in ,

5 Kisah Keluarga Dengan Rahsia yang Menakutkan

5. Keluarga Staudte

Malang bagi keluarga pasangan anak beranak Diane Staude dan Rachel Staude bila seorang demi seorang ahli keluarga mereka meninggal dunia. Bemula dari suami Diane, Mark Staude yang meninggal pada tahun 2012 dahulu, 5 bulan selepas itu anak lelakinya Shaun Staude yang mempunyai autism meninggal, tidak beberapa lama selepas itu seorang lagi anak perempuan Diane iaitu Sarah kritikal dan dikejarkan ke hospital disebabkan cedera organ dalaman dan otak. Siatan dilakukan dan pihak polis mendapat maklumat yang Diane dan juga Rachel sebenarnya cuba untuk membunuh sarah dan di sinilah rahsia keluarga ini terbongkar.

Siasatan mendapati yang diane dan Rachel membunuh ahli keluarga mereka dengan menggunakan racun Antifreeze, siasatan mendapati alasan mereka membunuh disebabkan mangsa2 menyusahkan, anak yang pemalas dan mereka serik untuk tingal bersama sama. Rachel yang menjadi anak kegemaran diane bersubahat dengan ibunya untuk mendapatkan perhatian. Diane yang disangka seorang ibu yang penyayang rupanya pembunuh ahli keluarganya sendiri. Dua beranak ini telah ditahan dan dipenjarakan.

4. Keluarga Howell

Ini adalah kisah melibatkan seorang lelaki dari British yang dikenali sebagai Collin Howell, pada tahun 1980 dahulu perkahwinannya gagal kerana isterinya meninggal dunia. Beberapa tahun selepas itu Collin berkahwin lagi dengan seorang wanita bernama Kyle Jorgensen mereka mempunyai anak bersama. Tidak beberapa lama selepas berkahwin, Collin memberitahu satu rahsia yang dipendam selama ini kepada Kyle. Bekas isteri Collin tidak meninggal secara semula jadi tetapi dia telah membunuh isterinya sendiri kerana ingin bersama dengan wanita simpanannya. Bukan itu sahaja disebabkan rasa bersalah Collin mahu menyerah diri kepada pihak polis.

Kyle meyakinkan Collin untuk merahsiahkan kejadian tersebut kerana mereka mempunyai seorang anak bersama. 10 tahun selepas itu disebabkan tidak dahan dengan rasa bersalah, Collin menyerah diri kepada pihak polis, dia telah diberikan hukuman penjara 21 tahun.

3. Keluarga Uden

Ini adalah kisah suami isteri yang Nampak normal, tetapi sebenarnya kedua dua mereka menyimpan rahsia yang menakutkan. Gerald dan Alice Uden masing masing pernah berkahwin sebelum ini. Pasangan ini dilihat seperti pasangan yang biasa dimana mereka sering berkunjung ke gereja dan peramah. Tidak sehingga rahsia kedua dua mereka terbongkar.

30 tahun lalu, gerrald membunuh bekas isterinya, serta dua anak lelaki Richard yang berumur 12 tahun dan Reagan yang berumur 10 tahun, memasukkan ke dalam tong drum dan membuang mayat mereka ke sungai. Apabila disiasat Gerrald mengatakan yang kalau dia perlu membunuh isteirnya dia perlu membunuh dua orang anak mereka. Gerrald telah diberikan hukuman penjara seumur hidup dan  Alice pula membunuh bekas suaminya dan membuang mayat ke dalam lombong arang.

2. Keluarga Tetzlaff –

Ini adalah kisah tentang seorang pegawai tentera yang dilihat sebagai seorang pejuang Negara Argentina, tetapi sebenarnya menyembunyikan rahsia yang menggerunkan. Semasa perang saudara di Argentina 1976 dahulu, Liutenant Herman Teztlaff bertanggungjawab di dalam menculik ratusan bayi dari keluarga yang menentang dictatorship Argentina dan memberikan bayi tersebut kepada orang lain.

Keluarga bayi yang diculik itu kemudian diseksa dan dibunuh dengan kejam. Bukan itu sahaja, anak perempuannya sendiri pun sebenarnya diculik dari sebuah keluarga suatu ketika dahulu, dia telah membunuh keluarga bayi tersebut dan menjaga bayi itu sebagai anaknya sendiri.

1. Keluarga Aguilar

Veronica Aguilar adalah seorang wanita yang sudah berkahwin, mempunyai seorang anak dan tinggal di sebuah rumah di Los Angelas. Veronica mempunyai seorang anak lelaki dikenali sebagai Yonathan yang mempunyai autism dan selama ini dia mengurung anaknya di dalam sebuah almari di rumah mereka, tidak dibenarkan keluar dari almari dan diberikan ubat hampir pada setiap masa membuatkan badan Yonathan lemah. Bila ahli keluarga yang lain bertanya Veronica akan memberitahu mereka yang Yonathan telah dihantar ke pusat penjagaan kanak kanak autism.

Pada hakikatnya, Veronica mengurung Yonathan tanpa memberikan makan yang secukupnya sehinggalah Yonathan meninggal dunia. Bila ayah tiri Yonathan tahu perkara sebenar Veronica telah ditahan oleh pihak berkuasa.

Fakta Bonus

Keluarga Phillips

Pada tahun 1979, bekas pelakon kanak kanak Mackenzie Phillips, 19 tahun sedang bersiap untuk melaksanakan perkahwinan. Tidak sehingga ayahnya sendiri datang dan menghenteikan perkahwinan tersebut kerana tidak rela melepaskan Mckenzie. Dua beranak ini adalah penagih dadah, dan yang menjijikkan ayah Mckenzie, John Phillips sering melakukan sumbang Mahram dengan Mckenzie.

Kisah ini hanya terbongkar selepas John Phillips meninggal dunia apabila mckenzie sendiri yang mengaku sifat jijik ayahnya sendiri. Dan hari ini menjadi aktivis untuk mencegah aktiviti sumbang mahram.

https://www.google.com/search?q=herman+tetzlaff+kidnapping&tbm=isch&tbs=rimg:CXGXX2jFXi1AIjhcPuOSonn1ZVzfST-b61QPwMPKa06glLqRTzmI25PDdO9xkAgsDwltAPNZn2lCrR0qh-ImJ2m6PyoSCVw-45KiefVlEYhnZoHHqVwFKhIJXN9JP5vrVA8Re8VXf3-LFB0qEgnAw8prTqCUuhHtJONfbWKSOSoSCZFPOYjbk8N0EWy2Lyh06X7IKhIJ73GQCCwPCW0RPbn9yv-9t9YqEgkA81mfaUKtHRE3DHOfhJ90_1ioSCSqH4iYnabo_1EYZdIA-sJ-i3&tbo=u&sa=X&ved=2ahUKEwidk5WPy_jeAhXIxLwKHdFbCYQQ9C96BAgBEBs&biw=1440&bih=798&dpr=1

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Written by admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 Kisah Lagenda Kampung Yang Disumpah

5 Fakta Misteri Konspirasi HAARP