in

10 Topeng Dengan Kisah Yang Pelik dan Menakutkan

  • Topeng Monyet

Ini adalah topeng patung yang dipakaikan di kepala monyet yang dirantai di lehar, monyet2 tersebut dijadikan sebagai aksi jalanan di kawasan Bongor, Indonesia. Mungkin kepada mereka yang biasa melihat aksi ini normal bagi mereka, tetapi akan nampak pelik dan menakutkan dikalangan pelancong. Selain dipakaikan topeng, monyet2 ini akan dipakaikan baju dan diarah menari untuk mendapatkan wang daripada orang yang lalu lalang.

Menurut Femke den Haas pengasas Persatuan Jakarta Animal Aid Network (JAAN) mereka sedang berusaha untuk menanggani isu ini, menurut mereka lagi lebih 200 ekor monyet diarahkan untuk memakai topeng dan menari dan menjadi mangsa penderaan.      

  • The Beast of Jersey

Ini adalah kisah seorang pembunuh bersiri yang dikenali sebagai Dennis Rader ataupun dikenali sebagai BTK Killer yang bermaksud Blind, Torture, Kill. Apabila membunuh dan memakaikan topeng di kepala mereka dan akan menganbil gambar dengan posisi yang berbeza. Bukan sahaja membunuh dia juga akan mengambil pakaian mangsa, memakai pakaian tersebut dan memakai topeng wanita yang dibuatnya sendiri menyerupai mangsa mangsanya.

Dia akan mengambil gambar sama ada di rumah, kawasan motel ataupun kawasan hutan. Apabila dia ditangkap pada tahun 2005 dia telah dipenjarakan seumur hidup.

  • Topeng Carl Tanzler

Ini adalah topeng yang dibuat khas untuk kekasih Carl Tanzler seorang lelaki dari jerman. Dia percaya yang sejak dia kecil dia mendapat bayangan yang datang dari mimpi tentang raut wajah cinta sejatinya. Dan bayangan kononnya datang dari nenek moyangnya iaitu Anna Constantia von cosel. Walaupun telah mengahwini seorang wanita dan mempunyai dua orang anak dia telah meninggalkan keluarganya sendiri pada tahun 1930 selepas percaya yang dia telah menemui cinta sejatinya di Florida.

Wanita tersebut adalah Maria Elena Milagro de Hoyos, seorang penghidap sakit Tubercolosis, setahun selepas mengenali Maria, wanita tersebut meninggal dunia. Carl yang menanggung kos pengebumian Maria, tetapi pada tahun 1933 dia telah menggali kubur Maria, mengambil rangka tulang dan menyambung rangka2 tersebut selain memakaikan mayat tersebut pakaian, dan yang paling menyeramkan ialah topeng yang dibuat untuk menyerupai wajah wanita tersebut ketika dia masih hidup.

  • Topeng Puak Mayan

Topeng puak mayan ini dipercayai ditemui di rumah seorang lelaki yang baru sahaja meninggal dunia, rumah tersebut terletak di Key West, Florida. Topeng ini dipercayai bukan milik lelaki tersebut tetapi ianya telah dicuri dari sebuah tapak permakaman di Mesir. Ahli fizik yang membuat kajian mengatakan yang topeng tersebut berasal dari kawasan Utara ataupun Amerika tengah.

Menurut ahli fizik itu lagi, apabila dia memegang topeng tersebut dari sejuk ia menjadi panas secara tiba tiba dan merasakan ada aliran elektrik yang mengalir membuatkan tangan mereka menjadi kebas. Ada ahli fizik yang sensetif tidak akan menyentuh topeng itu langsung. Ada yang percaya itu bukanlah saluran elektrik tetapi sumpahan yang diletakkan di topeng tersebut beribu ribu tahun dahulu.

  • Topeng Maori

Ini adalah topeng traditional puak Maori dari New Zealand, mereka percaya yang setiap topeng akan diberikan semangat ataupun roh yang digelar sebagai ‘taboo’, mereka percaya yang topeng ini boleh menyumpah si pemakai, ataupun memberikan nasib yang baik seperti menyembuhkan penyakit. Namun untuk wanita yang mengandung ataupun semasa sedang haid adalah dilarang sama sekali untuk melihat topeng ini kerana ia akan membahayakan bayi di dalam kandungan.

Malah muzium yang mempamerkan topeng topeng ini di new zealand memberikan amaran kepada wanita mengandung untuk tidak masuk ke dalam. Samaada wanita yang datang haid atau mengandung akan menyebabkan topeng tersebut mempunyai sumpahan ataupun wanita2 tersebut akan disumpah.

  • Topeng Manusia Ed Gein

Kisah Ini berlaku pada tahun 1984, melibatkan koleksi-koleksi topeng yang ditemui di rumah pembunuh bersiri Ed Gein, bukan sahaja membunuh tetapi dia akan menyiat kulit muka mangsa dan menjadikan kulit tersebut sebagai topeng. Bukan itu sahaja topeng yang ditemui di rumahnya juga datang daripada mayat yang dikorenya dari kubur. Untuk memastikan topeng tersebut tahan lama kulit kulit tersebut diawet.

Menakutkan bila ada topeng yang diletakkan makeup seperti gincu dan celak mata, kepala kepala yang belum diawet diletakkan di dalam beg plastik ataupun digantung di dalam bilik tidurnya. Salah seorang mangsa Eid Gein adalah seorang wanita yang dikenali sebagai Mary Hogan yang dilaporkan hilang 3 tahun sebelum itu.

  • Koleksi Kepala Horatio

Ini bukanlah topeng tetapi kepala manusia yang disimpan oleh Horatio Gordon Robley, ini adalah gambar dia duduk bersama koleksi kepala kepalanya yang dikenali sebagai koleksi Horatio ataupun koleksi Momokai. Ini adalah kepala pahlawan puak Maori.

Pada abad ke 19 dahulu berlaku perang besar besaran diantara penjelajah dari eropah di New Zealand, kejam bila penjajah eropah menjadikan kepala pahlawan Maori sebagai matawang. Bermaksud kepada sesiapa yang ingin membeli barang seperti makanan ataupun senjata haru menggunakan kepala di New Zealand mereka harus membeli dengan kepala.

  • Kuchisake – Onna

Ini lebih kepada lagenda urban dari jepun berlaku pada tahun 1600 dahulu. Melibatkan kisah seorang hantu wanita yang dikenali sebagai Kuchisake-onna. Dia adalah seorang mangsa bunuh suaminya sendiri yang terlalu cemburu. Dia telah dibunuh dan mayatnya dibuang di dalam telaga. Pelik bila selepas dia meninggal dunia dia kelihatan mundar mandir dengan memakai topeng. Bila ada yang berselisih dengan wanita ini dia akan bertanya “adakah saya cantik”?

Kepada mereka yang menjawab tidak cantik mereka akan dibunuh dengan kejam, kepada mereka yang menjawab tidak, dia akan mebuka topeng yang dipakai dan bertanya “sekarang masih cantik?”. Menjadikan wanita bertopeng jepun ini terkenal di Jepun.

  • Mask Of Shame

Lebih kepada pelik dari menakutkan, Ini adalah topeng digunakan sebagai hukuman di jerman pada abad ke 17 dan 18 dahulu. Kepada mereka yang didapati bersalah melakukan kesalahan kecil yang dilarang di jerman pada waktu itu seperti mengumpat, bercakap lucah dan pelbagai larangan sosial yang lain, mereka akan dipaksa untuk memakai topeng ini. Topeng ini direka untuk memalukan pemakai sebanyak yang mungkin.

Dengan telinga keldai dan hidung babi, sesiapa yang memakai topeng ini akan menjadi bahan ejekan dan dianggap kotor oleh oleh sekeliling. Ada sesetengah Mask Of Shame yang mempunyai jarum di bahagian dalam digunakan untuk kesalahan yang berat.

  • Iroquois False Face Society Mask

Ini adalah topeng yang dipakai oleh Fakse Face Society sebuah kumpulan bomoh puak Iroqouis iaitu sebuah puak orang asli di Amerika. Mungkin nampak lawak bagi sesetengah orang tetapi menakutkan bagi pihak yang lain pula. Bomoh puak Iroqouis akan memakai topeng ini ketika mengubat penyakit.

Seperti juga topeng puak maori, topeng ini juga mempunyai semangat sendiri, ia harus dijaga seperti menjaga seorang manusia, mereka percaya semangat topeng tersebut yang memberikan kuasa kepada mereka untuk mengubati penyakit. Menjadi antara topeng menakutkan di dunia.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

10 Kisah Urban Legend Permainan Video Yang Misteri

10 Penipu Yang Menjual Barang Bukan Milik Mereka