in

10 Kisah Tragis Orang yang Mahu Hidup Selama-lamanya

  • Sima Yi

Sima pi ataupun maharaja PI adalah seorang maharaja china yang hidup pada abad ke 361 selepas masihi. Dia taksub untuk hidup selama lamanya, dia percaya yang kalau dia meninggal empayar dia akan musnah. Ketaksuban ini yang menyebabkan dia mengarahkan bala tenteranya menjelajah ke seluruh dunia untuk mencari sumber kehidupan abadi. Selain mengarahkan golongan bijak pandai untuk mencipta ubat hidup selama lamanya. Pada tahun 364 pill of immortality telahpun tercipta, teruja dengan ciptaan tersebut Sima Pi dengan serta merta menelan.

Selepas memakan pil tersebut Sima Pi jatuh sakit, malah dia tidak mampu untuk menguruskan kerajaannya dan terpaksa melepaskan jawatan dia sebagai maharaja hanya 3 tahun menjadi pemerintah. Dia meninggal semasa berumur 24 tahun tanpa meninggalkan waris.

  • Shojin

Ini adalah kisah seorang ketua agama Shingon, ketua dan pengasas kepada agama ini dikenali sebagai Kobo Daishi yang telah meninggal pada tahun 835. Namun begitu pengikutnya percaya yang kobo tidak meninggal tetapi sedang bermeditasi, bermaksud mereka percaya yang kobo masih lagi hidup dan akan hidup semula suatu hari nanti, untuk tubuh badannya tidak reput dia menjalani proses pengawetan dan menjadikan diri dia mumia.

Dua dekad selepas itu seorang lelaki yang bernama Shojin mahu mengikut jejak langkah Kobo, untuk mengawet tubuh badanya dia terpaksa berpuasa hanya dengan memakan kayu pokok, iya kayu! Dia akan memakan kayu pokok untuk 1000 hari, ini untuk membuang lemak dari badan, dia juga harus meminum teh khas, semasa hari ke 1081 apabila dia merasa tenat dia mengarahkan pengikutnya untuk menggali kubur untuk tubuh badannya ditanam. Namun begitu apabila kubur shojin dikorek mereka mendapati yang tubuh budan shojin reput dan proses mumia tidak berjaya.

  • Maharaja Wenxuan

Seorang lagi maharaja yang taksub untuk hidup selama lamanya. Dia menjadi maharaja pada abad ke 550 selepas masihi dan memerintah utara Qi Dynasty. Berbeza dengan maharaja Sima Pi tadi, dia mengarahkan bala tenteranya untuk mencari mereka yang mengaku boleh hidup selama lamanya di seluruh china. Dia kemudian mencabar mereka untuk naik ke tempat yang tinggi dan terjun. Kesemua yang mengaku boleh hidup selama lamanya tadi mati dengan serta merta.

Dia juga mengarahkan cendiakiawan untuk mencipta cecair yang membolehkan dia hidup selama lamanya dan cecair ini sebenarnya adalah sebuah kimia yang merbahaya. Berbeza dengan maharaja Sima Pi dia tidak meminum cecair tersebut tetapi menyimpan cecair tersebut di dalam sebuah kotak dan hanya akan meminum cecair tersebut kalau dia hampir meninggal dunia.

  • James Schafer

James adalah ketua dan pengasas sebuah puak keagamaan sesat pada tahun 1920 dahulu. Puak tersebut menggabungkan pelbagai filosofi dari pelbagai jenis agama dan apa yang pelik, kebanyakan pengikut puak james adalah orang yang kaya raya. Disebabkan mendapat sumbangan yang banyak pada setiap hari dia mampu untuk hidup kaya raya.

Apa yang gila dan pelik, pada tahun 1939 seorang ahli puak james memberikan james seorang bayi perempuan dimana ibu bapa bayi tersebut tidak mampu untuk menjaganya lagi. James bersetuju untuk menjaga dan membesarkan bayi tersebut dengan niat dia akan menjadikan bayi tersebut hidup selama lamanya dan bayi tersebut boleh menjadi ketua puak untuk selama lamanya. Menggunakan duit sumbangan ahili puak dia mencipta resepi untuk hidup selama lamanya, tetapi pada tahun 1940 james telah ditangkap kerana didapati sebagai penipu dan budak tersebut dikembalikan kepada ibu bapanya.

  • Giovanni Battista Cibo

Kisah ini berlaku pada tahun 1484 dahulu, bila pada tahun 1492 jatuh sakit, tetapi dia tidak rela untuk mati. Dia kemudian memanggil pakar fizik untuk mencari formula mengubati sakitnya dan hidup selama lamanya, dan cara penyelesaian ahli2 fizik ini sangat pelik bila mereka membawa 3 orang budak2 dan mereka akan diberikan duit syiling emas kalau sanggup untuk memberikan darah mereka kepada Giovanni dan budak2 tersebut pun setuju.

Mereka kemudian menjalankan proses pemindahan darah dari tubuh budak2 lelaki itu ke tubuh badan giovanni, ketiga tiga mereka meninggal ketika proses sedang dijalankan begitu juga dengan giovanni.

  • FM-2030

Fereidoun M Esfandiary seorang hali filosofi dari belgium yang dilahirkan pada tahun 1930 ini telah menukar namanya kepada FM-2030, Ini adalah seorang lelaki yang percaya suatu hari nanti manusia akan mempunyai jawapan untuk kesemua misteri dunia termasuklah misteri kematian. Dia percaya yang manusia boleh hidup selama lamanya dengan melalui proses Cryonics, seatu proses membekukan seluruh tubuh badan di dalam satu ruangan khas dan akan dihidupkan semula suatu hari nanti.

Dia telah menukar namanya kepada FM-2030, pada tahun tersebut yang dia percaya di mana manusia akan tahu rahsia hidup selama lamanya, dia telah meninggal pada tahun 2000 dahulu, dan sebuah syarikat membekukan tubuh badan dikenali sebagai Alcor telah membekukan kepala FM bersama 1500 lagi pelanggan mereka yang lain, dan mereka akan dihidupkan semula suatu hari nanti.

  • Alexander Bogdanov

Ini adalah seorang lelaki dari russia yang dikenali sebagai Alaxender Bogdanov, dia dilahirkan pada tahun 1873 dahulu dan juga adalah seorang doktor samasa perang dunia pertama dahulu. Seperti juga dengan Geovani dia percaya dengan menggunakan pemindahan darah dia boleh hidup selama lamanya. Bersama sama isterinya dia menjalankan kajian dengan memanggil beberapa orang yang juga percaya dengan teorinya untuk dijadikan bahan ujikaji.

Malang tidak berbau, pada tahun 1928 dia menerima darah daripada seorang lelaki yang menghidapi penyakit Tubercolosis. Dua minggu selepas itu Alaxender jatuh sakit dan meninggal dunia. Lelaki yang menghidap tubercolusis itu pula dapat disembuhkan dan sihat walafiat.

  • Anatoli Brouchkov

Setakat ini kita tahu antara cara popular yang dilakukan oleh mereka yang mahu hidup selama lamanya ini adalah melalui alkemy dan juga cryonics. Berbeza dengan cara cara tesebut, Anatoli pula percaya yang dengan memasukkan bakteria di dalam tubuh badan boleh meningkatkan imunisasi dan membuatkan dia hidup selama lamanya.

Pada tahun 2009 dahulu seorang saintis dari Moscow State University, Russia menemui spesis bakteria yang digelar sebagai Siberian Ice. Ini adalah bakteria yang telah hidup selama 3.5 juta tahun dahulu dan masih lagi hidup sehingga hari ini. Mempunyai teori yang jika bakteria tersebut dimasukkan ke dalam saluran darah seseorang dia boleh hidup selama lamaya. Antoli pun memasukkan bakteria2 tesebut kedalam saluran darahnya dengan jumlah yang sangat banyak. Percaya atau tidak, tiada kesan buruk hasil eksperiment tersebut dan anatoli masih lagi hidup sehingga hari ini berkesan atau tidak masih lagi menjadi misteri.

  • Elizabeth Parrish

Wanita ini adalah pangasas kepada sebuah syarikat yang dikenali sebagai BioViva Sciences. Salah satu objektif utama syarikat ini adalah untuk melanjutkan jangka hayat seseorang melalui pengubahsuaian DNA di dalam tubuh badan menggunakan teknologi yang canggih dan memindahkan DNA tersebut kepada tubuh badan orang lain. Mereka percaya dengan satu teori yang kalau DNA yang membuatkan manusia menjadi tua boleh diperlambatkan atau diberhentikan sama sekali maka seseorang itu tidak akan menjadi tua dan hidup selama lamanya.

Namun begitu proses pengubahsuaian DNA ini meingkatkan lagi risiko seseorang itu untuk menghidapi kanser. Elizabeth sendiri telah mencuba eksperiment tersebut pada tahun 2015 dahulu, apa yang pelik, BoiViva melaporkan sebelum melalui eksperiment pengubahsuain DNA tersebut Elizabeth nampak seperti wanita berumur 44 tahun, tetapi selepas menjalani eksperiment tesebut dia nampak 20 tahun lebih muda. Betul atau tidak, tiada berita rasmi yang mengesahkan perkara ini.

  • Projek Google, Calico, projek menyelesaikan punca kematian

Ini adalah projek yang memakan kos sebanyak 1.5 billion us dollar dijalankan oleh Google, diberikan nama Calico. Objektif utama colico adalah untuk mencari ubat untuk penyakit merbahaya seperti cancer, alziemer dan juga mencari cara supaya proses penuaan boleh dilambatkan, dengan erti kata lain supaya manusia boleh hidup selama lamanya.

Calico telah bergabung dengan syarikat kesihatan yang lain termasuk Pharmaceutical giant AbbVie di Chicago. Apa yang menarik, semasa pelancaran calico google membuat kenyataan yang mereka akan menyembuhkan kematian. Satu kenyataan yang pelik, tetapi melihat sumber dan teknologi yang dimiliki syarikat2 besar ini mungkin tidak mustahil bagi mereka.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10 Penipu Yang Menjual Barang Bukan Milik Mereka

10 Kisah Tragis Orang Yang Hilang