in

10 Kisah Urban Legend Permainan Video Yang Misteri

https://www.youtube.com/watch?v=EQ4TuZ87yJc
  1. Ben Drown

Kisah lagenda urban Ben Drowned melibatkan konsol Nintendo 64 dan juga permainan Legend of Zelda, mjora Masak. Kisah bermula dengan seorang budak yang bernama Jadusable, dia diberikan permainan legend of zelda oleh seorang lelaki tua, katanya itu adalah milik seorang kenak kanak yang tidak lagi tinggal bersamanya. Dan kanak kanak tersebut bernama Ben.

Jadusable kemudian pulang ke rumah dan ketika bermain permainan video yang diberikan tadi dia perasan ada satu saved game milik Ben saved game yang bertulis ‘BEN’. Jadusable pun cuba untuk menyambung semula save game tersebut dan pelik bila karekter2 zelda berubah menjadi karekter yang menakutkan dan menyeramkan, music latar yang dimainkan terbalik, dan juga ayat “You shouldnt done that” dipaparkan di skrin sepintas lalu selain mesej2 mengatakan yang Ben telah mati lemas. Kini menjadi antara urban legenda video game paling popular di internet.

2. Pokemon – Music lavender Town

Kepada peminat permainan video game retro pokemon Red, Green dan Blue di video Game dahulu mungkin tahu tentang kisah lagenda urban ini. Menurut kisah, di jepun disebabkan tertekan bermain permainan ini ada kanak kanak yang membunuh diri. Lebih tepat lagi disebabkan tertekan oleh music di sebuah kawasan dikenali sebagai Lavender Town. Lavender town pula adalah sebuah kawasan berhentu yang dikelilingi oleh pokemon berhantu dan penuh dengan kawasan perkuburan,

Disebabkan frequency lagu yang terlalu bingit, ia membuatkan para pemain tertekan dan mengalami depressi tanpa mereka sedar, ada kisah menceritakan disebabkan terlalu depressi dengan lagu itu apa yang lebih menakutkan ada yang dilaporkan membunuh diri. Tiada sumber rasmi mengesahkan perkara ini, tetapi ia kekal kisah lagenda urban permainan video yang popular sehingga hari ini.

3. Super Mario Glaxy 2 Shadow People of Hell Valley

Di dalam Super Mario Galaxy di awal level Shiverburn Galaxy, terdapat 3 bayangan orang di atas bukit, pelik bila mereka bukan sebahagian daripada watak karekter di dalam super mario tetapi muncul secara misteri. Seakan akan bersembunyi di latar belakang melihat dari jauh perkara ini menimbulkan misteri dan tanda tanya, ada developers yang melihat kode di sebalik game tersebut dan mereka mendapati yang graphic shadow people ini di namakan Hell Valley Sky Tree, pelik bila ia menyerupai orang daripada pokok.

Sejak dari hari itu pendedahan ini menimbulkan perdebatan hangat di internet membincangkan siapakah shadow people sebenarnya. Apa yang pelik bila ditanya, syarikat yang mengedarkan video game ini, Nintendo sendiri tidak tahu dan tidak mempunyai penjelasan tentang apakah maksud disebalik the shadow people tersebut, meninggalkan tanda tanya kepada orang ramai.

4. Sad Satan

Pernah juga dipaparkan di episod lalu Kupi Kupi GO, Sad satan adalah sebuah permainan video yang dipercayai pada asalnya dimuatnaik di laman web dark web. Ada yang pernah bermain sad sattan melaporkan semasa bermain, kedengaran suara wanita dan kanak kanak menangis dan menjerit dimainkan sebagai musik latar, tidak lupa juga suara suara lain seperti rakaman yang dimainkan terbalik, klip audio temubual pembunuh bersiri charles mansion, suara orang dipressi dan pelbagai rakaman pelik dan menyeramkan.

Ada yang percaya sesiapa yang memuatturun permainan sad sattan komputer mereka akan dijangkiti virus, ada yang percaya ini cumalah gimik semata mata. Pencipta asal dan objektif utama Sad Sattan masih lagi menjadi perdebatan sehingga hari ini.

5. Minecraft – Herobrine

Sebuah permainan game survival online yang popular iaitu minecraft, dimana pemain boleh membina rumah ataupun menjelajah ke seluruh kawasan untuk mencari sumber makanan dan minuman untuk kekal hidup. Ada yang menceritakan insiden pelik yang berlaku ketika mereka bermain permainan tersebut.

Apabila menjelajah ke kawasan hutan ataupun bukit mereka akan didekati oleh seorang pemain misteri yang datang dari jauh dan berhenti apabila ia semakin dekat dan berlalu pergi, apa yang pelik karekter yang digunakan tidak mempunyai nama. Seorang pemain menulis pengalamannya di forum minecraft secara langsung menimbulkan tanda tanya siapakah pemain misteri tersebut. Siasatan demi siasatan dilakukan dan akhirnya pemain tersebut dikenalpasti sebagai Herobine. Herobine pula adalah nama karekter adik kepada pencipta minecraft iaitu notch. Pelik bila menurut notch adiknya telah lama meninggal dunia.

6. Polybius

Ini adalah lagenda urban tentang sebuah permainan arked yang dibina oleh pereka permainan video terkenal Jeff Minter di portland. Mesin polybus ini sangat popular pada thaun 1981 sehinggakan ramai yang sanggup beratur menunggu giliran untuk bermain. Apa yang pelik sesiapa yang bermain polybus mengaku mendengar suara wanita menjerit, wanita menangis ataupun melihat gambar menyeramkan yang dipaparkan sepintas lalu, pelik bila jalan cerita tersebut tidak mempunyai watak wanita menjerit ataupun menangis.

Ada yang mengaku mengalami pening kepala, nausea, amnesia, pengsan sehingga membunuh diri selepas bermain polybus. Ramai yang percaya permainan tersebut direka sebagai alat untuk mengkaji kesan saikologi terhadap otak kanak kanak, sebuah kajian yang berpusat di portland, oregon. Ramai yang percaya permainan tersebut akan mengumpul data pemain, dan data yang dikumpul dan akan dianalisa oleh kerajaan ataupun lebih tepat lagi CIA. dimana setiap dua minggu akan ada dua orang memakai kot hitam akan mengemaskini data dari polymbus, tidak sehingga pada suatu hari ia hilang begitu sahaja.

7. Hantu GTV 5

Kepada peminat GTA 5 mungkin anda tahu tentang urban legend permainan ini, berdekatan dengan puncak Mountain Gordo, ada satu nama yang ditulis dengan darah di permukaan batu, dan ia bertulis jock, diantara 11 dan 12 malam di dalam permainan tersebut pemain boleh melihat hantu seorang hantu wanita dengan rambut panjang dan berbaju putih yang muncul secara tiba tiba.

Ramai yang percaya itu adalah roh seorang wanita yang dikenali sebagai Jolese Cranley Evans bali kepada seorang lelaki yang telah meninggal dunia iaitu Jock Cranley. Jock pula adalah sebuah watak di dalam game tersebut, dia adah seorang pelakon stunt double, ahli politik, dan juga pelakon. Di GTA 5 jock telah membunuh isterinya di situ dan sehingga hari ini isteri jock menghantui Mountain Gordo.

8. Kill Switch

Ini adalah sebuah game yang direka pada tahun 1989 dahulu oleh sebuah syarikat yang dikenali sebagai Karvina Coorporation, hanya 5000 salinan game dikeluarkan dan ia popular di soviet russia. Di awal permainan anda boleh memilih diantara dua watak samaada watak perempuan yang digelar sebagai portan ataupun watak hantu yang bernama ghast. Sesiapa yang berjaya menamatkan killshot, permainan itu akan terpadan dengan sendiri dari komputer pemain, killswith tidak boleh dimain semula, tidak boleh disalin ia hilang begitu sahaja dari komputer.

Pada tahun 2005, ada satu salinan baru permainan tersebut di jual di Ebay dengan harga 733,000 us dollar, dan ia dibeli oleh seorang lelaki dari jepun yang benama Yamamoto Ryuchi yang berjanji akan memuatnaik rakaman dia bermain killswitch di youtube, pelik, sebab apa yang ada sekarang cumalah rakaman dia di depan skrin sambil mengangis,

9. Luna

Pele luna adalah sebuah permainan video yang memerlukan pemain menulis jawapan mereka di skrin, seperti menjawab soalan soalan tertentu termasuk teka teki. Kalau pemain memasukkan jawapan yang salah permainan tersebut akan terpadam dengan sendiri dan mereka harus bermain dari awal.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Micheal Nevins menghabiskan 6 jam untuk menamatkan permainan tersebut dan dia menrima pesanan di skrin ayat “Tahniah” dan juga satu set kordinat, pelik dengan kedudukan kordinat ini dia cuba untuk mengikut kordinate yang dicatatkan dan ia membawa nevins ke sebuah taman, apabila dia smapai tepat di kordinat tersebut dia mula mengorek tanah dan menemui kepala seorang kanak kanak yang berumur 11 tahun yang hilang setahun setengah sebelum itu.

10. Berzerk

Sebuah lagi permainan arked yang dikeluarkan pada tahun 1980, popular di kalangan pengunjung arket pada waktu itu ada yang menghabiskan berjam jam masa bermaian berzerk. Apa yang menakutkan ada 3 kes kematian yang dikatikan dengan permainan ini. Jeff Daily yang mendapat serangan jatung ketika bermain berzerk, kes kematian kedua adalah rakan jeff, Peter Bokowski. Menurut laporan daripada penjaga arked tempat Berzerk di letakkan.

 peter adalah seorang budak yang aik, seorang pelajar yang cemerlang dan gemar untuk bermain permainan arked, setelah bermain berzek salama 15 minit dan mengambil beberapa langkah menjauhi permainan arked tersebut dia jatuh pengsan dan meninggal di sana. Kes kematian ketiga pula ditikam ketika bermain berzerk. Dengan kes kes kematian melibatkan mesin arked yang sama, orang mula menganggap kes kematian berzerk antara kes kematian paling misteri melibatkan video game.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

test

10 Topeng Dengan Kisah Yang Pelik dan Menakutkan