in

10 Orang Gagal Yang Berjaya

  • Walt Disney

Walt Disney, pengasas dan pencipta jenama Disney dahulu memulakan kareernya sebagai seorang penyunting akhbar di Kansas City Newspaper, malang bila dia telah dipecat diatas alasan dia tidak cukup kreatif pada tahun 1919, disebabkan minat untuk mencipta animasi dia tekad untuk memulakan perniagaan sendiri walt disney membuka studio animasinya sendiri iaitu Laugh-o-gram studios. Disebabkan tidak mendapat sambutan syarikatnya jatuh bankrup setahun selepas itu.

Tidak putus asa untuk memulakan studio yang lain dia cuba untuk mendapatkan pinjaman dari bank permohonan tersebut telah ditolak sebanyak 300 kali! Dan pada tahun 1923 cubaan ke 300 dia berjaya mendapatkan pinjaman dan usahanya berhasil bila Disney menjadi antara jenama animasi yang terkenal di dunia. Apa yang menarik setelah empayar disney terkenal dan berjaya syarikat tersebut telah membeli syarikat akhbar yang memecatnya ketika dia berumur 22 tahun dahulu.

  • JK Rowlings

Kepada peminat harry potter di sini mesti ramai yang kenal dengan penulis buku Joanne Rowling ataupun popular dikenali sebagai JK Rowling. Semasa dia menulis cerita Harry Potter pada tahun 1990 dahuli ibu Rowling meninggal dunia membuatkan dia mengalami depressi. Tidak putus asa menjadi seorang penulis dia menyambung karya harry potter sambil menjadi guru bahasa inggeris di portugal.

Sejak dari hari itu dia berusaha untuk mendapatkan penerbit, menerbit buku harry potter, 15 penerbit menolak permohonan Rowlings disambil mendapat reaksi dan respon dari penerbit mengatakan yang cerita harry potter tidak mempunyai potensi untuk pergi jauh. Tidak sehingga pada tahun 1997 buku Harry Potter bertajuk The Sorcerer Stone diterbitkan, bukan sahaja siri harry pottter mendapat sambutan tetapi menjadi fenomena sehingga hari ini.

  • Oprah Winfrey

Oprah Winfrey datang dari keluarga yang daif, semasa dia masih kecil dia terpaksa memaki guni kentang sebagai baju dan sering menjadi serangan seksual oleh ahli keluarganya, Winfrey. Sekarang nilai aset wanita berjiwa besar ini adalah sebanyak 3 billion us dollar melalui rancangan telivisionnya The Oprah Winfrey Show dan juga perniagaan2 lain yang dimilikinya.

Semasa memulakan kareer di umur 20 tahun dia menjadi penyampai wanita kulit hitam pertama di kaca TV daerah Nashville tetapi dipercat 7 bulan selepas bekerja di situ. Dia kemudian mencuba nasib di Chicago menerusi sebuah rancangan AM Chicago, dia berjaya menjadikan rancnagan tersebut popular di Amerika dan kemudian ia ditukar kepada The Oprah Winfrey Show. Kisah Oprah winfrey antara kisah yang banyak memberikan motivasi kepada ramai orang.

  • Soichiro Honda

Siochiro Honda adalah pengasas kepada syarikat pengeluar Honda, tahukah anda sebelum honda ditubuhkan dia telah ditolak untuk bekerja sebagai jurutera kenderaan di Toyota Motor Corporation. Dia menghabiskan dua tahun untuk mencipta teknologi piston supaya dia diterima menjadi jurutera di Toyota tetapi hasil dua tahun tersebut ditolak bulat bulat oleh toyota. Kecewa dengan penolakan tersebut dia menganggur sambil cuma untuk menyempurnakan ciptaan pistonnya.

Semasa perang dunia berlangsung Honda berusaha untuk mencipta motorsikal dan bukannya kereta. Setelah bertungkus lumus menyiapkan motorsikalnya sendiri selepas perang dunia kedua dahulu dimana ekonomi jepun merundum ramai rakyat yang tidak mampu untuk membeli kereta dan memilih untuk memiliki motorsikal. Di situlah jualan honda melonjak naik, sehingga hari ini menjadikan syarikat honda antara syarikat pengeluar kenderaan gergasi di dunia.

  • The Beetles

Pada tahun 1962 The Beetles menghadiri satu ujibakat di Decca Studios untuk mendapatkan tawaran rakaman. Walaupun menyanyi 15 lagu mereka gagal di ujibakat tersebut. Dick rowe, pengurus Decca studio memaklumkan kepada pengurus the beetles Brian Apstein yang genre musik mereka menggabungkan irama rock dan rnb ketinggalan zaman. Selain mengatakan yang kumpulan music seperti The Beetles tidak lagi laku di pasaran dan mereka tiada masa depan di dalam industri musik keputusan Dick Rowe menolak The Beetles dianggap sebagai antara keputusan yang paling buruk sekali pernah dilakukan di dalam sejarah musik.

Tidak berputus asa mereka gigih menghadiri ujibakat dan akhirnya mendapat tawaran daripada EMI untuk merakamkan dan menerbitkan lagu mereka. Sehingga hari ini kumpulan The Beetles dianggarkan bernilai 660 juta us dollar dan menjadi antara kumpulan musik lagenda sepanjang zaman.

  • Colonel Hardland David Sanders

Ataupun popular dikenali sebagai Colonel Sanders pengasas kepada KFC. Sebelum dia membuka KFC Colonel Sanders adalah pengurus beberapa buah restoran di Amerika, tetapi malang baginya bila pada umur 65 tahun tanpa duit simpanan dia menerima bayaran terakhir sebanyak 105 us dollar. Walaupun tidak mempunyai duit yang banyak, dia mempunyai pelbagai koleksi resepi ayam goreng, malah dia terkenal sebagai seorang yang menyediakan ayam goreng yang sedap.

Dia kemudian memutuskan untuk membuka restoran dengan ayam goreng sebagai menu utama. Malang bila dia tidak mempunyai modal untuk memulakan perniagaanya, dia akan pergi mengetuk pintu rumah di kawasan perumahan dengan harapan ada yang sanggup untuk melabur tetapi dia gagal. Dia kemudian pergi dari restoran ke restoran dan menawarkan pemilik restoran untuk menjual ayam gorengnya tetapi ditolak sebanyak 1009 kali. Akhirnya dia berjaya untuk menyakinkan pemilik restoran untuk menjual ayam goreng dengan resepi rahsianya, setiap ayam yang dijual dia akan mendapat 5 sen. Sehingga tahun 1964 lebih dari 600 restoran menjual ayam gorengnya dan dengan keuntungan daripada jualan tersebut dia berjaya membuka KFC dan sehingga hari ini menjadi antara restoran paling terkenal di selu  ruh dunia.

  • Micheal Jordan

Micheal jordan adalah legenda bola keranjang dan dianggap sebagai antara lagenda sukan di seluruh dunia. Walaupun kini dikenali sebagai lagenda tetapi semasa dia masih di bangku sekolah Micheal Jordan ditolak daripada menyertai kumpulan bola keranjang disebabkan tinggi micheal yang hanya 5 kaki 10 inci. Menurut micheal jordan lagi dia pulang ke rumah mengunci diri di dalam bilik dan menangis.

Tidak putus asa di situ, dia berlatih dengan gigih pada setiap hari, dan tinggi Micheal bertambah 4 inci, dia kemudian diterima masuk ke pasukan bola keranjang sekolah dan sifat tidak putus asa Micheal Jordan ini yang membuatkan dia menjadi lagenda terkenal sehingga hari ini.

  • Jack Mah

Jack Mah adalah seorang Usahawan dari China, walaupun sekarang mempunyai aset sebanyak 39.4 billion us dollar dahulu dia pernah melalui fasa penolakan dari orang sekeliling. Dia datang dari keluarga yang miskin, semasa di berada di kolej dahulu dia hadir temuduga untuk bekerja di 30 tempat di Hangzhoue termasuk KFC kesemua permohonannya ditolak.

Diceritakan oleh Jack Mah sendiri, 24 orang yang hadir untuk temuduga di KFC, 23 orang diterima dan hanya dia seorang yang tidak diterima. Begitu juga bila dia cuba hadir temuduga menjadi polis, 5 orang yang hadir 4 orang diterima cuma dia seorang sahaja yang tidak diterima. Ketika menghadiri temuduga menjadi pelayan di restoran 4 bintang pula dia dan seudaranya melalui satu temuduga bertulis, walaupun mendapat markah yang lebih tinggi, saudara jack mah yang dipilih dan sekali lagi dia tidak diterima. Dan ketika memohon untuk belajar di havard pula dia telah ditolak sebanyak 10 kali. Tidak sehingga dia berusaha mencipta platform jual beli yang kini digelar Alibaba.com Jack Ma berjaya menjadi antara usahawan dengan kisah penolakan paling terkenal di dunia.

  • Steve Jobs

Steve Jobs, sebuah nama yang tidak asing lagi di dalam industri teknologi, dianggap sebagai jenius kerana mencipta dan mempopularkan produk Apple. Steve jobs seorang usahawan yang tidak menghabiskan pengajiannya di Reed universiti, Amerika Syarikat, juga dianggap sebagai usahawan yang gagal.

Semasa di berumur 21 tahun bersama rakan niaganya dia telah membuka syarikat Apple, dan semasa dia berumur 23 tahun dia telah menjadi jutawan, namun begitu semasa dia berumur 30 tahun pada tahun 1985 dia telah dipecat dari Syarikatnya sendiri disebabkan oleh ketidaksefahaman pendapat. Belum lagi berputus asa, selepas dipecat dia menubuhkan NEXT pada tahun 1985, dan pada waktu itu Tanpa steve jobs jualan syarikat Apple Menurun, pada tahun 1996 Apple Membeli syarikat baru steve jobs dan dia dipanggil semula dan dilantik menjadi ceo di syarikatnya sendiri dan menjadikan Apple syarikat teknologi gergasi yang kita kenal pada hari ini. Di salah sebuah ucapannya steve job berkata.

  • Albert Einstein

Semua kita di sini kenal dengan Albert Einstien, seorang ahli fizik yang berasal dari german dilahirkan pada 1879 dahulu, digelar sebagai orang yang paling bijak di dunia. Tahukah anda Albert tidak bercakap sehingga dia berumur 4 tahun bila kanak kanak yang normal bercakap semasa 10 sehingga 14 bulan dan dia mengambil masa untuk belajar menulis. Ciri2 ini membuatkan ramai yang percaya albert mempunyai iq yang rendah.    

Namun begitu albert membesar sebagai seorang yang bijak, pada tahun 1907 dia telah memohon untuk menyambung pelajaran di peringkat kedoktoran di University of Bern tetapi telah ditolak. Tidak berputus asa dia membuat pelbagai lagi kajian dan kertas kerja untuk mendapatkan sijil kedoktoran dan diterima menjadi pensyarah di sana.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Written by admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10 Kisah Saka Paling Menakutkan di Malaysia

10 Entiti Yang Mempunyai Hak Yang Sama Dengan Manusia