in ,

5 Kartun Disney Denga Kisah Benar Yang Menakutkan

5. Cinderella si Pembunuh

Antara kartun Disney yang terkenal dan ikonik sehingga hari ini, Cinderella menceritakan kisah seorang gadis kaya yang menjadi miskin apabila ayahnya meninggal dunia dan semua harta dibolot oleh ibu dan kakak tirinya menjadi hamba di rumah sendri tidak sehingga dia diselamatkan oleh seorang putera raja.

Kisah sebenar Cinderella adalah lebih menakutkan dari itu, Cinderella itu sendiri diadaptasikan dari buku yang ditulis oleh Charles Perrault dan Giambattista Basile yang dicetak pada tahun 1697 tentang Cinderella yang serik dengan kekejaman ibu tirinya dan bertindak membunuh ibu tirinya dengan menghempap kotak kayu yang besar ke kepala membuatkan leher ibu tiri Cinderella patah. Di dalam kisah ini juga Ayah Cinderella tidak mati malah berkahwin dengan seorang lagi wanita yang mempunyai 7 orang anak perempuan membuatkan ayahnya hilang rasa sayang kepada Cinderella dan dia menjadi hamba di rumah sendiri. Persamaan kisah ini dengan kisah Cinderella Disney akhirnya dia diselematkan oleh seorang putera raja.

4. Sleeping Beauty Dirogol oleh Raja

Sleeping beauty adalah seorang puteri yang yang disumpah ketika masih lagi bayi untuk tidur selama lamanya apabila dia berumur 15 tahun. Tidak sehingga seorang putera datang can mencium puteri tersebut barulah sumpahan itu dibatalkan. Diceritakan di dalam kartun Disney dia tidur di atas sebuah katil yang dikelilingi oleh bunga ros di bilik yang indah.

Di dalam kisah benar yang juga ditulis oleh Giambattista Basile, semasa Sleeping beauty sedang tidur dia dirogol oleh seorang raja berkali kali menyebabkan dia mengandung anak kembar, tidak sehingga salah seorang anak kembarnya menghisap ibu jari sleeping beauty barulah dia terbangun, isteri kepada raja tersebut cuba untuk membunuh Sleeping beauty dan anak kembarnya akan dijadikan makanan untuk dihidangkan kepada raja tersebut. Sebelum dia sempat dibunuh raja tersebut menyelamatkan Sleeping beauty dan mereka hidup dengan bahagia.

3. The Little Mermaid Yang Tersiksa

The little mermaid, Ariel menceritakan kisah tentang duyung yang mempunyai badan separuh manusia dan separuh duyung. Ariel sanggup untuk menukar suaranya untuk sepasang kaki semata mata untuk bersama dengan seorang putera. Walaupun

Kisah the Little Mermaid ini diinspirasikan dari sebuah kisah rakyat iaitu Undine, yang ditulis oleh Friedrich De La Motter Fouque. Di dalam kisah ini seorang pahlawan mengahwini sebuah makhluk air yang digelar Udine, dia telah diberikan jasad manusia semata mata untuk bersama dengan pahlawan ini. Tidak beberapa lama selepas itu pahlawan tersebut jatuh cinta semua kepada bekas isterinya dan Udine mula dipinggirkan. Pakcik Udine yang tahu tentang perkara ini mahu menghancurkan seluruh kota untuk membalas dendam, udine yang tahu tentang perkara ini membunuh diri supaya pahlawan tersebut tidak dibunuh. Walaupun begitu udine yang membunuh diri bertukar menjadi semangat air semula dia diarahkan untuk kembali ke daratan menjadi seorang manusia dan membunuh suaminya.

2. Snow White Menjadi Hamba Abdi

Snow white adalah sebuah kisah rakyat german yang dipopularkan oleh Disney, pada asalnya ditulis oleh Grimm Brothers pada tahun 1812 dahulu menceritakan tentang seorang perempuan yang cantik tinggal bersama 7 orang kerdil. Snow white sering menjadi mangsa seorang ahli sihir yang taksub dengan kecantikan dan cuba meracuni Snow White kerana cemburu dengan kecantikannya. Akhirnya Snow White diselamatkan oleh seorang putera raja dan mereka hidup dengan bahagia.

Kisah benar kisah Snow White lebih menakutkan dari itu, ditulis juga oleh Giambattista Basile pada tahun 1634, ahli sihir yang cuba membunuh Snow White juga adalah seorang permaisuri, apabila Berjaya meracun Snow White, gadis tersebut tidur untuk selama lamanya, dia kemudian diletakkan di dalam keranda kaca dan dijaga oleh 7 orang kerdil tersebut. Tidak sehingga seorang putera raja yang juga anak kepada permaisuri menyelamatkan gadis tersebut dan membawa dia ke istana untuk berkahwin. Snow white terbangun, semasa hari perkahwinan, permaisuri tersebut memaksa snow white memakai kasut besi yang sangat panas dan mengarahkan dia menari sehinggalah dia meninggal dunia.

1. Pocahontas Dirogol & Dibunuh

Ini adalah kisah kartun yang menceritakan perjalanan seorang gadis orang asli amerika yang jatuh cinta dengan seorang lelaki English yang datang menjelajah ke tanah mereka suatu ketika dahulu. Pocahontas adalah anak ketua puak Powehetans, sebuah puak orang asli yang terkenal suatu ketika dahulu.

Semasa dia berumur 17 tahun dia telah diculik dan ditahan untuk dijadikan tebusan, suami Pocahontas telah dibunuh, dia telah dirogol dan mengandung beberapa kali. Namanya telah ditukar kepada Rebecca dan dipaksa untuk berkahwin kepada seorang peniaga yang bernama John Rolfe. Pada tahun 1615 Pocahontas telah dibawa ke England di mana leher dan tangganya dirantai untuk dijadikan bahan pameran mengatakan yang itu adalah hamba abdi dari Amerika yang telah dijinakkan. Dia dilayan dengan buruk ketika berada di England dan akhirnya meninggal dunia tidak beberapa lama selepas itu.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Keluarga Yang Tinggal di Rumah berhantu

5 Objek Sumpahan Yang Benar Benar Wujud