in ,

5 Fakta Misteri Konspirasi HAARP


Apa itu HAARP?

High Frequency Active Auroral Research Program ataupun secara ringkasnya dikenali sebagai HAARP adalah satu teknologi yang dibangunkan sejak tahun 1992 lagi oleh beberapa jabatan dan organisasi termasuk jabatan tentera udara Amerika Syarikat, Tentera Laut Amerika Syarikat, The university of Alaska Fairbanks dan juga Defence Adcance Research projects Agency (DARPA). Tujuan asal HAARP adalah untuk mengkaji Ionospheric, iaitu kawasan lapisan terakhir atmosfera bumi, dan menurut kerajaan Amerika, matlamat utama kajian ini dilaksanakan adalah untuk menggunakan kawasan Ionospheric ini dan membangunkan teknologi komunikasi melalui frequency radio dan juga aktiviti pemantauan di bumi.

Dengan melihat organisasi yang menyertai kajian ini dan juga tujuan utama kajian ini dibuat sudah terang lagi bersuluh tujuan utama HAARP adalah untuk mencipta teknologi ketenteraan. Tetapi sebenarnya ada lagi sesuatu yang lebih menakutkan dari itu.

Mengawal Cuaca

Banyak pihak yang percaya kerajaan Amerika menipu tentang tujuan utama HAARP dibangunkan, ini hangat dibincangkan di internet khususnya dikalangan ahli konspirasi Teori. Mereka percaya yang teknologi HAARP ini sebenarnya adalah senjara untuk memanipulasikan cuaca dan menggunakan cuaca sebagai senjata peperangan bukan itu sahaja mereka juga percaya yang HAARP juga boleh mengawal minda manusia.

Dengan erti kata lain, jika kajian ini sudah Berjaya, Amerika syarikat mempunyai kuasa untuk mengawal cuaca dunia, dengan mengawal cuaca dunia pula mereka akan mengawal ekonomi dunia, memanipulasi acara yang berlaku di seluruh dunia seperti politik ataupun peperangan. Dan matlamat sebenar HAARP adalah untuk membantu mereka mengawal dan menguasai dunia.

Mengawal Minda

Menurut Nick Begich, penulis buku yang menulis tentang bagaimana teknologi HAARP boleh memanipulasi cuaca dan mengawal minda, HAARP mempunyai potensi untuk memanipulasi frequency otak manusia untuk melakukan sesuatu, isyarat dari otak manusia akan dimanipulasikan dan mengubah kimia otak secara langsung mengubah cara seseorang itu berfikir. Dengan erti kata lain HAARP mempunyai potensi untuk mengawal minda seseorang.

Ini adalah antena yang dibina di Alaska yang dikatakan mengeluarkan frequency mengawal cuaca. Penduduk sekeliling percaya yang antena2 ini mendatangkan keburukan kepada mereka, malah ada yang terlalu taksub dengan perkara ini sehinggakan Pada tahun 2017 dahulu dua lelaki iaitu Micheal Mancil dan James Dryden ditahan bersama senjata api dan mereka didapati merancang untuk menyerang fasiliti HAARP.

Penafian

Menurut pekerja Pengarah institut Geography HAARP sendiri Robert McCoy, khabar angin tentang bagaimana HAARP mengawal cuaca dan minda adalah salah sama sekali, tujuan utama HAARP hanyalah untuk melaksanakan kajian tentang lapisan luar bumi dan hanya terhad kepada itu sahaja. Pengurus maklumat awam HAARP Sue Mitchell pula mengatakan yang teori teori tersebut gila dan tidak masuk akal.

Malah untuk menafikan perkara ini, HAARP sendiri membuka Institut mereka untuk kujungan dari orang awam dan melihat sendiri apa yang sedang dilaksanakan.

Teknologi Dajjal (Menurut Islam)

Sebuah lagi teori yang hangat dibincangkan di luar sana adakah ini teknologi Dajjal? Menurut pendakwah Sheikh Imran Hosein, apabila ditanya soalan oleh hadirin adakah HAARP ini boleh dianggap sebagai senjata Dajjal? Dia menjawab iya sudah pasti, selain mengatakan seperti yang tertulis di ceritakan oleh Nabi Muhammad SAW yang Dajjal boleh menurunkan dan memberhentikan hujan sesuka hatinya.

Dengan itu, melihat keadaan semasa dimana pihak barat yang mengawal cuaca cuaca adalah satu pengzahiran ramalan Rasullah SAW. Menurutnya lagi, kita hanya boleh terima pendapat tersebut, hanya kalau Dajjal sudahpun dilepaskan.

Kesimpulan

Jika difikirkan semula, Amerika Syarikat memang sebuah Negara yang dikenali mencipta teknologi yang baru, teknologi yang belum lagi dimiliki oleh Negara lain. Buktinya? Lihat sahaja senjata nuclear, teknologi penjelajahan ke angkasa lepas dan sebagainya. Jika ini adalah sebuah teknologi yang benar benar mengawal cuaca dan minda maka Amerika akan memainkan peranan yang penting di dalam mengawal dunia. Adakah ini boleh dikaitkan dengan agenda New World Order? Ataupun ianya hanya teori dan teori semata mata. Anda tentukan.

Di video ini, saya cuba menjelaskan dengan terperinci asal usul HAARP, selain menjelaskan dengan mengambil kira pelbagai pihak termasuk pendapat umum, pendapat Ahli Konspirasi Teori, pendapat pekerja HAARP sendiri dan juga Pendapat Pendakwah menurut islam. Bukan video ini bertujuan untuk mengiyakan ataupun menidakkan, tujuan video ini hanyalah untuk berkongsi maklumat dan konspirasi TEORI yang dikaitkan dengan HAARP, Sekarang terpulang kepada anda bagaimana menerima maklumat ini. Senjata ataupun tidak, pastikan anda jalankan penyelidikan anda sendiri.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Kisah Keluarga Dengan Rahsia yang Menakutkan

5 Penemuan Bersejarah Yang Masih Misteri