in

5 Eksperiment Melibatkan Manusia Yang Menakutkan pernah dilaksanakan

5 Eksperiment Melibatkan Manusia Yang Menakutkan pernah dilaksanakan

Selepas perang dunia kedua dahulu, banyak eksperiment melibatkan manusia yang dijalankan di seluruh dunia khususnya di kalangan Negara Negara maju seprti amerika syarikat, jerman dan juga Russia. Ada diantara eksperiment ini yang tidak masuk akal. Daripada menyebarkan penyakit dengan sengaja dikalangan kanak kanak sehinggalah dengan sengaja mencantumkan 2 orang kembar menjadi satu kembar siam.

Hi Goers anda bersama saya ekram dan untuk episode hari ini, kita akan melihat 5 eksperiment melibatkan manusia yang menakutkan.

5. Twin Studies – Eksperiment Adik Beradik Kembar

Ini adalah eksperiment yang dilaksanakan oleh seorang sintis jerman semasa perang dunia kedua dahulu. Lebih tepat lagi oleh Josef Mengele, iaitu ketua perubatan jerman pada waktu itu. Josef dikatakan mempunyai obsesi kepada adik beradik kembar, dari tahun 1943 sehingga tahun 1944 lebih 1500 kanak kanak kembar telah ditahan dan dari 1500 orang ini hanya 500 orang sahaja yang dilaporkan selamat.

Eksperiment termasuk menyuntik biji mata mereka dengan warna untuk mengubah warna mata mereka, ada yang cuba dicantum bermaksud dua kembar dicantumkan menjadi satu untuk menjadikan mereka kembar siam. Ada juga yang sengaja diberikan jangkitan tuberculosis daPoison Labs  jerman russia 1950n thypus untuk melihat perubahan genetic di dalam tubuh badan mereka. Tujuan utama eksperiment ini dijalankan adalah untuk mewujudkan kembar berbangsa jerman yang lebih hebat dari bangsa bangsa yang lain.

4 Poison Labs – Eksperiment Meracun Banduan

Dari jerman kita beralih kepada Negara Russia, ini berlaku pada tahun 1950 an dahulu melibatkan banduan di Russia. Apabila mereka mencipta racun yang boleh digunakan sebagai senjata mereka akan menggunakan banduan sebagai tikus makmal. Racun racun ini akan diberikan kepada mereka untuk melihat keberkesanaan racun tersebut.

Banduan akan dimaklumkan mereka akan diberikan ubat, tetapi malang sekali apa yang disangka ubat sebenarnya adalah racun. Tujuan utama eksperiment ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti jenis racun yang berkesan tetapi ia tidak boleh dikenalpasti selepas mangsa meningal dunia.

3. The Averson Project – Ekperiment Homosexual

Ini adalah eksperiment yang dilakukan di kawasan afrika selatan, diketuai oleh Dr Aubrey Levin dari tahun 1970 sehingga tahun 1980. Tujuan utama eksperiment ini adalah untuk membenteras gejala homosexual dikalangan masyarakat. Menurut Dr Aubrey homosexual adalah satu masalah sakit mental dan harus dirawat. Dengan itu. Lebih dari 900 orang yang disyaki homosexual terlibat di dalam experiment ini, mereka akan diberikan renjatan elektrik kemaluan mereka akan disuntik dengan cecair khas dengan harapan dapat menyembuhkan kecenderungan homosexual dikalagan mereka.

Selain itu ada juga yang kemaluan mereka dipotong, ini semua dilakukan di sebuah kawasan yang dikenali sebagai ward 22.

2. Willowbrooke state school

Eksperiment juga ini dijalankan pada tahun 1950 an dahulu bila ratusan eksperiment dijalnkan untuk megenalpasti punca penyakit dan rawatan untuk penyakit2 tersebut. Salah satu eksperiment dijalankan oleh sekolah Willobrooke state school iaitu sebuah sekolah untuk kanak kanak yang mempunyai masalah mental.

Dengan sengaja mereka akan memberikan suntikan penyakit heapatitis kepada 60 kanak kanak yang sihat. Hanya untuk melihat perubahan tubuh badan mereka, dimana kulit mereka akan bertukar menjadi kuning, begitu juga dengan mata mereka dan ginjal mereka akan menjadi besar membuatkan kanak kanak ini muntah dan tidak boleh menghadam makanan.

1. Operation Big Buzz – Nyamuk Berpenyakit

Sebuah lagi eksperiment yang dijalankan oleh tentera amerika syarikat digelar sebagai Operation Big Buzz, dimana pada tahun 1955 dahulu tentera amerika menjangkiti lebih dari 300000 ribu ekor nyamuk dengan penyakit demam kuning dan menyebarkan nyamuk2 tersebut melalui kapal terbang di seluruh kawasan Bandar Savannah, Georgia, dan Florida, amerika syarikat.

Ramai yang terkena jangkitan daripada gigitan nyamuk2 ini sehinga menyebabkan beberapa kematian bukan sahaja kepada orang awam tetapi juga kepada saintis yang mejlankan eksperiment tersebut.

Fakta Bonus

Killer bees

 Kalau tadi kita lihat serangga yang menyebarkan penyakit, untuk fakta bonus kali ini kita lihat pula serangga yang dicipta khusus oleh saintis yang mempunyai kebolehan membunuh manusia. Mereka ini digelar sebagai Killer Bees, sejenis lebah pembunuh yang ganas dan aggressive jika dibandingkan dengan lebah lebah yang biasa. Spesis killer bees ini bukan wujud secara semula jadi, tetapi mereka dicipta di dalam makmal dengan mengabungkan dna dari lebah yang berbeza dan tujuan utama sepsis lebah ini adalah untuk menghasilkan madu lebih banyak dari sepsis lebah yang biasa.

Namun begitu eksperiment mereka gagal, dan mendapati yang lebah Killer Bees ini tidak menghasilkan madu malah bersifat ganas, tidak sehingga pada tahun 1957, ribuan sepsis lebah ini terlepas dari makmal yang terletak di Rio Claro Brazil dan tersebar secara luas ke seluruh brazil menyerang mangsa secara berkelompok dan membunuh mereka. Kini menjadi pemangsa yang digeruni hasil daripada kecuaian para saintis.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Benda Tersembunyi di Bawah Tanah Rumah

5 Cara Anda Boleh Menjelajah Masa