in ,

5 Fakta Menakutkan Raksasa Megalodon

Bila jutaan tahun dahulu haiwan raksasa seperti Spinosourus dan Trex menjadi pemangsa yang paling menakutkan di darat, di lautan pula ada megladon yang mempunyai saiz yang besar dan makanan mereka adalah ikan paus. Megladon ataupun jerung gergasi dikatakan sangat menakutkan menjadi satu lagenda masa lalu bumi kita. Hari ini kita akan pergi ke lautan masa lalu dan melihat fakta menakutkan Megladon.

Penampakan Terkini

Tahukah anda ada yang mengaku pernah melihat penapakan raksasa menakutkan Megladon ini? Walaupun telah pupus lebih kurang 23 juta tahun dahulu, pada tahun 1928 sehingga tahun 1933 Megladon dilaporkan berada di sekitar kawasan perairan Rangiora, New zealand. Perkara ini dilaporkan oleh dua orang nelayah kepada seorang saintis Australia David G Stead.

Menurut mereka yang pada waktu itu sedang menangkap ikan melihat seekor jerung yang sangat besar, malah saiz jerung tersebut sama seperti saiz sebuah paus biru. Apa yang menakutkan, menurut dua orang nelayan itu, sebelum jerung gergasi itu sampai ke permukaan lautan, kawasan tersebut berbuih, sehingga hari ini mereka trauma untuk turun ke laut.

Raksasa yang Besar

Bayangkan seekor jerung Megladon mempunyai berat sebanyak 50 sehingga 70 tan, dan mempunyai panjang sepanjang 11 sehingga 13 meter ataupun 36 sehingga 43 kaki, namun begitu dipercayai Megladon yang paling besar boleh mempunyai berat sebanyak 100 tan dengan panjang 20 kaki. Dan ini pula adalah gambar perbezaan gigi raksasa ini jika dibandingkan dengan gigi jerung yang biasa.

Saiz megladon yang menakutkan ini disahkan sendiri oleh ahli arkeologi yang mempelajari fosil-fosil haiwan masa lalu, bila mereka menemui fosil paus biru yang terdapat gigitan yang sangat besar di bahagian perutnya. Apa yang membuatkan raksasa ini lebih menakutkan, mereka sering bergerak secara berpuak dan akan menyerang mangsa secara berkumpulan.

Raksasa Yang Laju

Walaupun mempunyai saiz yang besar, megladon adalah seekor hidupan marin yang juga terkenal dengan pergerakannya yang sangat pantas. Pada tahun 1926, menurut seorang penyelidik haiwan M Leriche, dia menemui 150 vertebra centra ataupun tulang belakang. Membuatkan megladon bukan sahaja pantas tetapi sangat flexible untuk saiz yang besar seperti itu.

Menurutnya lagi, kelajuan megladon boleh mencecah sehingga 32 kilometer sejam. Menjadikan mereka antara spesis hidupan laut yang paling laju pada masa dahulu. Menueurt seorang lagi penyelidik hidupan marin, Dr David Jacoby dari zoological society of London, tiada spesis haiwan marin yang boleh menandingi cara megladon memburu.

Wujudkan megladon pada hari ini?

Seperti yang saya katakan di fakta yang lalu, para saintis percaya yang megladon telah pupus sekurang kurangnya 2.6 juta thaun yang lalu, namun begitu melihat kawasan lautan yang luas, malah merangkumi 71 peratus daripada permukaan bumi, teknologi marin kita pada masa ini hanya mampu untuk memetakan 10 peratus sahaja dariapda seluruh kawasan lautan.

Banyak lagi kawasan rahsia yang tidak diketahui para saintis, mungkin juga ada kawasan gua yang tersembunyi berdekatan kerak bumi, mungkin juga ada kawasan lautan yang berada di dalam lautan yang saintis tidak pernah jumpa. Malah setiap hari ada sahaja sepesis baru yang ditemui. Masih wujud atau tidak, samaada kita tidak akan tahu ataupun ia memang sudah benar pupus. Dan menurut penyelidikan yang dilakukan oleh kumpulan penyelidik University of Zurich, 6 daripada 10 ribu simulasi yang dijalankan 1 peratus daripada simulasi ini mencadangkan yang megladon mungkin masih hidup tetapi sedang bersembunyi.

Kenapa Megladon Pupus?

Mengapa haiwan yang besar dan ganas ini boleh pupus? Walaupun tiada bukti yang kukuh kenapa Megladon pupus, namun para saintis mempunyai teori yang Sekitar 23 dan 5.3 juta tahun dahulu ramai hidupan laut yang pupus disebabkan oleh perubahan suhu dan juga paras air lautan. Tidak dapat menyuaikan diri dengan keadaan yang berubah ini haiwan haiwan marin samaada menjalani evolusi ataupun pupus untuk selama lamanya. Megladon juga tidak terkecuali, bila tiada lagi spesis- spesis hidupan raksasa yang boleh dijadikan sumber makanan, mereka berlapar sehingga satu persatu mati dan akhirnya pupus.

Mereka tidak dapat mengekalkan suhu badan mereka tanpa makanan, saintis percaya, kali terakhir spesis megaldon ini berada di kawasan selatan amerika, asia dan juga di perairan Australia 2.6 juta tahun dahulu.

Fakta Bonus

Tahukan anda pada tahun 2013 dahulu Discovery channel pernah menerbitkan satu dokumentari yang memaparkan sebuah video kononnya penampakan megladon yang mempunyai panjang 64 kaki, program ini digelar sebagai Megladon: The monster Shark That Lives. Namun begitu ia telah didedahkan sebagai palsu bila ia didedah sebagai rekaan dan rekaan semata mata, discovery channel telah mendapat kritikan dan ramai yang marah dengan Discovery.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Penemuan Bersejarah Yang Masih Misteri

Senarai Pemenang Giveaway Tshirt