in ,

5 Filem Yang Diinspirasikan dari Kisah benar [Bah 2]


Saya memang jenis yang suka menonton filem, banyak sudah video berkenaan filem yang telah saya kongsikan di sini, ini pula adalah filem filem yang dikatakan diinpirasikan daripada kisah benar bahagian 2. Video ke bahagian 1 akan saya tinggalkan di description di bawah…

Hari ini kita akan menonton filem….dengan melihat 5 filem yang diinspirasikan dari kisah benar, bahagian 2.

5. Ravenous

Ini adalah sebuah filem yang disiarkan pada tahun 1999, Menceritakan tentang sekumpulan askar amerika yang di dalam perjanan ke sebuah kubu tentara di kawasan hutan terpencill di Nevada Amerika Syarikat pada tahun 1840 dahulu. Semasa di dalam perjalanan, mereka menemui  seorang lelaki yang merayu supaya askar askar tersebut menyelamatkan rakan rakannya yang hilang di sekitar kawasan hutan. Malang bagi kumpulan askar ini mereka sebenarnya diumpan, dibunuh dan dijadikan makanan oleh lelaki tersebut yang seorang kanibal.

Kisah ini diinspirasikan dari kisah kanibal Alferd Packer, pada musim sejuk tahun 1973 dia dan juga beberapda orang rakannya di dalam ekspedisi menjelajah ke ekitar kawasan gunung, ketika di dalam perjalanan dia membunuh rakan rakannya dan memakan tubuh badan mereka. Alferd melarikan diri selama 9 tahun sebelum ditangkap oleh pihak berkuasa dan dijatuhkan hukuman penjara 40 tahun.

4. Wolf Creek

Ini adalah sebuah filem tentang kisah pembunuhan pelancong yang berkuncung di sekitar kawasan Australia, pelancong3 ersebut akan diumpan oleh dua orang lelaki dan dibawa ke kawasan2 yang manrik di sekitar Australia, mereka kemudian dikurung, diseksa dan dibunuh dengan kejam.

Kisah ini diinspirasikan dari kisah dua orang pembunuh dari Australia, pada tahun 1990 dahulu lelaki yang dkenali sebagai ivan millard membunuh 7 orang pelancong muda dan membiarkan mayat mereka di kawasan Outback Australia. Pada tahun 2001 pula Bradley Murdock membunuh seorang lelaki dan cuba menculik teman wanitanya. Mereka berdua telah dipenjarakan seumur hiduo.

3. Jaws

Ini adalah sebuah filem tentang sekumpulan jerung yang ganas menyerang sesiapa sahaja yang berada di lautan, kisah ini pada asalnya adalah dari sebuah novel yang ditulis oleh Peter Benchley dan kemudian diadaptasikan kepada sebuah filem/

Pada tahun 1916 dahulu dalam jangka masa 11 hari 4 orang terbunuh disebabkan oleh serangan jerung di kawasan persisiran new jersey, Amerika Syarikat. Dengan itu ramai yang trauma untuk turun ke lautan untuk mengelak daripada menjadi mangsa.

2. Childs Play

Ini adalah sebuah filem yang menceritakan tentang sebuah patung yang digelar Chucky dirasuk oleh roh seorang pembunuh bersiri yang bernama Charles Lee Ray. Filem ini mula ditayangkan pada tahun 1988 dahulu, sebelum Annabelle chucky adalah patung berhantu yang dikenali ramai.

Ramai yang berpendapat yang filem ini diinspirasikan daripada kisah sebuah patung yang berhantu dikenali sebagai Robert The Doll. Robert the doll adalah sebuah patung yang dimiliki oleh seorang budak lelaki yang bernama Rober Eugene Otto dari Florida Amerika Syarikat. Ia diberi oleh seorang hamba dari Bahamas pada tahun 1906 dahulu. Apa yang disangkakan hadiah yang diberikan kepada tuannya, rupanya adalah sebuah patung berhantu yang telah disumpah untuk menganggu keluarga tuannya.

1. Siri Filem Conjuring

Mungkin antara filem paling terkenal di dalam senarai ini, setiap siri filem conjouring menceritakan pengalaman kisah benar seram yang berlaku. Dari file mini jugalah dua penyiasat paranormal terkenal ed dan Lorraine warren dikenali ramai dan kisah kisah yang menjadi inspirasi filem conjouring adalah pengalaman yang dilalui oleh mereka berdua.

Pengalaman melibatkan kisah patung yang dirasuk roh jahat Annabelle, rumah berhantu Amitiville, biarawati dirasuk syaitan valak dan pelbagai lagi pemgalaman seram mereka yang diceritakan semula melalui siri filem conjouring.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Kes Kehilangan Kanak Kanak Yang Mengejutkan di Malaysia

Dikejar langsuir