in

5 Eksperiment Pelik Yang Pasti Manghairankan Anda

5. Kutu Dalam Telinga

Kutu telinga sering menjangkiti binatang khususnya anjing ataupun kucing, tapi macamana pula kalau telinga manusia yang berkutu? Itulah soalah yang ingin dijawab oleh seorang doctor haiwan yang secara sukarela memasukkan kutu di dalam telinganya sendiri. Pada tahun 1993, Robert Lopez yang berasal dari New York mahu mengenalpasti kesan dan cara merawat telinga manusia yang dijangkiti oleh kutu.

Menurut laporannya, samasa kutu tersebut berada di dalam telinga dia mendengar bunyi cakaran yang tidak behenti henti, semakin lama semakin kuat, selain merasakan gatal di dalam telinga. Dari hari ke hari kutu tersebut masuk jauh lebih dalam di dalam saluran telinga, ia mengambil masa sebulan untuk mengeluarkan kutu tersebut dari telinganya. Laporan ini disahkan oleh Jurnal Persatuan Perubatan Haiwan Amerika.

4. Sengatan Lebah

Dari kutu kita beralih kepada seekor lagi serangga iaitu lebah. Dia ingin mengenalpasti bahagian tubuh badan manusia yang paling sakit jika di sengat oleh lebah. Micheal Smith seorang professor entomology menjalankan eksperiment tersebut terhadap dirinya sendiri. Dia menggunakan lebah jenis Apis Mellifera dan disengat di seluruh badan dari kepala sehingga ke ibu jari kaki.

Eksperiment ini tidak dijalankan selama sehari, tetapi selama 38 hari, dimana dia disengat di 25 tempat yang berbeza. Hasil kajian Smith dia mendapati yang sengatan paling sakit ialah di lubang hidung, bibir atas dan juga kemaluan. Kawasan yang paling kurang sakit ialah di kepala, jari dan tangan. Ini disahkan di dalam journal PeerJ.

3. Pembedahan Usus Terhadap Diri Sendiri

Pembedahan usus terhadap diri sendiri ini dilakukan oleh seorang doctor dari jepun iaitu Dr Akira Horiuchi, tujuan utama pembedahan terhadap diri sendiri ini adalah untuk memberikan anggapan kepada orang awam yang pembedahan usus bukanlah satu pembedahan menyakitkan. Dia membedah ususnya bukan sekali, bukan dua kali tetapi sebanyak 4 kali.

Dia membedah dirinya ketika sedang duduk, menjalankan 4 pembedahan terhadap diri sendiri di dalam jangka masa 2 bulan. Eksperiment ini disahkan di dalam jurnal Gastrointestinal Endoscopy.

2. Gajah Mabuk

Bukan gajak duduk, tetapi gajah Mabuk. Ini adalah eksperiment yang dijalankan pada tahun 1962 dahulu oleh Warren Thomas untuk mengenalpasti apa yang akan terjadi kalau gajah diberikan dadah. Warren menyuntik seekor gajah yang bernama Truko dengan 297 miligram ubat, 3000 kali ganda lebih banyak daripada suntikan biasa. Tidak beberapa lama kemudian truko bersikap aggressive dan ganas, tidak sehingga beberapa lama kemudia truko mati.

Eksperiment ini menimbulkan kemarahan ramai pihak dan eksperiment seperti ini diharamkan untuk dilakukan.

1. Manusia Cyborg

Eksperiment ini dijalankan oleh seorang saintis dan professor dari British iaitu Kevin Warwick. Dia adalah seorang yang terkenal dengan kajiannya di dalam bidang robotic. Di salah sebuah eksperiment yang dijalankan dia cuba untuk menjadikan diri dia sendiri separuh robot dan separuh manusia. Dengan erti kata lain dia ingin dan sedang menjadi robot cyborg pertama di dunia.

Dia telah meletakkan sebuah cip di dalam badannya dimana dengan system dari cip ini membolehkan dia berkomunikasi dengan internet di university tempat dia bekerja di university of reading, united kingdom.

Fakta Bonus

Menghidupkan Haiwan mati

Ini adalah sebuah eksperiment yang dijalankan oleh Robert E Cornish dari University Carlifornia pada tahun 1930 dahulu. Seorang yang jenius, Robert menghabiskan pengajian di dalam sarjana semasa berumur 18 tahun dan menerima sijil kedoktoran semasa berumur 22 tahun.

Dia cuba untuk menjalankan eksperiment untuk menghidupkan semula orang mati menggunakan cecair yang digelar Lazarus. Robert tidak pernah Berjaya untuk menghidupkan haiwan yang telah mati.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Manusia Gergasi

5 Orang Yang bangun ketika Pembedahan Dijalankan