in

10 Terowong Paling Berhantu di Dunia

  • Terowong Chusetsu, Terowong Berbisik Jepun

Ini adalah sebuah terowong yang terletak di sebuah pulau yang dikenali sebagai pulau Kyushu, di Jepun. Sebuah terowong yang menyambungkan lalaun jalanraya di kawasan pergunungan yang gelap dan sunyi dan terowong ini digelar sebagai terowong Chusetsu. Kini telah lama ditinggalkan berusang dan laluan masuk ke dalam lorong tersebut telah ditutup.

Lagenda menceritakan yang suatu ketika dahulu seorang wanita muda dibunuh di terowong ini dan roh wanita tersebut terperangkap di sana secara langsung menghantui seluruh kawasan terowong, sesiapa yang masuk ke sini akan mendengar bunyi rengekan, menangis dan menjerit. Dan kepada kenderaan yang melintasi kawasan ini pula, menceritakan semasa mereka sedang memandu ada seorang wanita misteri yang berlari keluar dari terowong ke tengah tengah jalan ataupun muncul di tengah jalan secara tiba tiba, membuatkan kenderaan yang dipandu hilang kawalan, ada juga yang mendengar bisikan misteri dan menakutkan dari dalam terowong. Mereka percaya gangguan2 itu adalah dari roh gadis yang dibunuh di dalam terowong tersebut cuba untuk menganiaya mereka yang melalui kawasan terowong untuk membalas dendam, kisah kisah ini yang menjadikan terowong ini antara terowong berhantu di jepun dan antara distinasi popular kumpulan ahli paranormal.

  • Terowong Screaming, Kanada – Kisah wanita terbakar hidup hidup

Sebuah lagi terowong yang penduduk tempatan percaya dihantui oleh roh seorang gadis yang telah dibunuh 100 tahun lalu. Ini adalah bekas terowong laluan keretaapi yang terletak di kawasan Niagara Falls. Terowong ini dibina pada awal tahun 1900 dahulu dengan panjang 125 kaki kini ia telah lama ditinggalkan disebabkan tiada lagi kereta api yang beroperasi di kawasan tersebut.

Kisah lagenda menceritakan 100 tahun lalu terdapat sebuah rumah ladang tidak jauh dari terowong screaming, pada suatu malam rumah tersebut terbakar dan seluruh kawasan dijilat api. Antara penghuni rumah adalah seorang wanita, tetapi dia sempat melarikan diri untuk mendapatkan bantuan, tetapi semasa di melarikan diri seluruh tubuh badannya sedang terbakar, dia masuk ke dalam terowong menjeri jerit kesakitan dan meninggal di tengah tengah terowong. Dan di situlah bermulanya lagenda menakutkan Terowong Screaming. Ada yang mendengar wanita menjeri jerit dari dalam terowong penduduk tempatan percaya itu adalah wanita yang meninggal 100 tahun dahulu.

  • Terowong Malinta, Filipina – Terowong 1000 katil.

Ini adalah sebuah terowong yang terletak di pulau Corregidor di filipina, dibina pada tahun 1922 oleh amerika syarikat pada perang dunia kedua dahulu, terowong Malinta juga dikenali sebagai terowong 1000 katil kerana ia pernah dijadikan hospital dan menempatkan 1000 katil. Terowong Ini unik jika dibandingkan dengan terowong2 yang lain, ia tidak digunakan sebagai laluan kenderaan ataupun kereta api, tetapi digunakan sebagai tempat penyimpanan senjata, kemudian ia diubah menjadi pejabat tentera, dan pernah juga dijadikan hospital kini ia telah dijadikan muzium untuk kunjungan pelancong.

Kisah seram dikawasan ini dikaitkan dengan kematian ratusan tentera di terowong tersebut samaada yang sakit tenat ataupun maut ketika peperangan, kepada sesiapa yang berada di situ akan mendengar bunyi2 bunyi pelik seperti bisikan, bunyi tentera bekawat ataupun bunyi jeritan seseorang seperti di dalam kesakitan. Bukan terowong ini sahaja yang dikatakan berhantu malah seluruh kawasan pulau mempunyai banyak kawasan paranormal, ini disebabkan peperangan yang sering berlaku di situ sejak dari penjajahan tentera sepanyol, penjajahan Amerika dan Penjajahan Jepun.

  • Terowong Kiyotaki, Jepun – Terowong Mati Mati Mati

Terowong kiyotaki terletak di Jepun, dikenali sebagai antara tempat menakutkan dan misteri bukan sahaja di jepun malah di seluruh dunia, terowong yang dibina pada tahun 1927 ini adalah terowong yang menggabungkan kawasan utara daerah Arashiyama dengan bandar Sagakiyotaki. Terowong ini bukan sahaja mempunyai kisah menakutkan tetapi juga dianggap sebagai pembawa nasib malang, tempat tinggal satu semangat yang jahat, tempat orang membunuh diri dan pelbagai lagi kisah misteri.

Panjang terowong ini adalah 444 meter, mengikut kepercayaan penduduk di sana angka 4 membawa maksud kematian, 4 4 4 bermaksud mati mati mati. Disebabkan terowong ini dibina oleh hamba abdi, ramai yang dilayan dengan buruk ada yang tersiksa sehingga meninggal dunia, bukan itu sahaja kawasan ini juga dijadikan tempat membunuh tahanan perang. Tidak berhenti di situ, di atas terowong ini juga dikatakan antara tempat membunuh diri popular jepun disebabkan oleh lokasi yang terpencil dan dikelilingi oleh. Penduduk tempatan percaya sesiapa yang melalui kawasan terowong ini akan menerima nasib yang malang.

  • Terowong Barog, India – Terowong Jurutera Kecewa

Terletak di kawasan Kalka, barat India. Laluan terowong kereta api ini menyambungkan daerah Kalka dan daerah Shimla. Ia dibina pada tahun 1898 dan dibuka pada tahun 1903. Barog adalah nama seorang jurutera british di india pada waktu tersebut dan dia mengetuai pembinaan terowong yang diberikan nama sempena namanya sendiri iaitu Barog. Dia mengarahkan dua kumpulan penggali menggali dari arah yang bertentangan dan mereka akan bertemu di tengah tengah secara langsung menyambung terowong tersebut. Apabila proses penggalian dimulakan laluan yang digali tidak bertemu tetapi tersilap arah dan penggalian gagal, dengan itu ramai yang kurang yakin dengan keputusan dibuat oleh Barog kerana usaha yang memakan kos yang sangat banyak gagal dilaksanakan. Ramai yang menuduh Berog menghabiskan ataupun menyelewengkan wang kerajaan.

Tidak tahan dengan tekanan ini dia membunuh diri dan mayatnya telah dikuburkan berdekatan laluan masuk terowong yang tergendala tersebut, selepas kematian Barog, seorang lagi ketua jurutera British HS Herlington diarahkan untuk menyambung kerja tersebut dan menggali terowong yang baru, pelik bila dia pun menghadapi masalah yang sama. Tidak sehingga mereka mendapat bantuan seorang jurutera tempatan Baba Bhalku yang dipercayai mempunyai kuasa spiritual dengan alam sekeliling barulah terowong itu siap sepenuhnya. Sejak dari kejadian Barog membunuh diri ramai yang melaporkan melihat Barog mundar mandir di kawasan terowong, mereka percaya barog masih berada di situ kerana meratapi kegagalan dia menyiapkan terowong.

  • Terowong Lebuhraya Karak, Malaysia – Terowong Lagenda di Malaysia

Dari India kita ke Malaysia, pernah beberapa kali juga dipaparkan di episod lalu Kupi Kupi GO. Terowong ini teletak di lebuhraya yang menggabungkan bandar Kuala Lumpur dan Karak, sepanjang laluan ini terdapat sebuah lorong dimana pelbagai kisah misteri sering dikaitkan dan menjadi antara urban legend popular di seluruh Malaysia.

Dari kisah penampakan kanak kanak misteri yang berpakaian sekolah, apabila ditanya kononnya dia sedang mencari ibunya dan tidak beberapa lama ia hilang dalam sekelip mata, kisah menceritakan kanak kanak tersebut adalah roh kanak kanak yang maut ketika sebuah bas sekolah terbalik di satu persimpangan di situ suatu ketika dahulu, kisah seram lain melibatkan kenderaan volkswegen kuning yang begerak tanpa pemandu, wanita berbaju kebaya merah yang misteri, penampakan pontianak dan bukan sahaja terowong yang menjadi lagenda tetapi seluruh kawasan lebuhraya menjadi antara kawasan paling berhentu di dunia.

  • Terowong Lawang Sewu, Indonesia – Terowong Pembuangan Mayat Tahanan

Ini adalah sebuah kawasan yang terletak di daerah Lawang Sewu, Kota Semarang, Indonesia. Salah sebuah bangunan bersejarah yang dibina pada tahun 1907 oleh pihak belanda dan jepun. Kawasan ini pernah dijadikan kubu, penjara dan juga hospital untuk tentera. Ramai yang terkorban di sini menjadikan asas kepada kisah kisah menyeramkan yang berlaku di sini.

Menurut penduduk tempatan, ada yang melaporkan melihat entiti yang bertengekan di sekeliling bangunan dengan badan hitam legam dan mata yang bewarna hijau. Di bawah lawang sewu dibina terowong bawah tanah yang digunakan oleh tentera untuk bergerak secara senyap ataupun untuk melarikan diri, terowong ini menyambungkan bangunan tersebut dengan bangunan2 sekeliling. Suatu ketika semasa peperang berlaku kawasan ini digunakan untuk membuang mayat mayat tahanan yang meninggal akibat diseksa. Ramai yang mendengar suara menakutkan dan menyeramkan di kawasan terowong, dipercayai roh bekas tentera yang pernah meninggal di situ suatu ketika dahulu.

  • Terowong Church Hill, Amerika Syarikat –

Sebuah lagi terowong yang terletak di Amerika Syarikat, dikenali sebagai Terowong Church Hill dibina pada tahun 1925 berdekatan daerah Richmond, Virginia. Banyak kisah kemalangan yang berlaku di sini menyumbang kepada kisah2 seram penduduk tempatan. Pada tahun 1925 dahulu semasa pembinaan terowong, pekerja yang sedang bekerja di dalam terowong terperangkap bila kawasan pintu masuk terowong roboh. Bukan itu sahaja peralatan yang digunakan juga meletup membakar mereka hidup hidup didalam, 9 orang terkorban dan masih ada lagi mayat yang belum dapat dijejaki tertimbus di dalam runtuhan konkrit sehingga hari ini.

Terowong tersebut telah lama ditinggalkan dan tidak lagi digunakan, mereka yang melintasi terowong tersebut sering mendengar jeritan orang yang meminta tolong, bunyi orang mengorek ke atas dari bawah tanah dan juga bunyi peralatan mesin seperti ada orang yang berada di dalam sedang bekerja namun pada hakikatnya terowong tersebut kosong dan tiada sesiapa yang berada didalam.

  • Terowong Drakelow, United Kingdom –

Ini adalah sebuah terowong yang terletak di United Kingdom, digunakan sebagai kubu dan juga tempat menghasilkan kenderaan untuk tentera british semasa perang dunia kedua dahulu, harini terowong tersebut ditinggalkan kosong dan berusang. Seperti juga terowong yang digunakan semasa perang dunia yang lain Drakelow juga menyimpan misteri yang menyeramkan dan menakutkan.

Semasa pembinaan terowong ini 6 orang meninggal dunia di sana, dari kematian akibat terowong yang runtuh, pekerja meninggal ketika operasi, dan penampakan paranormal di sana dipercayai roh roh bekas pekerja terowong tersebut. Salah sebuah roh dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Oswald dia akan menganggu pengunjung dengan menolak pengunjung yang datang, ada ketika dia akan menarik rambut, menggerakkan barangan di dalam terowong secara tiba tiba dan memegang pengunjung. Disebabkan oleh sejarah hitam Drakelow, kini kawasan tersebut digunakan sebagai tempat pemujaan saitan dan iblis kumpulan kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

  • The Catacomb, Paris – Terowong 6 Juta Tulang Manusia

Mungkin antara terowong yang paling popular di dalam senarai ini dan telah dipaparkan beberapa kali di Kupi Kupi GO. Ini adalah terowong yang terletak di bawah kota Paris, dibina pada tahun 1774 sebagai tempat laluan untuk perlombongan batu. Sejak ia tidak lagi digunakan untuk perlombongan ia menjadi tempat membuang mayat di sekitar paris, ada yang memberikan gelaran the Catacomb sebagai kuburan terbesar di Paris. Apa tidaknya tulang temulang milik 6 juta manusia berselerak di sektiar terowong ada mayat yang memang dikebumikan di sana, ada mayat yang dibawa dari luar kota untuk disimpan di sana.

Walaupun kawasan sekeliling yang menakutkan dan menyeramkan ramai yang masih lagi mundar mandir di sekitar terowong. Disebabkan kawasan terowong terlalu rumit ada kes orang yang tersesat di dalam tidak ditemui sehingga hari ini. Terowong ini menyimpan pelbagai kisah menakutkan, dari kisah ia dijadikan tempat penyeludupan manusia, sehinggalah tempat membunuh diri dan juga tempat menjual dadah. Ada video klip yang tersebar menunjukkan seorang lelaki yang masuk ke dalam terowong sambil merakamkan perjalannya, tidak beberapa lama kemudian dia berlari dalam keadaan kelam kabut seperti dikejar oleh sesuatu yang menakutkan, kamera yang dipegangnya jatuh, dan lelaki tersebut kelihatan berlari dan hilang tanpa jejak yang ditemui hanyalah kamera dan rakaman tersebut yang masih menjadi misteri dan tanda tanya sehingga hari ini. Menjadikan The paris catacomb antara terowong paling menakutkan dan misteri di dunia.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

10 Entiti Yang Mempunyai Hak Yang Sama Dengan Manusia

Junko Furuta – 44 Hari Di Neraka