in

5 Cara Anda Boleh Menjelajah Masa

Bagaimana Seseorang Itu Boleh Menjelajah Masa?

Penjelajahan masa, banyak video yang saya kongsikan di sini tentang penjelajan masa, tapi tahukah anda ada teori yang mencadangkan yang penjelajahan masa boleh dilakukan, mengikut teori ini seseorang itu boleh menjelajah ke masa lalu dan juga ke masa depan!

Ini cumalah teori dan teori semata mata dan hari ini kita akan menjelajah masa dengan melihat bagaimana seseorang itu boleh menjelajah masa.

Bergerak di dalam kelajuan cahaya

Ini adalah teori yang paling terkenal sering dikaitkan dengan penjelajahan masa, ia pertama sekali diperkenalkan Albert Einstien melalui Theory of Relativity. Dengan erti kata lain teori ini mencadangkan yang masa akan menjadi lambat jika pergerakan semakin laju, dan perubahan masa ini pula digelar sebagai Time Dilation.

Kenderaan yang terpantas ialah roket, dan jika wujud roket yang mempunyai kelajuan cahaya dan bergerak dengan pantas maka bolehlah anda pergi ke masa depan. Namun begitu, anda tidak boleh pergi ke masa lalu dan terpaksa hidup di masa depan. Sesiapa yang berada di dalam roket itu pula akan lambat untuk menjadi tua jika dibandingkan dengan mereka yang berada di bumi.

Space Wormhole

Teori ini mula diperkenalkan pada tahun 1916 dan dipopularkan oleh seorang ahli fizik, Ludwig Flamm. Wormhole ataupun dikenali juga sebagai black hole adalah objek menyerupai lubang hitam yang berselerak di seluruh kawasan angkasa lepas. Teori dari saintis mencadangkan yang wormhole ini boleh menjadi seperti sebuah jambatan untuk menghubungkan satu kawasan dari kawasan yang lain, boleh juga digunakan untuk menjelajah masa dari masa lalu ke masa depan ataupun sebaliknya kenyataan ini disokong oleh ahli fizik seperti Albert Einstien dan juga Nathan Rosen.

Apa yang menarik, kalau tadi menerusi kelajuan cahaya seseorang itu hanya boleh pergi ke masa depan, menerusi wormhole ini pula seseorang itu boleh pergi ke masa lalu. Namun begitu menurut seorang lagi ahli fizik Stphen Hsu, yang ini hanyalah teori dan teori semata mata, kerana tidak mungkin kita dapat mencari wormhole dengan mudah.

Graviti

Ini juga adalah teori yang diperkenalkan oleh Albert Einstien. Kalau tadi kita lihat macam mana jika seseorang itu bergerak dengan kelajuan cahaya ia boleh menjelajah ke masa hadapan. Ini pula teori tentang bagaimana graviti boleh mempengaruhi masa untuk bergerak dengan laju. Contohnya kalau kita semakin dekat dengan titik graviti bumi seseorang itu bergerak dengan perlahan dan membiarkan keadaan di sekeliling bergerak dengan laju ia boleh mempercepatkan masa dan menjelajah ke masa hadapan. Dengan erti kata lain menurut teori ini semakin kuat tarikan bumi semakin perlahan masa berjalan untuk anda tapi tidak untuk orang lain.

Eksperimen tentang teori ini dilakukan pada tahun 2010 dahulu bila ahli fizik dari US National Institute of Standards and Technology Nist meletakkan dua jam atomic, satu diletakkan di atas dan satu diletakkan di bawah lebih dekat dengan gravity bumi. Mereka mendapati yang jam berada di bawah berdetik lebih lambat dari jam yang di atas kerana ia merasakan tekanan gravity yang lebih kuat.

Membekukan Tubuh Badan

Teori ini melibatkan tubuh badan yang dibekukan, dengan melalui proses pembekuan tubuh badan ini spora bacteria dan metabolisama di dalam badan manusia akan diberhentikan buat sementara dengan itu anda tidak akan menjadi tua dan kekal muda, Contohnya jika anda dibekukan pada thaun 2018 di umur 14 thaun, pada thaun 2118 bila anda tidak dibekukan lagi bila masa berubuh anda masih lagi berumur 14 thaun.

Teori ini diinspirasikan daripada metabolism haiwan mammal seperti beruang dan tuapi dimana mereka boleh mengawal metabolism badan mereka ketika sedang berhibenasi. Walaupun belum wujud lagi teknologi untuk membekukan manusia untuk bertahun thaun lamanya, teknologi memberhentikan metabolism seseorang hanya untuk beberapa jam telahpun wujud dan ini sering digunakan oleh pesakit yang mnajalani pembedahan.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Eksperiment Melibatkan Manusia Yang Menakutkan pernah dilaksanakan

5 Fakta De Ja Vu