in

5 Kawasan Lautan Yang Penuh Misteri

5 Kawasan Lautan Yang Penuh Misteri

5 Kawasan Lautan Yang Penuh Dengan Misteri

5. The Sargaso Sea

Ini adalah satu kawasan yang terletak di kawasan utara lautan Atlantik. Dinamakan sempena sepsis rumpai laut yang digelar sebagai Sargassum. Sejenis rumpai laut yang lebat, tumbuh dari dasar sehingga ke permukaan. Walaupun Nampak tenang di permukaan tetapi di dasar lautan ini menyimpan 1000 misteri.

Kisahnya bermula pada tahun 1840 dahulu, bila beberapa buah kapal yang ditemui di kawasan tersebut tidak mempunyai anak kapal. Ditinggalkan terbiar, contohnya sebuah kapal yang bernama Rosalie yang berasal dari perancis ditemui kosong. Menurut cerita rakyat abad ke 19, di dasar lautan Sargosa dihuni oleh hidupan rumpai laut yang karnivor, memakan anak kapal yang melintasi kawasan tesebut.

4. The Devil Sea Of Japan

Sekadar Gambar Hiasan

Dikenali sebagai Bermuda Triangle yang terletak di Pasifik. Kawasan lautan ini terletak berdekatan dengan pulau Miyake Jepun, 60 batu dari Tokyo. Digelar oleh penduduk tempatan sebagai Pulau Naga kerana mereka percaya suatu ketika dahulu pulau tersebut dihuni oleh naga. Misteri asal dilaporkan oleh seorang penulis buku yang menetap di jepun, Charles Berlitz, di dalam bukunya dia mengatakan semasa perang dunia kedua dahulu seramai 700 orang tentera laut jepun hilang apabila melalui kawasan tersebut, sehinggakan kawasan tersebut diistiharkan sebagai tempat merbahaya ataupun Danger Zone.

Begitu juga dengan nelayan nelayan yang melalui kawasan tersebut, mereka juga hilang tanpa jejak. Ada juga yang percaya disebabkan keadaan angin kencang dan laut bergelora di situ menyebabkan mereka tersesat dan hilang arah. Dan ia digelar antara kawasan lautan paling misteri sehingga hari ini.

3. The Michigan Triangle

Sebuah lagi kawasan yang menyebabkan kehilangan anak kapal bukan sahaja kapal laut, malah juga anak kapal, kapal terbang. Pada tahun 1973, kehilangan kepten George Donner adalah antara misteri terkenal melibatkan kawasan ini. Bila dia dan anak kapalnya di dalam perjalanan menghantar arang. Dia mengerahkan mereka untuk mengejutkan dia dari tidur apabila mereka telah sampai.

Tetapi apabila dikejutkan, George tidak ditemui dan hilang secara misteri, ramai yang keliru kerana adalah mustahil kepten George keluar dari pintu bilik, kerana pintu bilik dikunci dari dalam dan biliknya tidak mempunyai tingkap ataupun ruang untuk keluar. Pada tahun 1950 pula, pesawat Northwest Airlines Flight 2501 hilang apabila melintasi kawasan Michingan Triangle dengan 58 orang penumpang. Ia seperti hilang seperti debu di udara, sehingga hari ini keberadaan mereka tidak dapat dikenalpasti.

2. Air Terjun dalam Lautan

Terletak diantara kawasan lautan Greenland dan Iceland. Sebuah kawasan yang menakjubkan dan mengagumkan bila ini adalah kawasan air terjun, yang berada di dalam lautan. Namun begitu fenomena ini masih lagi menjadi misteri buat kebanyakan orang apatah lagi misteri yang terdapat di bawah dasar lautan tersebut.

Untuk kapal laut berada di sekeliling kawasan tersebut adalah sangat merbahaya kerana ia akan menarik mereka untuk masuk ke dalam lautan. Dengan kealaman mencecah sehingga 3 ribu meter. Ini dianggap sebagai antara kawasan lautan paling misteri di dunia.

1. Bermuda Triangle

Sekadar Gambar Hiasan

Sebuah kawasan lautan yang tidak asing lagi dikalangan Goers, telah banyak fakta misteri dan menarik yang telah dikongsikan di sini. Bermuda Triangle adalah sebuah kawasan yang terletak diantara pulau Bermuda, Florida dan Puerto Rico. Banyak kehilangan yang telah dilaporkan di kawasan ini khususnya semasa perang dunia kedua dahulu. Antara kehilangan popular adalah kehilangan Flight 19, mereka hilang tanpa jejak, dan apa yang lebih pelik dan menakutkan, pasukan mencari dan meyelamat ditugaskan mencari mereka pun hilang.

Sejak dari hari itu banyak lagi kehilangan yang dilaporkan, seperti SS Marine Sulphur Queen, USS Cyclops dan sebagainya. Di episode yang lalu saya ada jelaskan tentang misteri segitiga Bermuda. Pastikan anda tonton saya tinggalkan link di description di bawah.

Terima kasih kerana membaca / menonton jika anda mahu lebih banyak update dari kami pastikan anda follow kami di sosial media dan muat turun applikasi, ikut pautan di bawah.

Youtube Kupi Kupi GO – http://bit.ly/KupiKGYTB

Instagram – http://bit.ly/KKG0IGM

Facebook – http://bit.ly/KupiKGFB

Twitter – http://bit.ly/KKGTWTR

 

Applikasi –

Appstore – https://apple.co/2Nq8pJX

Google Play – http://bit.ly/2y4Rrfo

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

5 Fakta SST 2.0

5 Misteri Internet Yang Masih Misteri Sehingga Hari ini