulis sambil menangis nangis dan hilang. Menurut penulis saka tersebut masih lagi belum mempunyai tuan sehingga hari ini.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10 Negara Yang Terpadat di Dunia

10 Orang Gagal Yang Berjaya