in

5 Keluarga Yang Tinggal di Rumah berhantu

5. Keluarga Smurl

Ini adalah kisah tentang keluarga Smurl, janet dan jack smurl serta anak2 mereka yang tinggal di sebuah rumah yang terletak di Chase Street West Pitsoon, Pennyslyvania. Pada asalnya sebuah rumah yang usang memerlukan banyak pembaikan, tetapi itu bukan masalah utama mereka ketika tinggal di sini. Selama 13 tahun seluruh ahli keluarga diganggu oleh roh yang masih berada di dalam kawasan rumah. Janet smurl mengatakan yang dia pernah berkali kali dicabul berkali kali ketika tidur, jack pula sering dinganggu ketika berada di ruang tamu.

Gangguan2 halus ini tidak berhenti di situ, mereka juga melihat barangan rumah mereka bergerak dengan sendiri sehinggakan ada satu ketika anjing peliharaan dilontarkan ke dinding oleh sesuatu. Ahli penyiasat paranormal terkenal pada waktu itu ed dan Lorraine warren dipanggil untuk membantu mereka, menurut dua pakar paranormal ini di rumah tersebut terdapat 4 roh iaitu seorang perempuan tua yang tidak menganggu, seorang roh kanak kanak yang ganas, seorang lelaki yang meninggal di rumah tersebut suatu ketika dahulu dan yang paling menakutkan diantara 4 ini adalah seekor iblis yang mengawal 3 lagi roh yang lain. Tidak tahan dengan gangguan yang dialami, keluarga smurl telah berpindah dari situ pada thaun 1987.

4. Keluarga Hodgson

Popular digelar sebagai The Enfield Haunting, Ini adalah kisah tentang seorang ibu yang bernama Peggy Hodgson dan dua anak perempuannya bernama Margeret dan Janet, mereka tinggal di jalan 248, Green Street Enfield, England. Sebuah kisah yang menjadi tular pada waktu 1977 sehingga tahun 1979. Keluarga ini diganggu oleh roh jahat yang berada di dalam rumah tinggal bersama sama dengan mereka.

Janet sering dirasuk oleh roh jahat, dimana suara dia akan berubah seperti suara seorang lelaki tua yang dipercayai roh lelaki yang tinggal dan meninggal di rumah tersebut yang digelar sebagai Bill Wilkins.  Mereka juga sering melihat kerusi meja diterbalikkan dengan tiba tiba selain bunyi bunyi gangguan yang lain. Seorang jurugambar iaitu Graham Morris, telah dipanggil untuk menggambar situasi di dalam rumah mereka, ini adalah gambar ikonik kisah gangguan keluarga ini menunjukkanjanet yang tarapung di udara sambil margeret ketakutan melihat kejadian tersebut.

3. Keluarga Snedeker

Bayangkan tinggal di sebuah rumah yang mempunyai sejarah silam yang menakutkan, ini adalah kisah tentang keluarga snedekar yang popular diceritakan melalui filem The Haunting in Connecticut. Pada tahun 1986 dahulu keluarga Allen dan Carmen Snedeker serta tiga anak orang mereka berpindah masuk ke sebuah rumah yang terletak di Meriden Avanue, Southington. Apabila mereka memeriksa seluruh rumah salah seorang anak mereka menemui peralatan yang digunakan untuk mengendalikan mayat seperti kain dan kotak keranda. Apa yang mereka sangka rumah biasa rupanya bekas bangunan untuk mengendalikan mayat untuk dikuburkan, selain itu juga puluhan mayat pernah disimpan di sini.

Tidak beberapa lama selepas itu mereka diganggu oleh roh jahat di seluruh rumah, Allen dan Carmen mengaku diganggu secara seksual oleh roh tersebut ketika mereka sedang tidur. Penyiasat ed dan Lorraine warren dipanggil dan mereka mendapati terdapat banyak roh jahat berkeliaran di dalam rumah tinggal bersama dengan mereka. Keluarga snedekar berpindah keluar sejurus selepas itu.

2. Rumah Keluarga McPike

Menjadi rumah lagenda yang terkenal dengan kisah menakutkan, ini adalah sebuah rumah yang terletak di Madison Country, Illinois. Rumah agam yang besar ini mempunyai 16 bilik tidur, pada asalnya dibina pada tahun 1900 dahulu oleh seorang usahawan Henry McPike. Rumah ini kemudian dijual kepada Paul Laichinger pada tahun 1945. Paul menjadikan rumah ini sebagai rumah sewa, namun begitu sesiapa yang tinggal di sana sering dinggangu oleh bunyi dan suara kanak kanak yang menangis dan ketawa. Apa yang pelik, pada waktu itu tiada kanak kanak yang tinggal di sana.

Selepas Paul Lachinger meninggal dunia rumah tersebut kosong dan berusang, namun begitu menurut penduduk tempatan mereka sering melihat baying baying manusia yang menjenguk keluar dari tingkap rumah. Bunyi bunyi seperti pintu dibuka dan ditutup juga sering kedengaran dari dalam rumah, namun apabila diperiksa tiada sesiapa yang berada di situ.

1. Rumah Misteri Winchester

Rumah yang terletak di 525 South Winchester Bouleverd di San Jose ini menyimpan pelbagai misteri, apa tidaknya bentuk rupa luar dan dalam juga Nampak misteri. Mula dibina pada thaun 1884 oleh William wirt Winchester, apabila William meninggal dia mewariskan rumah ini kepada isterinya Sarah Winchester. Tragis bila Sarah tinggal berseorangan di rumah yang besar selepas kehilangan suaminya, dia juga pernah kehilangan anak perempuannya ketika hanya berumur 6 minggu. Tertekan dengan keadaan ini, Sarah meminta bantuan ahli paranormal untuk membantu nasib malangnya.

Ahli paranormal tersebut kemudian memberitahu sarah yang hidupnya disumpah, dan untuk membuang sumpahan ini dia harus membina rumah untuk roh yang mengelilingi kehidupannya. Disebabkan percaya dengan kata kata ahli2 paranomal ini, Sarah kemudian membuat pengubahsuaian membesarkan seluruh rumah, dengan itu kawasan dalam rumah Winchester ini penuh dengan selok belok, bilik dan tingkap yang tidak mempunyai hala tuju. Sehingga hari ini rumah tersebut mempunyai 160 bilik, laluan rahsia, tangga, dan juga pintu perangkap samar. Kisah rumah Winchester ini menarik perhatian ahli paranormal di seluruh dunia untuk membuat siasatan.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Orang Yang Tidur Dengan Mayat

5 Kartun Disney Denga Kisah Benar Yang Menakutkan