in

5 Orang Yang bangun ketika Pembedahan Dijalankan

5. Carol Weihrer

Carol mempunyai masalah kornea, setiap hari dia hidup di dalam kesakitan akibat daripada mata yang sensetif dan silau dengan cahaya. Keadaan ini memaksa dia untuk menjalankan 17 pembedahan dan tiada satu pun daripada 14 pembedahan tersebut Berjaya. Dan akhirnya doktro menasihati Carol untuk membuang biji matanya supaya sakit tersebut hilang.

Semasa hari pembedahan, dia diberikan ubat pelali membuatkan dia tidur semasa pembedahan berlangsung, tidak sehingga beberapa lama kemudian dia terbangun, sakit yang dia alami masih lagi ada, kemudian dia terdengar orang ramai di sekeliling katil carol salah seorang berkata “Potong dalam lagi, tarik lagi”. Rupa rupanya dia terbangun semasa pembedahan masih lagi berlangsung, dia tidak boleh bercakap dia tidak boleh bergerak. Bayangkan semasa Carol sedar matanya dicabut dan semuanya bertukar hitam. Walaupun carol tidak merasa sakit disebabkan kesan ubat pelali peristiwa tersebut masih membuatkan dia trauma.

4. Donna Penner

Donna Penner dijadualkan untuk menjalani pembedahan abdomen, setelah diberikan ubat tidur dan ubat pelali, pakar bedah memulakan pembedahan. Seperti juga carol dia terbangun ketika pembedahan sedang dilakukan, apa yang berbeza Donna pula dapat merasa setiap kesakitan akibat dari pembedahan yang sedang berlangsung.

Dia merasa sakit perutnya dipotong, dia merasa abdomen badannya dibedah, dia menyangka yang dia akan mati di dalam pembedahan 90 minit itu, malah menurut donna dia hampir sesak nafas, selain mengatakan yang dia merasakan yang paru parunya seperti terbakar. Peristiwa ini memberikan impak yang mendalam kepada donna dimana dia trauma dan depressi.

3. Sidney L Williams

Ini berlaku kepada seorang lelaki yang dijadualkan untuk menjalani pembedahan jantung. Sebuah pembedahan yang sangat merbahaya apatah lagi jika dilakukan apatah lagi jika dilakukan ketika pesakit sedar. Seperti juga Carol dan Donna dia diberikan ubat pelali dan ubat tidur, tetapi kesan ubat tidur hilang semasa pembedahan dijalankan. Dia terbangun mendengar bunyi gergaji yang sedang memotong tubuh badannya.

Apabila terbangun dia merasa sakit yang sangat perit, dia tidak boleh bercakap dan tidak boleh bergerak, menurut Sidney itu adalah sakit yang paling teruk pernah dia alami dan terasa seperti sedang dikebumikan. Cara untuk dia menahan sakit adalah dengan mencengkam gigi membuatkan giginya retak.

2. Jeannie Smith

Ini adalah seorang wanita yang dijadualkan untuk menjalankan pembedahan ovary, dia diberikan ubat pelali dan ubat tidur dan dibawa ke bilik pembedahan, tidak sehingga dia terbangun disebabkan oleh lampu yang terang menuluh wajahnya. Dia tersedar, tetapi tidak dapat membuka mata, bergerak ataupun bercakap. Dia merasakan sakit selama 45 minit pembedahan dilakukan. Menurut Jeannie pembedahan tersebut seperti ada bom yang meletup berkali kali di dalam tubuh badannya.

Apabila siasatan dilakukan, mereka mendapati yang ubat pelali telah habis semasa pembedahan sedang dijalankan ini disebabkan oleh kecuaian pakar bedah. Dia kemudian menyaman hospital tersebut dan diberikan 150000 is dollar sebagai pampasan.

1. Caroline Coote

Caroline dijadualkan untuk menjalani pembedahan membuang hempedu, seperti juga pesakit2 yang lain dia diberikan ubat pelali dan ubat tidur, apa yang mereka tidak perasan tong yang mengisi ubat pelali ke tubuh badan Caroline bocor dan dia terbangun ketika pembedahan sedang dijalankan. Apabila terbangun dia dapat merasa kesakitan yang doktor sedang memotong bahagian hempedu, tetapi caroline tidak dapat bergerak dan hanya mempu mengeluarkan air mata.

Tidak sehinga salah seorang dari pakar perasan yang jantung caroline berdegup dengan laju barulah mereka memeriksa tong tersebut dan caroline tertidur semula. Selepas pembedahan siap dijalankan dia menjadi emosi, marah dan tidak puas hati. Dia mengalami stress, depressi dan serangan panic.

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Eksperiment Pelik Yang Pasti Manghairankan Anda

5 Kanak Kanak Yang Dibesarkan Oleh Haiwan