in

10 Kisah Tragis Orang Yang Hilang

  • Ricky Megee – Sesat Di Outback Selama 71 hari

Ini adalah kisah yang berlaku di kawasan Outback Australia, bila dia terdampar selama 71 hari pada tahun 2006 dahulu. Disebabkan oleh trauma terdampar di sana, ricky terlupa sebab kena dia boleh berada di sana, di satu temubual dia mengatakna yang kenderaan dinaiki rosak dan dia terpaksa berjalan kaki, di temubual yang lain pula dia mengatakan yang dia telah dirompak dan ditinggalkan di situ.

Ricky membina tempat teduh yang diperbuat daripada kayu yang berada di sekeliling outback, dia memakan serangga, haiwan kecil dan tumbuhan, dia juga menakung air hujan sebagai sumber air. Tidak sehingga pada hari ke 71 di ditemui oleh sekumpulan lelaki di Katherine, Northen Territory dan dibawa ke hospital.

  • Harrison Okene – Terperangkap di dasar lautan

Ini adalah kisah yang berlaku pada 26 May tahun 2013 dahulu, bila sebuah bot penail digelar sebagai jackson four terbalik membawa sekali anak kapal didalam membunuh mereka serta merta. Diantara kesemua anak kapal cuma seorang sahaja yang terselemat iaitu tukang masak yang dikenali sebagai Harrison Okena. Air yang masuk dengan deras menolak harrison masuk ke dalam tandas sementara bot tersebut tengeglam perlahan lahan ke dasar lautan. Mujur bagi harrison ada ruang uadara di dalam tandas tersebut untuk dia bernafas.

Bersendirian di dasar lautan, dengan keadaan yang gelap, tiada jalan keluar untuk harrison selain menunggu pasukan penyelamat sampai, Dia kekal hidup dengan memakai jaket penyelamat dan sebatang lampu suluh. Sejuk, lapar dan penat harrison hanya berpaut kepada dua tilam untuk terus terapung. Sementara dia mendengar ikan jerung dan ikan ikan di sekeliling yang yang sedang memakan mayat rakan raknnya. Tidak sehingga 3 hari selepas kapal tersebut tenggelan, dia diselamatkan oleh kumpulan penyelamat dari DCN diving belanda menemui Harrison di dalam kapal tersebut masih hidup.

  • Aldi Novel Adilang – Hanyut menaiki bot rampong

Kisah ini melibatkan seorang remaja dari indonesia yang hanyut ketika belayar dari kepualaun sulawesi pada tahun 2018 dahulu, dia adalah seorang nelayan yang menaiki bot rampong iaitu sebuah bot nelayan yang berbentuk seperti pondok yang kecil. Disebabkan angin kuat layar Aldi tercabut dan dia hanyut dibawa angin.

Dia hanya memakan ikan, dan memasak ikan tersebut dengan kayu daripada bot rampong. Apa yang malang bagi Aldi, ketika 49 hari dia hanyut banyak bos yang melintasi bot rampongnya walaupun menjerit dan melambai lambai, tiada satu pun yang perasan dia berada di situ. Hampir kecewa dengan nasib yang ditimpanya, pada hari ke 49 sebuah bot yang berasal dari jepun perasan bot rampong aldi, dia telah diselamatkan, dihantar ke jepun dan diterbangkan semula ke indonesia.

  • Liang Sheng Yueh – Terperangkap di dalam gua

Ini adalah kisah pasangan dari china, Liiang Sheng Yueh 21 tahun dan teman wanitanya Liu Chen Chun 19 tahun. Pada tahun 2017 dahulu mereka mendaki bukit nepal bila cuaca di kawasan gunung tersebut tiba tiba bertukar teruk, angin bertiup kencang dan sejuk membuatkan keadaan sekeliling kabur dan menghadkan pemandangan mereka. Tidak dapat meneruskan perjalanan ataupun berpatah balik mereka masuk ke sebuah gua dan menunggu di sana menunggu cuaca reda ataupun diselamatkan.

Ketika berada di situ makanan yang ada hanyalah bekalan yang mereka bawa bersama, malang bila Liu Chen meninggal ketika berada di situ, dan Liang tidur sepanjang 7 minggu dia berada di sana untuk menyimpan tenaga. Semasa ditemui liang ditemui kurus kering disamping mayat teman wanitnaya dan kaki liang pula dikerumuni dan dimamah oleh ulat. Mereka ditemui oleh pasukan menyelamat disebabkan burung yang mengelilingi mayat Liu Chen menunggu untuk makan. 

  • steve callahan – Terperangkap di bot kecemasan

Steve calahan belayar berseorangan di lautan atlantik pada tahun 1981 dahulu, tidak sehingga satu ribut perit yang kuat menyebabkan kapal layar steve dihempas oleh ombak deras dan bagaikan jatuh ditimpa tangga seekor penyu pula melanggar kapal layar yang dinaikinya menyebabkan kebocoran yang menenggelamkan kapal. Ini memaksa dia untuk menaiki bot kecemasan. Dengan sumber makanan dan minuman yang terhad dia hanyut tanpa arah menunggu untuk diselamatkan. Steve hanyut selama 76 hari di tengah tengah lautan pasifik.

Mujurlah steve seorang pelayar yang berpengalaman, bukan sahaja dia mencipta kompas sendiri, tetapi mampu untuk menangkap ikan, untuk bekalan air pula dia akan menakung air hujan, tidak lupa juga dia harus meniup bot kecemasan yang dinaiki supaya bot tersebut kekal terapung. Malang bila di dalam 72 hari dia hanyut 7 kapal laut yang melintasi steve tidak perasan dia berada di situ, tidak sehingga sebuah bot nelayan dari pulau carribien menemui dan menyelamatkan steve tersebut.

  • Mauro Prosperi – Tersesat ketika marathon

Mauro Prosperi adalah seorang anggota polis itali yang juga gemar untuk mengikuti aktiviti lasak pantathlete, pada tahun 1994 semasa menyertai acara Marathon Des Sables satu acara marathon di padang pasir sahaja Mauro diamna peserta menghabiskan 6 hari untuk berlari merentasi padang pasir sahara, tetapi Mauro tersalah laluan dan berlari ke arah bertentangan dengan laluan sebenar beberapa ratus kilometer jauh menuju ke Sahara. Tidak sehingga beberapa jam berlalu barulah dia tersedar yang dia tersalah jalan, mujurlah dia menemui sebuah gua untuk berteduh sementara menunggu keesokan harinya mencari jalan keluar dari situ. Lapar dan dahaga dia meminum air kencingnya sendiri dan memakan kelawar yang berada di dalam gua tersebut.

Beberapa hari berada di dalam gua dia tekad untuk mencari jalan keluar dari padang pasir sahara, semasa di dalam perjalana dia memakan serangga, reptelia sebelum menemui telaga dengan tapak kaki orang di sekitar telaga menandakan yang ada orang berada di kawasan tersebut. Dia kemudian diselamatkan oleh penduduk tempatan dari Algeria dan dibawa ke hospital.

  • Kumpulan Rakbi Uruguay – Terdampar Bersama Mayat

Kisah ini berlaku pada tahun 1972, bila sebuah pesawat yang disewa hanya untuk membawa 42 orang dari kumpulan rakbi uruguai termasuk ahli keluarga mereka ke chile terhempas di pergunungan Andes yang terletak di Argentina, pemandu pesawat adalah seorang juruterbang yang tidak berpengalaman, dia membawa kapal di altitude yang rendah membuatkan sayap kapal terlanggar puncak gunung di kawasan pergunungan Andes. Diantara 42 penumpang hanya 28 orang yang terselamat ketika kapal tersebut terhempas, terdesak tanpa sumber makanan dan minuman mereka terpaksa memakan daging mayat dan mencairkan ais sebagai sumber makanan.

Apa yang lebih mencabar bagi mereka bila pada hari ke 10, melalui siaran radio dari dalam pesawat mereka mendapati yang pasukan mencari dan menyelamat telah dibatalkan. Pada hari ke 17 pula sebuah tanah runtuh menimbus tempat perteduhan mereka membunuh 8 lagi orang. Tertimbus di kawasan salji yang tebal, kesejukan, kelaparan dan ketakutan. 60 hari selepas terhempas, tiada pilihan lain Nando Parrado dan Roberto Canessa cuba mencari jalan keluar dan akhirnya mereka bertemu seorang lelaki yang juga penduduk di kawasan tersebut, mereka kemudian melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa dan selepas 72 hari hanya 16 orang yang dapat diselamatkan.

  • Dougal Robertson – Diserang Paus Pembunuh

Mungkin antara kisah kapal karam paling menakutkan didalam senarai ini, pada tahun 1972, kapal layar yang dinaiki Dougal Robertson, isterinya, 3 orang anak perempuan dan 5 anak kapal tenggelam disebabkan serangan daripada paus pembunuh yang marah. Mereka yang pada waktu itu sedang belayar ke kawasan kepualaun Galapagos dan masuk ke kawasan kediaman paus pembunuh.

Sebelum kapal tersebut tenggelam sepenuhnya mereka sempat melarikan diri menggunakan bot kecemasan, mereka menuju ke kawasan amerika tengah, meminum air hujan dan memakan ikan mentah untuk terus kekal hidup, setelah berada di lautan selama 38 hari, mereka diselamatkan oleh bot nelayan dari jepun.

  • Terry Jo Duperrault – Rahsia Yang Disimpan

Ini adalah kisah yang berlaku pada tahun 1961 dahulu bila percutian keluarga Dupperault bertukar tragedi. Terry jo seorang gadis yang berumur 11 tahun pada waktu itu ditemui di atas sebuah bot keselamatan hanyut berseorangan. Apabila ditanya tentang ahli keluarganya Terry berdiam diri dan hanya berahsia dan ini menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai.

Tidak sehingga 56 tahun kemudian barulah Terry menceritakan apa yang terjadi, malam sewaktu mereka belayar dia terbangun melihat sleuruh ahli keluarganya dibunuh oleh kepten kapal yang dikenali sebagai Julian Harvey, julian adalah rakan kepada bapanya yang dijemput untuk menemani dia dan ahli keluarga belayar dengan itu julian membawa isterinya sekali Mary Harvey. Walaupun membunuh kesemua ahli keluarga Terry termasuk isterinya sendiri, Julian tidak membunuhnya tetapi telah membuang terry ke laut dengan harapan dia akan lemas. Julian kemudian kembali ke daratan dengan membawa mayat isterinya dan menipu pihak berkuasa mengatakan yang kapal mereka naiki tenggelam dan hanya dia shaja yang terselemat. Tidak beberapa lama selepas itu Terry ditemui di bot keselamatan dan julian membunuh diri.

  • Jose Salvador Alvarenga – Kes Terdampar Paling Lama

Kisah ini berlaku pada tahun 2012 dahulu, kisah orang yang terdampar paling lama di dalam senarai ini. Bayangkan terdampar di atas sebuah kapal laut yang rosak tidak boleh dikemudi dan tiada arah tuju selama 438 hari ataupun 13 bulan seorang diri, itulah yang terjadi kepada seorang lelaki yang berumur 37 tahun berasal dari mexico iaitu Jose Salvador Alvarenga yang belayar dari teluk mexico untuk menangkap ikan. Dia ditemui berdektan dengan marshall island 6629 batu jauh dari mexico. Apabila memulakan pelayaran, kapal laut yang dinaiki oleh dia dan seorang lagi rakannynya terperangkap di satu ribut perit yang sangat kuat, apabila ribut petir reda mereka sesat dan kapal yang dinaiki rosak dan hanyut tanpa arah.

Dia memakan ikan, burung dan penyu dan meminum air hujan dan air kencingnya sendiri, sementara seorang lagi rakannya enggan untuk makan dan meninggal dunia 4 minggu selepas hanyut. Tidak beberapa lama selepas hanyut, sumber makanan dan minuman habis, tertekan dengan keadaan tersebut dia pernah cuba membunuh diri sebanyak dua kali. Setelah 438 hari hanyut Jose melihat sebuah pulau yang dikenali sebagai marshall island, dia terjun dan berenang ke persisiran sebelum diselamatkan oleh penduduk di sana.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10 Kisah Tragis Orang yang Mahu Hidup Selama-lamanya

10 Negara Yang Terpadat di Dunia