in ,

5 Objek Sumpahan Yang Benar Benar Wujud

5. The Dybbuk Box

Pada tahun 2001 seorang lelaki yang dikenali sebagai Kevin mannace membeli sebuah kkabinat meletakkan wine dari sebuah lelong. Apabila membeli cabinet tersebut hampir setiap malam Kevin mendapat mimpi buruk, tragis bila dia memutuskan untuk memberikan cabinet tersebut kepada ibunya dan ibunya terkena serangan strok pada hari yang sama.

Sejak dari hari itu sesiapa yang memiliki cabinet tersebut akan menerima nasib yang malang, pemilik terakhir kotak ini dijangkiti oleh penyakit kulit yang sangat kronik. Lagenda menceritakan yang kotak ini disumpah oleh roh yang digelar Dybbuk semasa perang dunia kedua dahulu. Kotak ini disembunyikan dari pandangan umum dan ia menjadi inpirasi kepada filem seram the possession.

4. The Hand Resist Him Painting

Menakutkan bila sesiapa yang mahu membeli lukisan ini akan diberikan amaran akan berlaku perkara yang pelik khususnya bila tiba waktu malam. Sesiapa yang pernah memiliki lukisan ini melaporkan yang budak lelaki dan perempuan di dalam lukisan akan berpindah posisi dan ada ketika mereka akan hilang dan kembali semula keesokan harinya.

Menurut pelukis lukisan ini Bill Stoneham, pintu di belakang budak lelaki ini adalah pintu kepada dunia lain. Apa yang pelik, pemilik gallery tempat dimana lukisan ini mula mula dipaparkan dan juga pengkritik lukisan ini meninggal setahun selepas melihat lukisan ini.

3. Crying Boy Painting

Ini adalah hasil lukisan pelukis itali geovani bragelin pada tahun 1950 dahulu, lukisan ini menjadi sangat popular sehinggakan replica lukisan asal dibuat berkali kali dan disebarkan di seluruh Britain. Apa yang menakutkan rumah yang memiliki gambar ini cenderung untuk terbakar dan dijilat api. Apa yang pelik dan misteri, bila kesemua perabot rumah terbakar hanya lukisan Crying Boy ini yang terselamat dan masih di dalam keadan yang baik.

Walaupun begitu ada yang percaya yang ini cumalah satu kebetulan sahaja dan tidak lebih dari itu, ada juga yang percaya lukisan ini adalah sebuah lukisan yang disumpah.

2. Busby’s Stoop Chair

Kisah sumpahan kerusi ini bermula pada tahun 1702, bila seorang pembunuh yang dijatuhkan hukuman mati duduk di kerusi ini sambil memakan jamuan terakhirnya di sebuah restoran. Apabila berdiri dari kerusi tersebut dia sempat berkata yang “Sesiapa yang duduk di kerusi ini dia akan meninggal dunia” sebelum berlalu pergi dan dijatuhkan hukuman.

Sejak dari hari itu, lebih dari 63 orang yang pernah duduk di kerusi tersebut meninggal dunia atau jatuh sakit, disebabkan risau dengan sumpahan tersebut, pemilik restoran memberikan kerusi tersebut kepada muzium pada tahun 1972, ia digantung di dinding dengan 1.5 meter dari permukaan untuk mengelakkan orang lain daripada duduk di situ.

1. Baju Kahwin Anna Baker’s

Ini adalah baju kawin milik seorang gadis dari keluarga yang berada dikenali sebagai Anna bakers jatuh cinta dengan seorang tukang besi dari keluarga yang miskin, mereka merancang berkahwin dan dia membeli baju kawin. Sebelum mereka sempat berkahwin ayah Anna menentang perkahwinan.

Disebabkan terlalu kecewa dan marah dia memutuskan untuk tidak mahu berkahwin dengan orang lain  sehinggalah dia meninggal dunia pada tahun 1914. Hari ini, baju kawin Anna Baker diletakkan di dalam cermin kaca di bilik lamanya, ada yang melaporkan pernah melihat baju tersebut bergerak dengan sendiri malah mundar mandir di kawasan rumah keluarga baker, mereka percaya yang itu adalah roh anna yang menari nari menggunakan baju tersebut yang dia tidak pernah alami semasa dia masih hidup.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Kartun Disney Denga Kisah Benar Yang Menakutkan

5 Pembunuh Saiko Paling Menakutkan