in ,

5 Kes Misteri Kehilangan Beramai Ramai

5 Kes Misteri Kehilangan Beramai Ramai

5. Hoer Verde, Brazil

Dianggap sebagai kes kehilangan besar besaran di Brazil. Hoer verde adalah sebuah penempatan yang menempatkan 600 orang, tidak sehingga pada tahun 1923 bila kawasan tersebut ditinggalkan kosong, siasatan susulan yang dilakukan tidak dapat menemui seorang pun daripada mereka apatah lagi punca kehilangan mereka.

Apa yang pelik dan menakutkan, di dalam bangunan sekolah mereka menemui sepucuk pistol dan tertulis aya No Salvation di papan hitam. No salvation yang bermaksud “Tidak selamat” menimbulkan spekulasi yang penduduk di kawasan tersebut meninggalkan Hoer Verde disebabkan kawasan tersebut tidak selamat untuk diduduki. Ada yang percaya kehilangan penduduk kawasan tersebut adalah sebuah konspirasi yang cuba disembunyikan oleh kerajaan, namun apa yang terjadi kekal misteri sehingga hari ini.

4. Khuldara, India

Ini adalah sebuah kota yang terletak di India, lebih dari 200 keluarga tinggal di kota ini dan pada abad ke 13 dahulu kawsan kota ini dikenali sebagai antara kota paling maju dan pada di kawasan tersebut. Namun begitu pada bad ke 19 penduduk kota hilang secara misteri. Banyak spekulasi tentang kehilangan di kampung ini dari gempa bumi yang berlaku sehinggalah empangan air yang kering akibat kemarau memaksa mereka meninggalkan kota tersebut dengan serta merta.

Walaupun punca kehilangan mereka tidak dapat diketahui, penduduk sekliling sering melaporkan di kawasan tersebut masih lagi terdapat susuk tubuh bekas penduduk yang mundar mandir tetapi apabila disemak tiada sesiapa yang berada di situ. Mereka percaya itu adalah roh penduduk yang meninggal di situ suatu ketika dahulu.

3. USS Cyclops

Ini adalah kehilangan yang berlaku pada tahun 1918 melibatkan sebuah kapal laut yang digelar sebagai USS Cyclops. Kapal laut ini sering berlayar di kawasan eropah semasa perang dunia pertama dahulu, namun begitu apabila dia melintasi kawasn segitiga Bermuda kapal tersebut bersama 300 orang anak kepal hilang secara misteri.

Tiada panggilan kecemasan yang datang dari kapl tersebut, pasukan mencari dan menyelamat yang dihantarkan pun tidak menemui USS Cyclops, ini adalah antara kehilangan paling popular yang menjadikan Bermuda Triangle popular. Sebuah lagi kehilangan besar besar juga dilaporkan di sini…

 2. Flight 19

Ini adalah antara kisah kehilangan beramai ramai yang paling popular pernah dilaporkan, berlaku pada 5 desember 1945 melibatkan 14 anak kapal yang digelar flight 19. Mereka menjalankan rutin harian di kawasan Bermuda triangle iaitu satu kawasan yang terletak diantara pulau Bermuda, florida dan juga Puerto rico. Sebelum hilang mereka sempat menghantarkan pesanan kepada menara kawalan mamaklumkan yang mereka akan melakukan penderatan kecemasan. Pelik bila kumpulan flight 19 boleh tersesat kerana mereka diketuai dan dianggotai oleh juruterbang yang berpengalaman.

Apa yang lebih pelik dan menakutkan bila 13 lagi anak kapal diarahkan untuk mencari mereka pun hilang tanpa jejak. Ini adalah insiden pertama yang menjadikan kawasan segitiga Bermuda terkenal dengan misteri, pelbagai spekulasi tentang kawasan ini timbul seperti kawasan perkampungan dajal, kawasan makhluk asing, portal ke dunia lain dan sebagainya.

Malah sebelum ini kami ada memuatnaik episode misteri segitiga Bermuda, kepada sesiapa yang berminat untuk menonton saya akan tinggalkan link di description di bawah.

1. MH 370

Sebuah peristiwa yang dekat dengan kita, ini adalah kisah kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH 370 yang berlepas dari Kuala Lumpur membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal. Hilang pada 8 mac 2014. Kali terakhir MH 370 berada di kawasan selatan lautan india. Mengejutkan dunia bila mereka hilang secara misteri dan tidak dapat dijejaki. Ada yang percaya kapal tersebut terhempas ke lautan ada juga yang percaya berlaku rampasan kapal terbang oleh pengganas dan pelbagai lagi spekulasi yang lain.

Misi mencari secara besar besaran dilakukan dan pada tahun 2015, kumpulan mencari mengesahkan yang mereka menemui rangka sayap kapal MH 370, dan sejak dari hari itu terdapat 5 lagi rangka kapal yang ditemui memberikan gambaran yang MH 370 mungkin terhempas ke laut. Namun begitu apa sebenarnya yang terjadi kepada penumpang yang hilang itu tidak dapat dikenalpasti sehingga hari ini.

Fakta Bonus

Mary Celeste

Ini adalah kisah yang berlaku pada tahun 1872 melibatkan sbeuah kapal layar digelar Mary Celeste, pelik bila kapal ini ditemui tanpa anak kapal berada di dalam. Pada asalnya , mereka menyangka yang anak kapal semua dibunuh oleh lanun tetapi tiada satupun kesan pergolakan yang berlaku di atas kapal dan tiada satu pun mayat ditemui. Tambahanan lagi bekalan dan juga barang barang yang dibawa masih berada di dalam kapal.

Terima kasih kerana membaca / menonton jika anda mahu lebih banyak update dari kami pastikan anda follow kami di sosial media dan muat turun applikasi, ikut pautan di bawah.

Youtube Kupi Kupi GO – http://bit.ly/KupiKGYTB

Instagram – http://bit.ly/KKG0IGM

Facebook – http://bit.ly/KupiKGFB

Twitter – http://bit.ly/KKGTWTR

 

Applikasi –

Appstore – https://apple.co/2Nq8pJX

Google Play – http://bit.ly/2y4Rrfo

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

5 Misteri Internet Yang Masih Misteri Sehingga Hari ini

5 Tempat Usang Dengan Kisah Yang Pelik