in ,

5 Fakta Area 51

5. Apa itu Area 51

Ini adalah satu kawasan yang dirahsiakan oleh kerajaan amerika syarikat daripada orang ramai, kawasan yang terletak di negeri Nevada pada asalnya di gelar bukan sebagai Area 51 tetapi sebagai Nevada Test and Training Range ataupun the Groom lake base. Area 51 hanyalah sebuah kawsan yang lebih kecil terletak di dalam. Kawasan di mana tentera amerika syarikat menjalankan dan menguji Senjata bom atom serta pelbagai sejata tentera rahsia yang lain khususnya semasa perang dunia kedua dahulu.

Dengan ramai yang menganggap pelbagai ujikaji pelik di jalankan di Area 51 disebabkan ia terlalu dirahsiakan dari orang ramai mengundang pelbagai teori dan konspirasi termasukalah konspirasi melibatkan makhluk asing, dengan itu orang ramai mula mengenali kawasan Nevada Test and Training Range ini sebagai Area 51.

4. Kawasan Yang Dirashsiakan

Seperti di fakta tadi, kawsan area 51 ini adalah antara kawasan yang paling dirahsiakan di amerika syarikat, malah paparan gambar area 51 di Google maps dikaburkan oleh google sendiri diatas arahan kerajaan tidak sehingga pada taun 2011 barulah ia dipaparkan untuk tontonan umum. Malah sebelum ini tiada satupun presiden amerika syarikat yang mengakui kewujudan area 51 tidak sehingga barrack obama yang menjadi presiden dia mengakui kewujudan area 51.

Apa yang lebih menarik, paparan area 51 di google map yang kita lihat hanyalah kawasan permukaan sahaja, ramai yang percaya di bawah tanah kawasan tersebut mempunyai terowong yang disambungkan ke Bandar Bandar yang berdekatan, seta mempunyai banyak ruangan ruangan rahsia. Namun begitu disebabkan kawasan ini dikawal dengan ketat tiada yang dapat mengesahkan perkara ini.

3. Kawasan Makhluk Asing

Sekadar Gambar Hiasan

Kawasan ini sinonim dengan makhluk asing, lebih tepat lagi penyelidikan yang dijalakan terhadap makhluk asing yang terhempas di seluruh kawasan amerika syarikat. Antara kisah yang mengejutkan orang ramai dilaporkan oleh Bob Lazar, seorang bekas pekerja area 51 pada tahun 1989. DIa mengaku bekerja di sebuah kawasan yang digelar sebgai s-4 dan tugas mereka adalah untuk mengkaji teknologi makhluk asing untuk digunakan sebagai senjata.

Dia mengaku di kawasan Area 51 banyak sepsis makhluk asing dan juga pelbagai jenis kenderaan mereka. Dan kenderaan mereka ini bergerak menggunakan sebuah element yang digelar Elemen 115 untuk menghasilkan anti gravity. Pelik bila elemen 115 ini yang sekarang dikenali sebagai ununpentium hanya ditemui pada tahun 2003 14 tahun selepas ini dideahkan oleh Bob Ladzar. Ladzar juga mengatakan yang makhluk asing suda pernah datang ke bumi 100,000 tahun dahulu dan berasal dari planet yang berada 39 juta cahaya jauh dari bumi. Namun begitu ramai yang menganggap bob ladzar ini seorang penipu bila ramai yang mendedahkan sijil sarjananya sebagai palsu. Penipu ataupun tidak? Jalankan penyelidikan anda sendiri.

2. Pekerja Area 51

Pekerja di Area 51 ini datang ke kerja dengan menaiki pesawat, 20 pesawat yang digelar janet membwa 1000 orang pekerja pada setiap minggu keluar dan masuk dari area 51. Pesawat ini mempunyai terminal khas mereka sendiri yang terletak di Mccarran International Airport. Malah hanya pesawat itu yang dibenarkan untuk melintasi ruangan udara area 51.

1. Kontroversi dan Teori Konspirasi Area 51

Area 51 (Groom Lake, Dreamland) File Photo near Rachel, Nevada (Photo by Barry King/WireImage)

Dari pelbagai kisah konspirasi, sehinggalah kisah2 paranormal dan mistik seperti mahluk asing. Area 51 menjadi terkenal di seluruh dunia kerana sering dikaitkan dengan kisah kisah tersebut. Sehinggakan di kawasan Nevada itu sendiri menjadi tempat berkumpulnya ahli2 konspirasi teori yang percaya dengan kewujudan makhluk asing. Namun begitu ramai yang percaya itu cumalah teori dan konspirasi yang tidak pernah dibuktikan secara rasminya. Disebabkan area 51 terlalu dirahsikan orang umum mula membuat spekulasi mereka sendiri.

Selain daripada makhluk asing, ramai juga yang percaya pendaratan bulan dirakamnkan di kawasan area 51, serta pelbagai lagi kisah kisah pelik, ini yang membuatkan ramai ahli konspirasi teori berkumpul di Nevada untuk merungkai kisah sebenar di sebalik kawasan Area 51.

Terima kasih kerana membaca / menonton jika anda mahu lebih banyak update dari kami pastikan anda follow kami di sosial media dan muat turun applikasi, ikut pautan di bawah.

Youtube Kupi Kupi GO – http://bit.ly/KupiKGYTB

Instagram – http://bit.ly/KKG0IGM

Facebook – http://bit.ly/KupiKGFB

Twitter – http://bit.ly/KKGTWTR

 

Applikasi –

Appstore – https://apple.co/2Nq8pJX

Google Play – http://bit.ly/2y4Rrfo

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

8 Peristiwa Gempa Bumi Sulawesi Tengah (Kota Palu dan Donggala)