in

5 Jelmaan Makhluk Menakutkan Dari Seluruh Dunia

Therianthropes, satu terma yang jarang kita dengar, itu adalah satu terma yang diberikan kepada manusia yang mampu untuk berubah bentuk menjadi binatang, raksasa ataupun menjelma menjadi satu entiti yang misteri. Setiap budaya di seluruh dunia mesti ada kepercayaan pelik ini. Contohnya manusia yang berubah menjadi serigala jadian di eropah, kalau di budaya kita pula ada yang percaya ada yang memiliki ilmu untuk berubah menjadi penanggal, ataupun orang minyak.

Transformasi manusia bertukar menjadi entity pelik ini digelar sebagai Theriantropes, dan hari ini kita akan melihat 5 contoh Therianthropes di seluruh dunia.

5. Penanggal

Kita mulakan senarai ini dengan contoh dari budaya kita sendiri, iaitu penanggal di sabah dikenali sebagai balan balan dan di Indonesia pula dikenali sebagai leyak, ada yang percaya makhluk penanggal ini adalah jin dan syaitan yang dipelihara oleh seseorang untuk memberikan mereka kuasa ataupun membantu mereka di dalam melakukan aktiviti syirik. Ada juga yang percaya penanggal adalah jelmaan seseorang yang mempunyai ilmu, biasanya seorang wanita. Mereka akan berubah menjadi penanggal jika mahu mencari makanan biasanya darah daripada ibu yang mengandung ataupun yang baru sahaja melahirkan anak.

Mengikut lagenda penanggal mempunyai kebolehan untuk terbang, hanya berkepla makhluk ini tidak mempunyai tubuh badan dan organ organ mereka akan terjuntai, ada ketika badan mereka akan bercahaya seperti cahaya dari obor obor. Bukan sahaja boleh bertukar menjadi makhluk penanggal mereka juga boleh menjelma sebagai seorang manusia dan binatang untuk memperdayakan mangsa.

4. Orang Minyak

Sebuah lagi makhluk therianthropes dari masyarakat kita iaitu orang minyak, seperti juga penanggal, Orang minyak juga dipercayai adalah jelmaan seseorang yang mempunyai ilmu hitam. Kalau tadi penanggal selalunya adalah wanita dan tujuan utama mereka adalah untuk mencari darah ibu yang baru mengandung, orang minyak pula selalunya adalah lelaki, dimana mereka akan menculik anak anak gadis pada waktu malam, ada lagenda menceritakan mereka akan menculik anak gadis dara untuk merogol mereka.

Mereka mampu untuk memanjat ke tempat yang tinggi, masuk dari celah celah yang sempit, badan mereka bewarna hitam dan licin dipercayai dilumuri minyak yang hitam. Makhluk orang minyak ini dipopularkan melalui filem filem termasuklah filem Sumpah Orang Minyak yang diarahkan oleh Allahyarham P.Ramlee.

3. Lagahoo

Ini pula adalah kepercayaan dikalangan penduduk di pulau Caribbean, dimana ada satu jelmaan dikenali sebagai Lagahoo, mempunyai tubuh badan seorang lelaki yang sasa, tubuhnya dikelilingi dengan besi, apa yang paling menakutkan ialah kepala lagahoo adalah sebuah keranda. Dia akan mundar mandir pada waktu malam untuk mencari makanan, kalua ada besi yang berbunyi itu menandakan lagahoo berada di sekeliling. Dia juga dikatakan boleh berubah menjadi seekor binatang untuk menyembunyikan diri.

Untuk membunuh lagaho, mereka harus ditangkap dan ditahan dalam masa 9 hari, mereka kemudian akan memukul makhluk tersebut dengan kayu suci dan disiram dengan air suci, semasa sedang diseksa dia akan berubah bentuk menjadi pelbagai jenis binatang tidak sehingga dia menjadi kabus hitam dan hilang menandakan yang lagaho telah mati.

2. Kumiho

Ini adalah jelmaan yang diceritakan di dalam kisah rakyat Korea, kumiho ataupun Gumiho adalah sebuah makhluk menyerupai musang yang mempunyai 9 ekor. Bukan Kuruma seperti kuasa Naruto, tetapi makhluk ini telah hidup beribu ribu tahun lamanya dan jangka hayatnya ini memberikan di kuasa untuk menjelma. Dia akan menjelma menjadi seorang wanita cantik untuk mengumpan lelaki, dia kemudian akan menarik keluar roh mangsa, ada ynag percaya Kumiho akan memakan organ dalaman mangsa.

Jelmaan ini juga dipercayai di china dan juga jepun, seperti juga kisah orang minyak yang dipopularkna di kaca television, kumoho juga dipopularkan melalui filem seperti filem The fox with 9 tails, My Girlfriend is a nine tailed fox dan juga animasi Naruto.

1. Warewolf

Dari asia kita pergi ke Eropah, mungkin antara makhluk yang terkenal di dalam senarai ini iaitu warewolf, ataupun serigala jadian. Mereka ini asalnya seorang manusia yang mampu untuk berubah bentuk menjadi seekor serigala yang ganas, ada juga yang percaya golongan serigala jadian ini adalah golongan yang disumpah. Berbeza dengan makhluk2 lain di dalam senarai ini mereka hanya boleh berubah ketika bulan mengambang sahaja, mereka tidak mempunyai kuasa untuk mengawal bila mereka akan menjelma menjadi serigala.

Pada abad ke 15 sehingga abad ke 18 masyarakat di eropah serik dengan onar angkara serigala jadian ini mereka sering melakukan pemburuan yang digelar sebagai with-hunt untuk mencari dan membunuh mereka yang dipercayai sebagai serigala jadian.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Pembunuh Saiko Paling Menakutkan

5 Konspirasi Theori Paling Menakutkan di Dunia