in

10 Negara Yang Terpadat di Dunia

  • Mexico

Mexico terletak diantara Amerika Syarikat dan amerika tengah dengan Mexico city sebagai ibu kota mereka. Ini adalah sebuah negara yang mempunyai banyak kawasan bergunung ganang dan hutan rimba. Dengan bahasa sepanyol sebagai bahasa rasmi, 83 pearatus penduduk di Mexico adalah penganut agama catolik. Mexico adalah negara ke 11 paling kaya di dunia dengan GDP sebanyak 2.5 trillion us dollar.

Industry ekonomi yang menjadi penyumbang terbesar bagi negara tersebut ialah makanan dan minuman khususnya alkohol. Antara isu yang hangat melibatkan mexico ialah kemasukan pendatang tanpa izin ke amerika syarikat dan juga penyeludupan dadah, perkara ini yang membuatkan presiden amerika donald trump yang mahu membina pagar untuk menghalang kemasukan pendatang tanpa izin dari mexico. Pada tahun 2018 populasi di mexico mencecah sehingga 180 juta orang menjadikan negara tersebut negara ke 10 paling terpadat di dunia.

  • Russia

Seterusnya kita lihat antara kuasa besar dunia iaitu Russia, walaupun negara russia adalah negara terbesar sekali di dunia populasi penduduk mereka terletak di tangga ke 9 dengan 143 juta penduduk. Memainkan peranan penting di dalam kedua dua perang besar dunia iaitu perang dunia pertama dan perang dunia ketiga. Mereka dianggap sebagai antara negara yang digeruni. Menjadi negara ke 4 terkaya di dunia dengan gdp 4.1 trillion us dollar di bawah jerman dan diatas indonesia.

Mereka menggunakan bahasa russia sebagai bahasa rasmi, dengan kristian ortodox agama yang paling banyak dianuti oleh penduduk mereka iaitu sebanyak 42.5 peratus diikuti dengan agama agama lain. Terletak di tangga ke 9 negara paling terpadat di dunia.

  • Bangladesh

Sebuah negara yang terletak di asia, dengan ibu kota dikenali sebagai Dhaka, bangladesh adalah negara yang kaya dengan sumber semulajadi dan sumber laut. Bahasa utama mereka ialah bahasa Bengali, 90 peratus penduduk mereka menganuti agama islam diikuti dengan agama lain seperti hindu sebanyak 9.5 peratus, buddha 0.6 peratus dan kristian 0.4 peratus.

Bangladesh adalah sebuah negara dunia ketiga, bermaksud ia bukanlah negara yang maju seperti russia dan mexico. Di senarai negara terkaya pula bangladesh terletak di tangga ke 31 dengan GDP 758.2 billion us dollar di bawah afrika selatan dan diatas colombia, dan di senarai populasi negara terpadat pula Bangladesh terletak di tangga ke 8 dengan penduduk sebanyak 166 juta orang.

  • Nigeria

Dari asia kita kembali ke afrika, lebih tepat lagi nigeria, dengan ibu kota yang dikenali sebagai Abuja, bahasa rasmi mereka ialah inggeris. 51% penduduk nigeria menganuti agama christian, dengan 47.8 peratus menganuti agama islam dan 1.1 peratus agama lain. Apa yang menarik nigeria adalah pengeluar minyak mentah paling besar di daerah afrika, namun begitu apa yang menakutkan negara ini juga terkenal dengan gerakan pengganas boko haram bukan sebuah negara yang selamat untuk dikunjungi.

Di dalam senarai negara terkaya pula, nigeria terletak di tangga ke 24 dunia dengan GDP 1.16 trillion us dollar, di bawah poland dan di atas pakistan. Nigeria adalah negara ketujuh paling pada di dunia dengan jumlah penduduk sebanyak 195 juta orang.

  • Pakistan

Kembali semula ke asia lebih tepat lagi negara pakistan, dengan ibu kota dikenali sebagai Islamabad, bahasa rasmi pakistan ialah inggeris dan urdu, sebuah negara yang berjiran dengan afghanistan dan juga india. 96 peratus dari penduduk pakistan menganut agama islam, sementara 1.85 peratus menganut agama hindi, 1.5 peratus pula menganut agama kristian dan lain2.

Seperti juga nigeria, negara ini juga mempunyai masalah pengganas yang bersembunyi di kawasan gunung dan gua di sekitar pendalaman negara tersebut. Di dalam senarai negara terkaya pakistan terletak di tangga ke 25 dengan GDP 1.148 trillion us dollar di atas Malaysia dan di bawah nigeria. Dalam senarai penduduk terpadat pula negara ini terletak di tangga ke 6 dengan 200 juta penduduk.

  • Brazil

Seterusnya kita lihat sebuah negara yang terkenal dengan pelancongan dan bola sepak, iaitu brazil. Dengan ibu kota iaitu brasilia, bahasa rasmi mereka adalah portugis. 64.6 peratus dari penduduk brazil menganuti agama katolik. Selain dari destinasi pelancongan yang menarik antara tarikan utama di brazil adalah festival festival yang dianjurkan menjadikan antara penyumbang ekonomi terbesar mereka ialah industri pelancongan.

Brazil terletak di tangga ke 8 negara paling kaya di dunia dengan GDP 3.371 trillion dollar di bawah indonesia dan di atas United Kingdom, di dalam senarai penduduk terpadat di dunia pula mereka terletak di tangga ke 5 dengan 210 juta penduduk.

  • Indonesia

Di tangga ke empat ialah negara jiran kita iaitu indonesia, satu satunya negara dari asia tenggara di dalam senarai ini, dengan jakarta sebagai ibukota bahasa rasmi mereka ilah bahasa indonesia namun begitu mereka mempunyai lebih dari 700 bahasa dengan 300 lebih etnik. 87.2 peratus penduduk indonesia menganut agama islam menjadikan mereka negara yang mempunyai paling banyak umat islam. 9.9 peratus pula menganuti agama kristian dan lain lain.

Di senarai negara terkaya, indonesia terletak di tangga ke 7 dengan GDP 3.496 trillion us dollar, di senarai penduduk paling pada di dunia pula mereka terletak di tangga ke 4 dunia dengan 266 juta penduduk.

  • Amerika Syarikat

Seterusnya kita lihat top 3 senarai ini, di tempat ketiga adalah negara amerika syarikat. Terkenal sebagai antara kuasa besar didunia, mereka adalah negara ke 4 terbesar di dunia. Terkenal dengan pelbagai industri termasuk teknologi dan hiburan negara ini banyak memainkan peranan di dalam membentuk ekonomi dan struktur politik dunia.

Dengan ibu kota washington, bahasa rasmi ialah inggeris, 73 peratus dari penduduk menganut agama kristian, 21.3 % tidak mempunyai agama, 2.1 % adalah yahudi, 0.8 % islam dan 2.9 menganut agama lain lain. Amerika syarikat terletak di tangga ke dua di dalam senarai negara paling kaya dengan gdp 20.513 trillion dollar di atas india dan di bawah china, dengan jumlah penduduk sebanyak 326 juta orang mereka terletak di tangga ketiga negara terpadat di dunia.

  • India

Di tmepat kedua ialah negara india, india adalah negara ke tujuh paling besar di dunia, dikenali sebagai sebuah negara yang sesak dengan penduduknya. Ibu kota india ialah new delhi, dan bahasa rasmi negara ini ialah Hindi dan inggeris. 79.8 peratus penduduk menganut agama Hindu, 14.2 peratus menganut agama islam 2.3 peratus menganut agama kristian dan lain lain.

India adalah negara ketiga terkaya di dunia dengan GDP sebanyak 10.401 trillion us dollar, terletak di tangga ke dua negara paling banyak penduduk dengan 1.35 billion orang.

  • China

Dianggap sebagai negara yang paling berkuasa di seluruh dunia, china. Terkenal sebagai sebuah negara yang mempunyai industri teknologi yang canggih, begitu juga dengan ketenteraan yang digeruni. Ibu kota china ialah beijing, 73 peratus penduduk china menganuti agama nenek moyang mereka. 15.87 peratus pula menganuti agama buddha dan lain lain.

Di dalam senarai negara terkaya, china terletak di tempat pertama dengan GDP 25.31 trillion us dollar, bukan itu sahaja mereka juga terletak di tempat pertama negara paling padat di dunia dengan 1.41 billion juta orang di sana.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

10 Kisah Tragis Orang Yang Hilang

10 Kisah Saka Paling Menakutkan di Malaysia