in ,

5 Eksperimen Gila Yang Pernah Dilakukan

Ekperimen Penjara Stanford (Stanford Prison Experiment)

IMAGE CODE FOR WEBSITE

Ini adalah satu kajian yang dilakukan pada tahun 1971 oleh seorang ahli psikologi Phillip Zimbardo, tujuan utama misi ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti kedudukan sosial banduan dan pengawal penjara yang diletakkan di dalam penjara. Dengan itu dia telah menawarkan beberapa orang pelajar kolej untuk menjadi peserta, dimana mereka harus tinggal di dalam penjara selama dua minggu. Peranan mereka dibahagikan kepada banduan dan juga pengawal penjara.

Pelajar yang diberikan peranan sebagai seorang banduan akan ditahan di rumah mereka dan dibawa ke penjara, manakala kumpulan pelajar yang diberikan peranan pengawal penjara pula bertukar menjadi sangat sadistik dan sadis, menyeksa pelajar-pelajar yang diberikan peranan banduan. Kajian yang sepatutnya dijalankan selama dua minggu hanya bertahan selama 6 hari bila kesadisan pelajar- pelajar kolej yang berlakon sebagai pengawal penjara tadi semakin sadis dan menyeksa pelajar yang lain dengan kejam. Ini memberikan kesan psikologi yang teruk kepada kedua-dua kumpulan pelajar memaksa eksperimen ini diberhentikan.

Eksperimen Alat Kemaluan Banduan (The Testicular Radiation Experiment)

IMAGE CODE FOR WEBSITE

Pada tahun 1863 eksperimen-eksperimen pelik melibatkan bahan radiasi nuklear kerap dilakukan oleh amerika syarikat disebabkan oleh perlumbaan ke angkasa dengan negara Russia, sekumpulan saintis Amerika menjalankan satu eksperiment yang melibatkan alat kemaluan lelaki, tujuan utama eksperimen ini adalah untuk mengenal pasti apa yang akan terjadi dengan angkasawan jika mereka terdedah dengan radiasi nuklear ketika berada di angkasa lepas, dengan itu mereka menawarkan wang 25 us dollar kepada 130 orang banduan di kawasan Washington dan Oregon untuk menjadi bahan ujikaji mereka. Dengan syarat para banduan ini harus merelakan alat kemaluan mereka didedahkan kepada radiasi nuklear.

Ini menyebabkan hampir kesemua banduan menghidapi kanser kemaluan, kemandulan dan pelbagai lagi simtom kesihatan kelamin yang lain. Siasatan yang dijalankan mendapati yang NASA terlibat di dalam menganjur eksperiment gila ini, mereka telah disaman dan kesemua mangsa mendapat wang pampapasan sebanyak 6000 US dollar yang dibahagikan sesama mereka.

Eksperimen Jangkitan Sipilis (Guatemala Syphullis Eksperiment)

IMAGE CODE FOR WEBSITE

Jangkitan Sipilis tersebar dengan luas di amerika syarikat pada tahun 1940, dengan itu pelbagai ekperimen dijalankan untuk mengenalpasti punca dan juga cara rawatan jangkitan ini. Sipilis adalah satu jangkitan alat kemaluan lelaki dan wanita. Salah satu eksperiment gila dijalankan oleh doktro John C Cutler dari John Hopkins University. Dari tahun 1946 sehingga 1948 dia telah menyebarkan jangkitan ini kepada tentera di Guatemala, pelacur, pesaskit mental dan individu-individu yang berada di kelas rendah tanpa pengetahuan mereka. Bukan sipilis sahaja tetapi juga gonorea dan HIV turut disebarkan semata-mata untuk melihat apa yang akan terjadi dan cuba untuk merawat orang2 yang mereka jangkiti.

Lebih dari 1200 orang dijangkiti penyakit2 ini dan apa yang menyedihkan hanya 700 orang sahaja yang menerima rawatan daripada kumpulan doktor gila ini, sehingga tahun 1953 sekurang kurangnya 83 orang telah meninggal dunia. Perkara ini dirahsiakan sehingga ia didedahkan pada tahun 2010 dan mangsa daripada eksperiment ini menyaman Universiti Johns Hopskin sebanyak berbillion billion dollar kes masih lagi dibicarakan.

Kajian Menghidupkan Haiwan Pupus (Mammoth Study)

IMAGE CODE FOR WEBSITE

Ini adalah satu kajian yang dilakukan oleh dr Hwang Woo suk, seorang doktor yang disegani di seluruh Korea Selatan sehinggakan diberikan gelaran kebanggaan korea ataupun “Pride of Korea”. Tidak sehingga pada tahun 2006 di telah ditangkap selepas siasatan mendapati yang hampir kesemua kejiannya yang dilakukannya adalah palsu serta penglibatanya bersekongkol dengan kongsi gelap dari russia untuk mendapatkan DNA daripada binatang yang telah pupus selain skandal penyelewengan wang institusi.

Hwang kemudian mengaku yang mencuba untuk menghidupkan semula binatang yang telah pupus ratusan tahun yang lalu termasuk Mammoth dan harimau korea. Hwang juga telah minipu ramai pesakit yang menjadi bahan ujikajinya dengan manjanjikan wang dan harta, tetapi ianya palsu semata mata.

Eksperimen Tentera Jepun Terhadap rakyat China (Unit 731)

IMAGE CODE FOR WEBSITE


Ini adalah satu eksperimen yang dijalankan oleh tentera jepun semasa perang dunia kedua dhaulu terhadap penduduk china. Kumpulan tentera ini dikenali sebagai Unit 731, sebuah kumpulan tentera diraja Jepun pada tahun 1930 sehingga tahun 1940. Ekperimen gila ini diketuai oleh Doktor Katsuo Nishiyama seorang professor dari Shiga University of Medical Science, Japan.

Apabila tentera jepun menyerang china, mereka akan menahan penduduk china dan menjadikan tahanan sebagai bahan ujikaji kejam dan zalim seperti pembedahan tanpa ubat bius, menyuntik tahanan dengan pelbagai jenis penyakit termasuk typhus dan cholera, ada eksperiment melibatkan tubuh badan mangsa dipotong dan organ dikeluarkan semasa mangsa masih hidup lagi. Apabila tentera jepun menyerah kalah pada tahun 1945 tentera jepun cuba untuk menyembunyikan hasil kajian mereka. Namun begitu amerika syarikat menawarkan kebebasan kepada beberapa doktor yang terlibat di dalam eksperiment ini dengan syarat mereka menyerahkan hasil ekperiment kepada amerika syarikat. Sehingga hari ini insiden ini digelar sebagai Unit 731.

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Trend Cabaran/Permainan Yang Menakutkan

5 Kisah Lagenda Kampung Yang Disumpah