in

10 Muzium Paling Pelik Yang Pasti Mengelirukan Anda

  • Cancun Underwater Museum, Mexico

Muzium ini mungkin bukan untuk semua orang, bayangkan untuk masuk ke dalam muzium anda harus menyelam ke dasar lautan, cancun underwater museum ataupun diterjemahkan menjadi muzium dalam air Cancun. Muzium ini terletak di daerah Cancun Nationl Marine Park di Mexico, ia dibina pada tahun 2009 dimana objektif awal penubuhan muzium adalah untuk menimbulkan kesedaran orang ramai untuk menjaga terumbu karang di sekitar lautan. Terdapat 500 ukiran yang dibuat dari tanah liat semulajadi supaya terumbu karang dan juga hidupan marin boleh tinggal di sana.

Ada ukiran berbentuk kereta volksegan, ukiran berbentuk rumah, ukiran seorang lalaki menonton television, dan pelbagai ukiran yang unik dan pelik yang lain.

  • Museum of Broken Relationships, Croatia

Diasaskan oleh satu pasangan yang putus cinta, muzium pelik seterusnya adalah Museum of broken relationship diterjemahkan menjadi Muzium untuk hubungan yang gagal, selalunya kalau orang putus cinta mereka akan mendengar lagu putus cinta ataupun menonton filem filem cinta. Kini mereka boleh pergi ke sebuah muzium yang didedikasikan untuk orang orang yang putus cinta yang terletak di Croatia. Muzium ini memaparkan pelbagai barangan dari orang yang gagal dalam percintaan ataupun barangan bekas kekasih mereka, ia didermakan dari orang orang putus cinta dari seluruh dunia.

Dimulakan oleh dua artis iaitu Olinka Vistica dan seorang producer filem Drazen Grubisic, selepas hubungan mereka gagal, dua bekas pasangan ini mendapat idea untuk membuka muzium menempatkan barangan milik bekas kekasih. Idea ini mendapat sambutan bila rakan rakan mereka yang pernah putus cinta mendermakan barangan milik bekas kekasih untuk dipaparkan di situ.

  •  Sulabh International Museum of Toilets, India

Dibuka untuk kunjungan pada tahun 1992 dahulu Sulab International Museum of Toilets diterjemahkan menjadi Muzium tandas Antarabangsa Sulabh, Ini adalah sebuah Muzium yang didedikasikan untuk tandas. Ia memaparkan sejarah tandas dan juga koleksi tandas tandas dari seluruh dunia. Sebuah muzium yang pelik, majalah Time memberikan gelaran kepada muzium ini sebagai ‘Muzium paling pelik di dunia’.

Muzium ini memaparkan pelbagai koleksi tandas dalam bentuk fizikal, gambar, video dan juga penulisan sejarah sejak dari 2500 sebelum masihi sehinggalah hari ini, dari tandas penduduk zaman purba sehingga tandas yang digunakan di pangkalan angkasa antarabangsa (ISS). Antara koleksi menarik muzium ini adalah sebuah mangkuk tandas milik King Louis XIV yang hidup ketika zaman pertengahan dahulu, ia digunakan untuk membuang air besar ketika dia dan ahli istana yang lain sedang berbincang.

  • Museum of Medieval Torture Instrument, Netherlands

Kawasan zaman silam eropah memenag terkenal dengan penderaan dari golongan atasan ke golongan bawahan, itu memang sudah menjadi budaya masyrakat zaman silam mereka, semasa menjalankan seksaan pelbagai peralatan dicipta untuk menyiksa seseorang dalam pelbagai cara. Ini adalah muzium yang memaparkan pelbagai peralatan seksaan yang digunakan pada zaman pertengahan dahulu, museum of medieval torture instrument diterjemahkan menjadi Museum peraltan seksaan zaman pertengahan dan zaman moden eropah memeparkan 100 lebih alat digunakan untuk menyeksa penduduk, banduan ataupun tahanan perang yang hidup di sekitar eropah.

Dari peralatan seksaan rantai besi tajam digunakan untuk hukuman sebatan, daripada hukuman menggeletek badan menggunakan bilan gunting yang sangat tajam, peralatan memancung, peralatan untuk membakar ataupun merebus seseorang itu hidup hidup dan pelbagai lagi peralatan yang mengerikan dan menakutkan.

  • Museum of the Mummies, Mexico

Ini adalah sebuah muzium yang juga terletak di Mexico, dimana ia menempatkan pelbagai koleksi mayat yang telah diawetkan, sejarah muzium ini berbalik kepada tahun 1870 sehingga tahun 1958 bila kerajaan tempatan mexico mewajibkan setiap mayat yang dikubur dikenakan cukai mengubur mayat yang sangat tinggi membuatkan ramai yang memilih untuk tidak dikubur tetapi diawet dan dijadikan mumia. Itulah banyak mayat mumia di mexico sehinggakan ia dipaparkan sebagai koleksi di muzium ini.

Sehingga hari ini lebih dari 111 koleksi mayat mumia dipaparkan di sini, bukan sahaja mayat orang dewasa, mayat bayi juga ada di paparkan sebagai koleksi, ada yang diawet dengan baju yang mereka pakai ketika meninggal dunia. Untuk meraikan kematian adalah perkara normal bagi sesetengah budaya di mexico, mereka mempunyai perayaan digelar sebagai “The day of the dead”, dengan itu muzium ini tidaklah pelik bagi mereka tatapi mngkin pelik dan menakutkan bagi kita.

  • Museum of Menstruation, Maryland

Mungkin antara muzium yang paling menggelikan di dalam senarai ini, Museum of menstruation ataupun muzium darah haid terletak di Maryland, Amaerika Syarikat. Bertambah pelik bila muzium ini diasaskan dan diuruskan bukan oleh seorang wanita tetapi oleh seorang lelaki yang bernama Harry Finley, ini adalah sebuah muzium yang memaparkan pelbagai jenis koleksi memoribilia darah haid dalam bentuk pakaian yang terkena darah haid, pakaian dalam, pad haid dan pelbagai lagi koleksi haid yang pelik.

Muzium ini terletak di dalam rumahnya dibuka pada tahun 1994 tetapi telah ditutup pada tahun 1998. Antara koleksi di muzium tersebut adalah pad haid jenama kotex pertama pada tahun 1921 dahulu, koleksi pad haid jenama tampax pada tahun 1930, sebuah baju yang bewarna merah jambu yang dilumuri oleh darah haid, dan juga pelbagai jenis koleksi dalam bentuk gambar, video dan artikel.

  • Internal Cryptozoology Museum, Amerika Syarikat

Pernahkah anda mendengar haiwan mitos seperti Bigfoot, ikan duyung dan yeti, dimana ramai yang melaporkan melihat penampakan haiwan misteri ini, tetapi tiada satupun yang mempunyai bukti kewujudan mereka dengan itu haiwan haiwan tersebut dianggap mitos dan rekaan semata mata. Namun begitu ada juga yang benar benar percaya haiwan mitos ini benar benar wujud. Dengan itu Internal Cyrptozoology Museum menempatkan pelbagai koleksi termasuk gambar dan penulisan tentang haiwan ini untuk paparan pengunjung.

Antara haiwan lain yang mereka percaya wujud adalah makhluk mitos dari sumetera dikenali sebagai orang pendek, dover demon dari amerika syarikat, naga air, makhluk mutant dan juga raksasa burung pterodactyl. Dan Koleksi koleksi yang dipaparkan termasuk kononnya mayat haiwan yang diawet, gambar, kulit, kuku dan sebagainya.

  • Glore Psychiatric Museum, Amerika Syarikat

Kepada mereka yang ingin faham perasaan orang hilang akal, bolelah datang ke glore psychiatric museum diterjemahkan musium psikiatrik yang terletak di Amerika Syarikat. Ia memaparkan pelbagai koleksi penulisan dan sejarah tentang sakit mental sejak dari 130 tahun yang lalu. Koleksi ini dibuka pada tahun 1966 oleh George Glore.

Muzium ini dibina di sebuah bekas hospital pesakit mental iaitu St Joseph State Hospital pada tahun 1874 dan sehingga tahun 1950 ia pernah menempatkan 3000 orang pesakit mental, hospital yang dibina menyerupai kubu ini kemudian ditutup dan pada tahun 1899 ia dijadikan muzium sakit mental. Antara yang diapaparkan di sini ialah peralatan merawat pesakit seperti kerusi elektrik dan juga kolam ais ini, gambar bekas pekerja dan bekas pesakit yang pernah tinggal di sana, penulisan dan lukisan bekas pesakit.

  • Paris Sewer Museum, Paris, Perancis

Kota paris terkenal dengan terowong bawah tanah yang sangat luas dibina sejak abad ke 13 lagi untuk tujuan perlombongan batu, kini banyak terowong kosong dan ditinggalkan membuatkan banyak lagenda misteri dikaitkan dengan terowong terowong tersebut termasuklah misteri terowong terkenal catacombs.

Ini pula adalah muzium memerlukan anda masuk ke dalam terowong bawah tanah di mana ia akan membawa pengunjung untuk masuk dan mengelilingi kawasan terowong samaada menaiki bot ataupun kenderaan kecil. Dimana mereka akan melihat sejarah terowong usang yang menyimpan pelbagai kisah contohnya kisah tulang temulang 6 juta manusia di catacombs kota paris suatu ketika dahulu

  • Museum of Enduring Beauty, Malaysia

Pernahkah anda melihat simbil kecantikan menggunakan kasut khas untuk mengecutkan dan mengecilkan kaki di China? Ataupun mempunyai saiz badan yang besar adalah simbol keacantikan bagi sesetengah budaya di Afrika? Simbol kecantikan memancangkan leher ataupun simbol kecantikan menggunakan tanah liat membesarkan telinga dan bibir. Mungkin simbol2 kecantikan yang saya sebut tadi pelik bagi kita tetapi tidak bagi mereka.

Sebuah muzium yang terletak di tanah air kita lebih tepat lagi di Melaka, Malaysia, memaparkan pelbagai jenis simbol kecantikan bagi penduduk di seluruh dunia. Simbol kecantikan sejak dari beribu ribu tahun yang lalu sehinggalah hari ini dari pelbagai budaya di seluruh dunia. Koleksi pameran termasuklah gambar, video dan sejarah penulisan.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Kanak Kanak Yang Dibesarkan Oleh Haiwan

5 Penjara Paling Pelik di Dunia