in

5 Misteri Internet Yang Masih Misteri Sehingga Hari ini

5 Misteri Internet Yang Masih Misteri Sehingga Hari ini

5. Pencipta Bitcoin

Mungkin ramai yang tahu pencipta asal bitcoin adalah seorang lelaki dari jepun yang bernama Satoshi Nakamoto. Namun begitu, apabila seorang lelaki yang bernama Satoshi Nakamoto ditemubual dia mengatakan yang bukan dia pencipta asal Bitcoin malah dia tidak tahu apa itu bitcoin. Ramai yang terkejut dengan pengakuan Satoshi, ada yang percaya dia berpura pura tidak mengaku untuk menyembunyikan identitinya.

Ada yang percaya yang nama Satoshi Nakamoto itu adalah nama rekaan semata mata, dan bitcoin berkemungkinan dicipta oleh golongan elit dunia ataupun organisasi elit dunia. Sehingga hari ini siapa yang mencipta bitcoin masih lagi menjadi misteri. 

4. Red Room

Red room adalah satu laman web yang terdapat di dalam Dark web. Ia adalah satu laman web untuk memuaskan nafsu mereka yang gemar untuk menonton video video ganas,  seperti video video pembunuhan. Apa yang lebih menakutkan pembunuhan itu akan dilakukan secara live, dan pengunjung perlu membayar yuran untuk masuk ke dalam. Mereka boleh mengarahkan si pembunuh membnunh mangsa dengan apa cara sahaja yang mereka mahu.

Namun begitu, walaupun red room adalah sebuah kisah misteri yang popular ramai yang masih lagi meragui kewujudan red room kerana menurut mereka untuk mencari url red room adalah sangat sukar apatah lagi untuk masuk ke dalam. Ada yang percaya ini cumalah urban legend sahaja, ada juga yang percaya red room sebenarnya wujud tetapi mungkin bukan di dark web tetapi di marianas web…membawa kita ke fakta yang seterusnya…

3. Mariana’s web

Rata rata kita di sini tahu apa itu Deep Web, sebuah rangkaian internet rahsia yang hanya boleh dilayari menggunakan browser khas. Tapi tahukah anda ada lagi rangkaian internet yang lebih rahsia daripada Deep Web, ia digelar sebagai Mariana’s Web sempena nama kawasan paling dalam di lautan iaitu Mariana Trench.

Tiada siapa yang dapat mengesahkan rangkaian internet ini, ada yang percaya ianya Cuma rekaan dan rekaan semata mata, namun begitu ada juga yang percaya disebabakan untuk masuk ke dalam mariana’s web adalah sangat sukar, ada yang masih lagi berusha untuk mencari jalan masuk melayari rangkain internet rahsia ini. Kewujudan marianas web kekal rahsia sehingga hari ini.

2. Valor Por Tamaulipas

Di abad 21 ini perang cyber adalah sangat releven, ramai yang menggunakan internet ataupun social media untuk menyebarkan agenda ataupun berperang secara alam siber. Ini adalah kumpulan yang dikenali sebagai Valor Por Tamaulipas, sebuah laman facebook yang mendedahkan aktiviti kumpulan pengedar dadah di Mexico, tiada siapa yang tahu siapa mereka ini.

Maklumat maklumat yang disebarkan oleh mereka ini membantu pihak berkuasa memerangi kumpulan pengedar dadah ini. Dengan itu kumpulan pengedar dadah cuba untuk mencari admin facebook tersebut sehinggakan mereka akan menghadiahkan 50 ribu us dollar kepada sesiapa yang mendedahkan kumpulan Valor Por Tamaulipas, namun begitu kumpulan disebalik laman facebook ini kekal misteri.

1. Cicada 3301

Dianggap sebagai perkara paling misteri yang pernah terdapat di internet. Pada tahun 2012, Pada asalnya ini adalah satu teka teki yang sangat rumit untuk hacker yang dimuatnaik di laman web 4chan.org. Kononnya untuk mencari orang yang bijak, sesiapa yang dapat menyelesaikan teka teki ini akan diberikan habuan yang lumayan. Ramai yang membuat spekulasi yang itu adalah teka teki yang direka oleh CIA ataupun MIT, ataupun oleh kumpulan godam untuk mencari ahli baru.

Untuk menyelesaikan teka teki ini seseorang itu harus mempunyai pengetahuan di dalam matematik, sains, filosofi, sikologi dan agama. Ada yang mengakut dapat menyelesaikan teka teki Cicada 3301, jawapan untuk teka teki itu adalah sebuah nombor untuk mereka hubungi. Tiada siapa yang dapat mengesahkan siapa dan untuk apa teka teki tersebut direka. Menjadi antara misteri internet paling popular.

Terima kasih kerana membaca / menonton jika anda mahu lebih banyak update dari kami pastikan anda follow kami di sosial media dan muat turun applikasi, ikut pautan di bawah.

Youtube Kupi Kupi GO – http://bit.ly/KupiKGYTB

Instagram – http://bit.ly/KKG0IGM

Facebook – http://bit.ly/KupiKGFB

Twitter – http://bit.ly/KKGTWTR

 

Applikasi –

Appstore – https://apple.co/2Nq8pJX

Google Play – http://bit.ly/2y4Rrfo

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

5 Kawasan Lautan Yang Penuh Misteri

5 Kes Misteri Kehilangan Beramai Ramai