in ,

5 Kes Kehilangan Kanak Kanak Yang Mengejutkan di Malaysia


5. Ting Song Seng

Ini adalah kisah kehilangan seorang kanak kanak yang menggegarkan Malaysia pada tahun 1996, Ting Song Seng yang pada waktu itu berumur 10 tahun dilaporkan hilang semaas menunggu bas di sekolah rendah jenis kebangsaan cina taman rasah klang. Tiada petunjuk untuk mencari keberadaan ting.

Ibu bapanya tidak putus putus di dalam usaha mencari anak mereka termasuklah menyebarkan 50 puluh ribu risalah dan poster. Gerakan besar besaran pihak polis juga diadakan usaha mencari sehingga ke Negara Thailand. Namun begitu Ting tidak dapat ditemui sehingga hari ini, yang kini berumur 31 tahun.

4. Noor Amila Edrus Norsham

Noor Amila Edrus Norsham yang berumur 5 tahun menjadi mangsa dendam suami kepada kakak tirinya hanya akibat hutang. Noor Amila yang pantang mendengar azan di masjid dia akan segera bersiap untuk menunaikan solat secara berjemaah. Namun begitu selepas keluar solat maghrib si sebuah surau yang terletak hanya 20 meter dari rumah ibu tirinya di jinjang dia disahkan hilang.

Seminggu selepas itu kira2 pukul 1230 hari mayat nor amila ditemui berdekatan semak di kampung kemensah hulu kelang. Menyanyat hati bila kepalanya hampir terpisah dari badan dan kaki serta tangganya diikat sebelum dibuang dari tebing yang tinggi. Suspek telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

3. Nurul Nadirah Abdullah

Hanya disebabkan oleh dendam peribadi terhadap keluarga, kanak kanak kecil yang menjadi mangsa. Bukti perbuatan dayus dan tidak berhati perut. Nurul nadirah disahkan hilang pada tahun 2012 selepas keluar dari rumah untuk pergi membeli mee segera di kedai runcit yang terletak di bawah rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam.

Apa yang menyanyat hati, Seminggu selepas kehilangannya mayat nurul dijumpai di dalam lubang tapak perumahan terbengkalai di Damai, Masai. Dan ia disahkan sebagai nurul. Suspek yang Berjaya ditahan dikatakan mencekik nurul sebelum memasukkan mayat mangsa ke dalam lubang dan membakarnya, hanya kerana berdendam dengan neneknya kerana terasa dihina dan dipandang rendah. Suspek telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada tahun 2013.

2. Sharlinie Mohd Nashar

Ini adalah sebuah kes yang berlaku pada tahun 2008 bila Sharlinie yang berumur 5 tahun hilang berdekatan dengan Taman Medan, Putera Jaya. Dia telah diculik ketika bermain di taman permainan yang berdekatan bersama kakaknya kira kira 200 meter dari rumah mereka. Tiada siapa yang tahu keberadaan sharlinie, tiada petunjuk yang boleh digunakan untuk menjejaki kanak kanak tersebut.

Apa yang menyanyat hati, kedua ibu bapa sharlinie Mohd Nashar Hussin dan Suraya Ahmad masih berharap yang anak mereka masih hidup sehingga hari ini, dan akan menemui sharini di satu hari nanti.

1. Nurin Jazlin Jazimin

Ini adalah kehilangan yang mengejutkan seluruh Malaysia berlaku pada tahun 2007 dahulu bila Nurin Jazlin Jazimin yang berumur 8 tahun disahkan hilang apabila pergi ke sebuah pasar malam berdekatan dengan rumahnya di seksyen 1, wangsa maju. Ramai yang cuba membantu mengesan keberadaan Nurin terasuklah media, orang ramai dan juga NGO.

Apa yang menakutkan, misteri kehilangan nurin terjawab bila mayatnya dijumpai di dalam sebuah beg sukan yang diletakkan di sebuah kedai di jalan PJS 1, Taman Petaling Jaya Utama oleh seorang lelaki. Walaupun terdapat rakaman CCTV tentang kejadian itu namun begitu lelaki tersebut masih tidak dapat dikenalpasti. Kisah ini sebenarnya ngeri untuk saya ceritakan secara terperinci, cukuplah sekadar maklumat untuk dijadikan pengajaran.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Housemate aku Hantu?

5 Filem Yang Diinspirasikan dari Kisah benar [Bah 2]