in

10 Penipu Yang Menjual Barang Bukan Milik Mereka

  • Brian Kiddel – Menjual Rumah Orang Lain

Bayangkan pada satu hari anda pulang ke rumah dan tergantung di pagar anda papan tanda ‘untuk dijual’. Itulah penipuan yang dilakukan oleh Brian Kiddel yang berasal dari Devon, England ini bila dia menjual rumah yang disewanya. Brian berjaya menjual rumah tersebut dengan harga 90,000 paun melalui internet.

Apabila disiasat didapati brian menggunakan identiti palsu untuk menyewa dan menggunakan identiti yang berbeza ketika menjual rumah tersebut. Brian kemudian memberikan alasan yang ada kumpulan kongsi gelap yang memaksa dia menjual rumah tersebut. Pada tahun 2013, dia telah dipenjarakan selama 6 tahun.

  • James Symons – Menjual Barang Eletrik yang tidak wujud

Dengan gejala scammer yang berleluasa di internet, ramai penipu yang menipu dengan pelbagai cara khususnya menggunakan platform jual beli seperti Amazon.com. Ini adalah kisah penipuan yang berlaku pada tahun 2011 sehingga tahun 2013 dahulu bila James Symons menipu lebih dari 1000 orang di amazon.com dengan menawarkan pelbagai barangan elektronik dengan harga yang murah seperti TV, Komputer, Kamera dan Telefon Bimbit dan tiada satu pun daripada brangan yang ditawarkan oleh james wujud.

Samaada pembeli akan menerima barang yang salah ataupun barangan yang dibeli tidak pernah sampai. James Symons berjaya menipu 1.1 juta paun. Pada tahun 2017 dia telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman 2 tahun dan lapan bulan penjara.

  • Nicolae Popescu – Menjual Kereta yang tidak wujud

Kalau tadi kita lihat penipuan menjual barangan elektrik, ini pula adalah kes penipuan melibatkan penjualan kereta yang tidak wujud. Nicolar Popescu, pelarian dari romania ini menggunakan dokumen palsu untuk menipu. Contohnya untuk membuka akaun bank. Dia menggunakan platform menjual kereta seperti cars.com dan autotrader.com untuk menipu. Nicolae dan beberapa lagi ahli kumpulannya telah menipu sebanyak 3 juta us dollar.

Nicolae disenaraikan sebagai 10 pelarian paling dikehendaki oleh FBI, sesiapa yang memberikan maklumat tentang Nicolae dan kumpulannya akan diberikan ganjaran sebanyak 1 juta us dollar.

  • Mithilesh Kumar – Penjual Taj Mahal

Dikenali sebagai penipu paling hebat di india, bekas seorang peguam Mithilesh Kumar Srivasta ataupun dikenali sebagai Natwarlal adalah penipu yang terkenal tetapi penipuan yang paling besar pernah dilakukan ilah dengan menjual Taj Mahal bukan sekali, bukan dua kali, tetapi tiga kali. Natwarial mempunyai bakat untuk meniru tandangan seseorang selain mempunyai 50 identiti yang berbeza membuatkan ramai yang tertipu dengan Narwarial.

https://www.kupikupigo.com/wp-content/uploads/2019/04/170586-120-7E23E561.jpg

Selain menjual Taj mahal dia juga pernah menjual monumen india yang lain seperti Bangunan Parlimen India! Apabila ditangkap dia telah dijatuhkan hukuman penjada selama 113 tahun. Ketika di dalam penjara pun dia menipu pengawal keselamatan dan berjaya untuk keluar dari situ. Kali terakhir dia melepaskan diri dari penjara adalah pada tahun 1996 bila dia dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan. Ketika di dalam perjalanan apabila mereka di dalam kereta api, dia hilang tanpa jejak.

  • Victor Lustig – Penjual Menara Eiffel

Dari india kita ke Eropah, ini adalah kisah Victor Lustig yang berasal dari Austria-Hungary, dia telah disabitkan kesalahan menipu di sekitar eropah dan Amerika Syarikat, tetapi penipuan Victor yang diingati sehingga hari ini ialah bila dia menjual menara Eiffell sebanyak dua kali. Pada thaun 1925 ketika berada di perancis akhbar melaporkan yang kerajaan mempunyai masalah untuk menjaga menara eifell disebabkan oleh kos jagaan dan juga kos untuk mengecat menara tersebut terlalu mahal.

Melihat kesulitan yang dihadapi kerajaan perancis pada waktu itu Victor telah menemui beberapa pembeli yang berminat untuk membeli menara Eifell, dia menyamar menjadi pekerja untuk kerajaan perancis dan memanggil 3 pemilik kilang besi, salah seorang daripada mereka ialah Adrew Poisson. Andrew telah membeli Menara Eifell dari Victor, Andrew adalah seorang yang pendiam tidak mungkin akan mengembar gemburkan penipuan Victor dan itu adalah sasaran sempurna untuk ditipu. Untuk penipuan kali kedua victor telah ditangkap apabila kesahihan dia sebagai pemilik menara tersebut menjadi tanda tanya, dia telah meninggal pada tahun 1947.

  • George C Parker – Penjual Jambatan Brooklyn

Dari Eropah pula kita ke Amerika. George C. Parker dikenali sebagai penipu paling hebat di dalam sejarah Amerika berjaya untuk menjual struktur terkenal Amerika seperti Madison Square Garden, Statue of Liberty, Muzium seni Metropolitan dan juga Jambatan Brooklyn. Apa yang pelik dia berjaya menipu pembeli dengan menjual Jambatan Brooklyn dua kali seminggu dengan harga US dollar 50,000. Ada pembeli yang percaya mereka memiliki Jambatan Brooklyn, meletakkan palang di jambatan tersebut dan ditahan oleh pihak polis.

Dia telah ditahan sebanyak 3 kali, kali terakhir dia ditangkap pada tahun 1928, dia telah dipenjarakan seumur hidup di penjara Sing Sing dimana dia meninggal pada tahun 1936. Kini menjadi antara penipu paling popular di dunia.

  • Emmanuel Nwude – Penjual Lapangan Terbang Yang Tidak Wujud

Ini berlaku di nigeria bila seorang lelaki yang dikenali sebagai Emmanual Nwude menjual sebuah lapangan terbang dengan harge 330 juta us dollar dari tahun 1995 sehingga tahun 2998. Emmanual Nwude berjaya menipu seorang pengurus bank brazil yang dikenali sebagai Nelson Sakaguchi dan mereka membeli lapangan terbang tersebut dengan harga 242 juta us dollar. Bukan sahaja itu satu penipuan, lapangan terbang yang dibeli juga sebenarnya tidak wujud dan hanya rekaan Emmanuel semata mata.

Emmanuel Nwude yang juga seorang bekas pengarah bank nigeria tahu selok belok bank dan merancang penipuan tersebut dengan teliti, sebagai motivasi buat Nelson Sakaguchi dia ditawarkan komisyen sebanyak 10 juta us dollar jika perjanjian tersebut berjaya, dan Nelson membayar 191 juta us dollar secara tunai menggunakan duit bank Brazil. Emmanuel telah ditangkap dan disabitkan pada tahun 2004, pelik bila penipuan wang sebanyak itu hanya dikenakan hukuman yang ringgan, dia telah dibebaskan dari penjara pada tahun 2006 dengan aset sebanyak 167 juta us dollar. Malang bagi bank brazil dan Nelson Skaguchi mereka mengalami kerugian yang sangat besar.

  • Gragor Macgregor – Menjual Negara Poyais

Penipuan ini berlaku pada abad ke 19 dahulu bila seorang penjelajah dan tetera berbangsa scotish telah belayar dari Vanezuela untuk mencari tanah baru, dan pemuda ini dikenali sebagai Gregor MacGregor. Dia kemudian belayar ke london dan mengaku sebagai putera dari sebuah negara yang dikenali sebagai negara Poyais. Sebuah kawasan yang lebih besar dari Wales terletak di honduras, dengan tanah yang subur dan air yang segar sesuai untuk bercucuk tanam ia menarik perhatian ramai pelabur.

Dengan penipuan yang licik di london, itu dia berjaya mengumpul dana sebanyak 200,000 paun dari pelabur yang berbeza. Pada tahun 1922 sehingga 1823 lebih dari 250 orang dihantar dari london untuk tinggal di poyais terkejut bile melihat kawasan sekeliling jauh panggang dari api, berbeza sama sekali dengan apa yand diceritakan oleh Greggor poyais tidak pernah wujud. Tiada tanah subur, ataupun sumber air yang bersih, malah sebuah kawasan yang kering. 250 orang yang dihantar untuk mendirikan penempatan di sana mula meninggal satu persatu, ada yang sempat diselamatkan dan gregor telah ditangkap dan dipenjarakan selama 10 tahun.

  • Bernie Madoff – Membuka Syarikat Palsu

Bernie Madoff, dianggap sebagai penipu paling hebat di dalam sejarah, bila dia berjaya menipu sehingga 20 billion us dollar melalui skim ponzi ataupun penipuan skim piramid. Secara ringkasnya, dia akan membuka satu syarikat dan mencari pelabur yang sanggup untuk memberikan dana kepada syarikatny. Syarikat yang dibuka pula tidak membuat keuntungan dan tidak dapat untuk membayar duit pelaburan pelabur pertama, dengan itu dia akan mencari lagi pelabur kedua untuk membayar wang pelaburan pelabur pertama. Dan seterusnya mencari pelabur ketiga dan keempat dan seterusnya.

Tidak sehingga tiada pelabur yang sanggup untuk melabur di dalam syarikat palsu bernie, kegiatannya terbongkar, pada tahun 2008 semasa krisis ekonomi dunia ramai pelabur pelabur syarikat bernie menarik diri dan gagal untuk membayar wang pelaburan, secara langsung Bernie gagal untuk membayar wang pelabur pelabur yang lain. Dia telah ditahan semasa beurmur 70 tahun dan dipenjarakan selama 150 tahun. Walaupun ada yang menggap Bernie sebagai penipu ada yang menganggap Bernie sebagai seorang pelabur genius yang tersilap mengatur langkah.

  • Charles Ponzi – Bapa Penipuan Skim Ponzi

Kalau tadi kita lihat bernie madoff yang menggunakan cara penipuan skim ponzi, kali ini kita lihat individu yang mencipta skim penipuan tersebut iaitu Charles Ponzi. Charles datang dari Itali ke Amerika Syarikat pada tahun 1980. Tidak sehingga dia mendapat idea untuk membeli stamp dari luar Amerika Syarikat dan menjual Stamp tersebut dengan harga yang sangat tinggi memberikan dia 400% kali ganda keuntungan.

Charles Ponzi kemudia menemui rakan rakannya untuk melabur dan membeli stamp selain menjanjikan mereka 50 peratus keuntungan dalam masa 90 hari bermaksud kalau pelabur melabur RM50 mereka akan mendapat RM100 dalam masa 90 hari. Dia kemudian berjaya untuk membuka sebuah syarikat dikenali sebagai Securities Exchange Company untuk mempromosikan pelaburannya. Ramai yang melabur di dalam syarikat tersebut dengan harapan untuk menjadi kaya. Apa yang mereka tidak tahu charles menggunakan duit pelabur kedua untuk membayar duit keuntungan pelabur pertama. Dan untuk membayar duit keuntungan pelabur kedua dia akan mengguankan duit pelabur ketiga dan begitulah seterusnya.

Kalau syarikat charles berhenti mendapat pelabur keempat maka pelabur ketiga akan rugi. Secara ringkasnya begitulah cara skim ponzi ataupun skim piramid berfungsi. Apabila orang ramai mula mengesyaki sistem pelaburan charles ini adalah satu penipuan mereka kemudian meminta kesemua duit mereka, laporan polis telah dibuat, Charles telah dipenjarakan, dihantar semua ke itali dimana dia meninggal di sana pada thaun 1949 dalam keadaan miskin.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

10 Topeng Dengan Kisah Yang Pelik dan Menakutkan

10 Kisah Tragis Orang yang Mahu Hidup Selama-lamanya