in

5 Fakta SST 2.0

5 Fakta SST 2.0

5. Pendapat tidak Popular GST

Izinkan saya memulakan penjelasan tentang SST dan GST ini dengan mengatakan pendapat yang tidak popular tetapi benar. Tujuan asal GST bukanlah sebuah system pungutan cukai yang bertujuan untuk membebankan rakyat, malah hasil pengutan cukai dari GST adalah lebih tinggi berbanding pungutan cukai daripada SST. Dan dengan pungutan yang lebih tinggi ini ia mempunyai potensi yang tinggi untuk membangaunkan Negara dan menyenangkan rakyat dalam jangka masa yang panjang.

Apa yang menjadi masaalah ialah pengurusan pungutan GST dan pengurusan kegunaan wang tersebut. Kerajaan lalu dituduh tidak dapat menguruskan pungutan wang GST dengan berul sehinggakan timbul isu kastam diraja Malaysia tidak mempunyai wang untuk membayar balik gst kepada peniaga, GST tidak dapat mencapai objektif utama iaitu meningkatkan ekonomi malah ia merugikan rakyat, GST tidak digunakan untuk menyenangkan rakyat malah dilihat dan terbukti menyusahkan rakyat itulah sebab kenapa panghapusan GST menjadi antara manifesto popular pakatan harapan. Pada 1 jun 2018 GST telah dihapuskan dan pada 1 september 2018 SST Mula diperkenalkan. Tapi..

4. Apa itu SST

Sales & Service Tax diterjemahkan menjadi cukai jualan dan perkhidmatan adalah jenis cukai yang menggantikan GST iaitu goods and service tax, mula berkuat kuasa pada 1 september 2018. Bila ramai yang berangapan SST dijangka akan menurunkan harga barang, ironinya meurut pakar ekonomi kesan SST adalah hampir sama dengan kesan GST.

GST secara ringkasnya adalah cukai yang dikenakan untuk harga barang sahaja dan ini dikenakan kepada pengguna. Dan SST pula adalah cukai yang dikenakan untuk dua perkara iaitu samaada jualan yang dikenakan kepada peniaga dan juga cukai perkhidmatan yang digunakan dan dibayar oleh pembeli. Cukai Jualan adalah sebanyak 10 peratus dan cukai perkhidmatan adalah sebanyak 6 peratus tetapi jangan keliru cukai SST tidak bermaksud 10% tambah 6% menjadikan ia 16%. Menurut menteri kewangan Lim Guang Eng, semua hasil daripada cukai ini akan menyumbang kepada 21 billion kepada hasil pungutan cukai kerajaan.

3. Beza GST dengan SST

SST tidak semestinya akan menurunkan harga barangan, ini sendiri diakui oleh menteri kewangan Lim Guang Eng, walaupun begitu, dengan pelaksanaan SST ia tidak membebankan rakyat seperti mana GST. Ini kerana kerajaan meramalkan hasil pungutan dari SST adalah hanya 21 billion ringgit jika dibandingkan dengan hasil pungutan GST iaitu sebanyak 44 billion ringgit.

Kenapa pungutan SST menurun tidak seperti pungutan GST? Secara ringkasnya, Ini kerana hanya lebih 40% daripada barang seharian akan dikenakan SST berbanding dengan GST yang mengenakan cukai kepada hampir semua barang dan kesan kepada pengguna adalah positive untuk mengurangkan kos mereka.

2. Kebaikan SST

Dengan itu melalui SST, kerajaan tidak akan mengaut pungutan cukai yang banyak seperti pungutan cukai GST yang dipungut oleh kerajaan lama. Malah kementerian kewangan juga menjangkakan akan mengalami kerugian di dalam pungutan cukai. Untuk menanggani masalah ini mereka telah memberhentikan projek2 yang tidak mempunyai keperluan yang tinggi seperti projek lrt3.

Dengan perubahan ini kerajaan dijangka akan kehilangan 23 billion keuntungan, bermaksud 23 billion ini adalah duit rakyat Malaysia secara kolektif dan bukannya duit kerajaan, dengan erti kata lain penguatkuasaan SST tidak lagi memaksa rakyat memberikan wang melalui cukai kepada kerajaan.

1. Kesimpulan

Kesimpulannya ini adalah satu penguatkuasaan yang berani dilaksanakan oleh kerajaan, kerajaan menanggung hutang yang banyak dan bersedia untuk menanggung rugi demi melaksanakan manifesto pilihanraya mereka secara langsung mengurangkan kos rakyat.

Namun begitu, setiap yang baik ada buruknya, dengan pelaksanaan SST ini memang akan menyebabkan jumlah barangan yang dikenakan cukai akan menurun dan ini akan menyebabkan wang simpanan kerajaan terhad untuk melaksanakan projek membantu rakyat ini dirujuk dari kenyataan Professor Yeah Kim Leng dari Sunway University Business School.

Tambahan lagi bebanan untuk membayar hutang Negara yang hampir mencecah 1 trillion ringgit, Secara ringkasnya, SST adalah satu cabaran kepada kerajaan tetapi ia adalah kelebihan yang akan membantu mengurangkan kos rakyat. Hanya masa yang akan dapat mengukuhkan kembali ekonomi Malaysia, memakan masa bertahun tahun lamanya

Fakta Bonus

Tax Holiday (Cuti Cukai)

Selapas pru 2018 kita menyaksikan tempoh sifar GST untuk 3 bulan, iaitu bermula pada 1 jun sehingga 1 september, pada masa ini tiada barangan yang dikenakan cukai sama sekali. Terdapat dua sudut yang berbeza untuk kita melihat perkara ini. 1. sifat GST adalah baik untuk rakyat, kos barangan turun sejajar dengan janji manifesto pakatah harapan. Namun begitu ini merugikan bagi kerajaan bila kerajaan kehilangan 11 billion ringgit dalam tempoh 3 bulan.

 

 

Kini, SST kembali sabagai sumber kewangan bagi kerajaan bermula dari hampir 40% barangan dikenakan SST, dan tidak mustahil ia akan meningkat pada masa hadapan untuk memberikan keuntungan yang lebih banyak dan juga demi kebaikan jangka masa panjang kepada rakyat, secara langsung perlahan lahan SST juga akan mengadaptasi konsep GST. Politik, tetap, politik.

[Outro]

Untuk kita memahami cukai SST ini kita perlu mempunyai sekurang kurangnya sedikit pengetahuan di dalam ekonomi asas. Ini memang sebuah topic yang agak rumit, mungkin banyak lagi fakta yang saya tidak masukkan, tetapi secara kasarnya itulah penjelasan tentang isu ini. Dan mungkin anda ada pendapat anda sendiri, setuju atau tidak dengan pelaksanaan GST? Tinggalkan pendapat anda di ruangan komen di bawah.

 

>>Buang<<

menggunakan GST secara exclusive dan hanya untuk pihak2 tertentu dan untuk tujuan tertentu,

dengan erti kata lain keberadaan wang pungutan gst tidak dapat dikenalpasti ataupun hilang sama sekali. Dan ia menjadi satu isu yang diperdebatkan di parlimen.

Terima kasih kerana membaca / menonton jika anda mahu lebih banyak update dari kami pastikan anda follow kami di sosial media dan muat turun applikasi, ikut pautan di bawah.

Youtube Kupi Kupi GO – http://bit.ly/KupiKGYTB

Instagram – http://bit.ly/KKG0IGM

Facebook – http://bit.ly/KupiKGFB

Twitter – http://bit.ly/KKGTWTR

 

Applikasi –

Appstore – https://apple.co/2Nq8pJX

Google Play – http://bit.ly/2y4Rrfo

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

5 Teori Konspirasi New World Order

5 Kawasan Lautan Yang Penuh Misteri