in

5 Manusia Gergasi

  • Fyodor Makhnov

Dilahirkan pada tahun 1878, Fyodor berasal dari Belarus iaitu sebuah kawasan yang terletak di timur eropah. Disebabkan dia mempunyai tubuh badan yang tinggi dan besar dia terpaksa memakai baju dan kasut yang ditempah khas, semasa dewasa dia mempunyai ketinggian 250 centimeter. Disebabkan oleh tubuh badannya yang besar dan ganjil jika dibandingkan dengan orang lain, dia telah menyertai sarkas dan menjadikan itu sebagai kareernya.

Kondisi tubuh fyodor yang unik ini menyebabkan saintis sering memaksa dia untuk memberikan mayatnya apabila dia mati suatu hari nanti kepada mereka supaya penyelidikan dapat dijalankan. Tetapi Fyodor menolak kerana dia risau kalau dia akan menjadi mangsa bunuh. Dia telah mengahwini seorang wanita yang juga lebih tinggi dari wanita lain, dengan ketinggian 150 centimeter. Dia telah meninggal dunia pada tahun 1912 semasa berumur 34 tahun.

  • Chang Yu Sing – Manusia Gergasi Asia

Ini adalah seorang lelaki yang berasal dari china, dengan ketinggian 236 centimeter Chang Yu Sing dilahirkan pada tahun 1840, dia adalah salah seorang daripada ahli di istana diraja china. Dia telah dihantar ke england sebagai deligasi china ke negara tersebut, satu kunjungan dua minggu bertukar menjadi dua thaun buat chang, bila dia berada di england orang ramai sanggup untuk membayar wang semata mata untuk berjumpa dengan lelaki tertinggi dari china.

Pada tahun 1881, Chang kemudian menyertai sarkas Pt Barnum, dan menyertai rombongan sarkas di seluruh eropah. Dia telah meninggal dunia pada tahun 1893 semasa berumur 41 tahun, pelik bila semasa dia meninggal dunia Chang meninggalkan wasiat supaya hanya 50 orang sahaja rakan dan ahli keluarga yang boleh melihat mayatnya.

  • Anna Haining Bates – Pasangan Gergasi

Anna Haining Baites, satu satunya wanita di dalam senarai ini. Dilahirkan di Mill Brook, Nova Scotia pada tahun 1846, dia membesar seperti juga kanak kanak perempuan yang lain, tidak sehingga dia menjadi dewasa ketinggian anna adalah 229 centimeter. Seperti juga Fyodor dan Chang Anna juga menyertai sarkas untuk menyara kehidupannya.

Pada tahun 1871, anna bertemu dengan seorang lagi lelaki gergasi dengan ketinggian 221 centimeter iaitu Martin Van Buren Bates. Mereka berkahwin dan menyertai sarkas bersama sama. Kalau Fyodor memerlukan baju dan kasut khas, pasangan ini pula mempunyai struktur rumah yang dibina khas untuk mereka berdua, ini termasuk perabot di dalam rumah yang lebih besar dari perabot yang biasa.Pasangan tersebut mempunyai dua orang anak, namun begitu semasa melahirkan anak kedua Anaa meninggal dunia pada tahun 1888 semasa berumur 42 tahun.

  • Angus MacAskill – Pemegang Rekod Dunia

Satu satunya manusia gergasi yang diiktiraf oleh Guiness World Records, diberikan gelaran rekod dunia “True Giant”, ataupun Gergasi Sebenar. Dengan ketinggian 236 centimeter, tubuh badan yang tinggi dan dada yang bidang menjadikan dia nampal lebih besar daripada manusia manusia gergasi yang lain. Apa yang ironi semasa dilahirkan tubuh badan angus sangat kecil jika dibandingkan dengan bayi yang lain sehinggakan doktor menjangkakan yang dia tidak akan hidup. Tidak sheingga menjadi tubuh badannya membesar dengan mendadak.

Angus telah menyertai sarkas pada tahun 1849, menjelajah ke seluruh cuba, eropah dan amerika utara. Dia telah meninggal pada tahun 1863, pada waktu itu berumur 38 tahun akibat daripada penyakit otak.

  • Bernard Coyne

Ini adalah seorang lelaki gergasi yang berasal dari Iowa, Amerika Syarikat. Dilahirkan pada thaun 1897, mempunyai ketinggian 264 centimeter. Dia pernah memohon untuk menjadi tentera semasa perang dunia pertama, tetapi ditolak disebabkan dai terlalu tinggi. Berbeza dengan manusia gergasi di dalam senarai ini, bernad menghidapi sebuah sindrom tumbusaran yang pelik digelar sebagai eunuchoidal-infantile gigantisim. Semasa dia kanak kanak ibu bapa bernard pernah menjadikan dia bahan pameran untuk mendapatkan wang.

Namun begitu apabila dewasa bernard tidak mahu menjadi bahan pameran dan memutuskan untuk hidup tenang tanpa sebarang perhatian. Dia telah meninggal pada tahun 1921 semasa berumur 32 tahun.

Fakta Bonus

Tulang Temulang Manusia Gergasi

Mungkin ada diantara anda yang pernah melihat gambar ini, kononnya penemuan mengejutkan tulang temulang manusia gergasi ditemui di pelbagai tempat termasuk di Mesir, India, Brazil dan pelbagai lagi negera lain yang kononnya membuktikan wujudkan manusia manusia gergasi lebih besar daripada manusia2 di dalam senarai ini. Kalau anda percaya dengan gambar ini bermaksud anda telah tertipu.

Ini bukanlah tulang temulang manusia gergasi tetapi gambar yang dieedit menggunakan software dan dimuatnaik di komuniti online ada juga yang direka sebagai props rekaan untuk pertandingan fotography, apa yang pasti sehingga hari ini tiada sumber rasmi mengesahkan gambar gambar ini milik manusia gergasi yang ada hanya khabar angin sahaha.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10 INDIVIDU MENIPU DICULIK

5 Eksperiment Pelik Yang Pasti Manghairankan Anda