in

5 Fakta De Ja Vu

5 Fakta De Ja Vu

Pernahkah anda berada di dalam satu situasi, tiba2 anda terfikir anda mungkin pernah berada di situasi tersebut melakukan perkara yang sama tapi sebelum ini? Ini digelar sebagai De Ja Vu, ada yang percaya disebabkan mereka boleh secara tidak sengaja boleh melihat masa depan maka mereka mempunyai ingatan tersebut ada juga yang percaya itu ingatan mereka dari dunia lain.

Hari ini kita akan merungkai satu fenomena di dalam hidup kita, Hi Goers anda bersama saya….

Apa itu De Ja Vu?

De Ja Vu, adalah ayat yang berasal dari bahasa perancis, diterjemahkan kepada “Sudah Lihat” ataupun “Sudah Lalui”. Lebih dari 6- sehingga 80 peratus dari kita pernah mengalami De Ja Vu, dimana kita berada di dalam situasi melakukan sesuatu seperti meminum air ataupun makan dan tiba tiba kita teringat yang sebelum ini kita pernah berada di dalam situasi yang sama dan sedang melakukan perkara yang sama.

Berbeza dengan situasi dimana anda yakin pernah melalui perkara tersebut, De Ja Vu adalah satu keadaan dimana anda tidak yakin dengan ingatan anda.

Ada juga yang teringat sebelum ini pernah bermimpi situasi dan perkara yang sedang mereka lakukan, secara langsung menimbulkan persoalan dan tanda tanya bagaimana perkara ini boleh berlaku?

Kenapa De Ja Vu berlaku?

Fenomena De Ja Vu ini menarik perhatian ramai pihak sehinggakan ada kajian yang dijalankan secara saintifik untuk mengenal pasti punca kenapa ia berlaku? Ini adalah sebuah fenomena yang berkait rapat dengan pengalaman dari ingatan kita sebelum ini, dari hari ke hari otak kita akan merakamkan ataupun mengingati insiden dan benda yang berlaku, ini semua disimpan di bahagian otak digelar Hippocampus sebuah saraf otak yang mengawal kesedaran ingatan jangka masa panjang dan pendek.

Contohnya sekarang anda yang sedang menonton video De Ja Vu dari Kupi Kupi GO, bahagian hippocampus otak anda akan cuba meneliti adakah anda pernah video yang sama dengan tajuk yang sama, dan kalau ada ingatan yang disimpan di bahagian hippocampus otak mengatakan mungkin sebelum ini anda pernah menonton video yang hampir sama dengan video ini, maka fikiran anda akan termanipulasi dengan ingatan tersebut dan cenderung untuk percaya yang anda mungkin pernah menonton video De Ja Vu dari Kupi Kupi Go sebelum ini.

Teori yang dikaitkan dengan De Ja Vu

Ini adalah teori dan bukannya fakta, ada sesetengah pihak yang percaya De Ja Vu berlaku disebabkan ingatan diri mereka di dunia lain yang sudah melakukan apa yang sedang mereka lakukan. Ada juga yang percaya mereka mempunyai mimpi tentang apa yang akan berlaku dan sedang berada di situasi yang mereka mimpikan sebelum ini.

Teori yang lain pula mengatakan yang ini cumalah ingatan yang salah, bermaksud apa yang anda fikir betul sebenarnya salah Cuma otak anda memanipulasikan fikiran anda untuk menggap ia sebagai benar, tetapi pada hakikatnya anda tidak pernah berada dan melakukan benda yang anda sedang lakukan, seperti juga teori Mandela effect.

De Ja Vu Kronik

Tahukah anda, ada satu penyakit mental yang dikaitkan dengan De Ja Vu ini, digelar sebagai De Ja Vu Kronik, di mana seseorang itu akan mengingati sesuatu sebagai benda yang pernah dia lakukan sebelum ini dari setiap minit sehinggalah setiap jam. Ini adalah penyakit mental yang menakutkan dan jarang sekali dicatatkan.

Apa apa pun, selain daripada penjelasan saintifik dan teori di atas, jawapan sebenar kenapa dan bagaimana De Ja Vu berlaku masih lagi menjadi perdebatan sehingga hari ini.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Cara Anda Boleh Menjelajah Masa

10 Fakta Teori Mandela Effect