in

5 Lukisan Dengan Kisah Yang Menakutkan

5. Untitled

Ini adalah lukisan yang dilukis oleh seorang artis yang terlalu obses dengan kematian, malah hampir kesemua hasil lukisannya bertemakan kematian dan pelbagai visual menakutkan dan menyeramkan bertemakan kematian. Lagenda mengatakan sesiapa yang melihat lukisan dari Zdzislaw Beksinski ini mereka akan meninggal dunia.

Zdzislaw tinggal di poland pada tahun 1960 bersama isteri dan seorang anak lelaki, malang apabila isterinya meninggal dunia akibat kanser pada tahun 1998, setahun selepas itu anaknya pula membunuh diri, dan zdzislaw sendiri dibunuh akibat ditikam oleh anak orang gajinya. Sejak dari itu sumpahan ini bermula. Lukisan yang anda sedang lihat ini adalah antara lukisan paling menakutkan dan menyeramkan dengan tengkorak manusia yang berpusu pusu merempuh sebuah dinding batu bata dikatakan sebagai simbolik keobsesan Zdzislaw dengan kematian.

4. The Dead Mother

Ini adalah lukisan yang dilukis oleh Edvard Munch, seorang yang terkenal dengan lukisan Scream. Di lukisan ini menunjukkan seorang kanak kanak perempuan yang dalam keadaan sedih disamping mayat ibunya yang meninggal akibat Tubercolusis. Apa yang menakutkan ada yang mengaku melihat lukisan mayat wanita tersebut bertukar posisi.

Ada yang pernah melaporkan yang mata mayat wanita tersebut terbuka dan tertutup semula, ada juga mengaku pernah melihat mayat wanita tersebut melihat ke arah mereka. Begitu juga dengan kanak kanak tersebut yang ada ketika ia hilang dari lukisan pada waktu malam dan muncul semula pada waktu pagi.

3. Man Proposes, God Disposes

Dilukis oleh Edwin Landseer pada tahun 1864, lukisan menunjukkan keadaan sebuah kapal ekspedisi penjelajahan ke kutub utara terdampar, dan semua anak kapal diserang dan dimakan oleh sekumpulan beruang kutub.

Pada asalnya diletakkan di ruang peperiksaan di University of London, pelik bila ada kisah pelajar membunuh diri sebelum meninggal nota bertulis β€œberuang tersebut yang menyuruh saya membunuh diri”. Pelik bila para pelajar yang lain juga melaporkan yang lukisan tersebut membuatkan mereka sukar untuk belajar dan gagal peperiksaan, ada yang dilaporkan hilang akal selepas melihat lukisan tersebut. Pihak universiti kemudian telah menututup lukisan menakutkan ini supaya tiada lagi pelajar boleh melihat lukisan tersebut semasa menjawab peperiksaan.

2. The Anguished Man

Lukisan ini pada asalnya dimiliki oleh Sean Robinson yang diwarisi dari neneknya. Menurut lagenda yang diceritakan Sean, pelukis asal lukisan ini menggunakan darahnya sendiri untuk melukis dan membunuh diri sejurus selepas menyiapkan lukisan tersebut. Pada asalanya lukisan ini diletakkan di bilik bawah tanah tetapi ia dipindahkan ke loteng disebabkan banjir.

Sejak ia berada di loteng ahli keluarga sering mendengar bunyi tangisan dari atas loteng, selain bunyi cakaran di dinding, ada beberapa ketika mereka terlihat bayang bayang manusia mundar mandir di seluruh rumah, ada satu malam ketika sean bersiap untuk tidur dan naik ke katil dia terlihat bayangan yang sedang tidur dan menyangka itu isterinya, tetapi bila diteliti itu adalah susuk tubuh manusia yang sama dengan lukisan tersebut. Sean telah meletakkan lukisan tersebut di bawah tanah rumah semula.

  1. Love Letter

Asal usul lukisan ini sangat misteri, pelukis asal lukisan yang dikenali sebagai Love Letter ini tidak diketahui sehingga hari ini, nampak manis dan comel, tetapi lukisan kanak kanak peremuan memegang surat dan bunga ini mempunyai kisah seram yang sendiri. Pada asalnya dijadikan hiasan di hotel yang digelar Driskill di Austin, Texas. Kononnya itu adalah lukisan seorang anak perempuan seorang senator amerika Amanda Houston yang meninggal akibat terjatuh dari tangga.

Ada yang menceritakan jatuh sakit apabila melihat lukisan ini terlalu lama, ada yang mengakut melihat posisi kanak kanak tersebut berubah, tidak lupa juga raut wajah kanak kanak tersebut yang berubah menjadi menyeramkan.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Apa yang anda perlu tahu, serangan Masjid New Zealand – Identiti dan Motif Penyerang

5 Saintis Gila Yang Buat Kerja Gila