in

5 Orang yang Mengaku Pernah Menjelajah Masa [Bah 2]

  • Lelaki dari tahun 3207
IMAGE CODE FOR WEBSITE

Ini adalah kisah yang disebarkan melalui satu temubual di sebuah saluran youtube ApexTv, pada bulan disember 2017 bila seorang lelaki yang tidak dikenali mengaku yang dia pernah menjelajah masa ke tahun 3207, ini adalah sebahagian daripada kajian rahsia tentera dari negara greece. Kononnya dia berkhidmat untuk tentera greek selama 6 tahun sebelum mengambil bahagian di dalam kajian tersebut pada tahun 2013. Kononnya, dia berada di tahun 3207 selama dua hari.

Apa yang menarik sebulan selepas kisah tersebut tersebar seorang pelajar pula mengaku pernah menjelah masa ketika mengambil bahagian di dalam satu kajian professornya pada tahun 2008, yang ini lagi pelik bila dia mengaku menjelajah ke tahun 100000. Katanya pada tahun tersebut berlaku perang diantara manusia dengan robot. Adakah kisah ini betul ataupun tidak? Semak sumber asal di discription di bawah dan anda tentukan sendiri.

Lelaki dari tahun 3207 –

IMAGE CODE FOR WEBSITE

Lelaki dari tahun 10000

  • Clara, wanita dari tahun 3780
IMAGE CODE FOR WEBSITE

Sebuah lagi kisah penjelajahan masa yang dilaporkan oleh ApexTV, pada tahun 2018, ini adalah kisah yang diceritakan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai clara, katanya dia mengambil bahagian di dalam satu kajian yang dilakukan oleh tentera amerika syarikat pada tahun 2000 dan dia telah dihantar ke tahun 3780. Clara mempunyai misi untuk mendapatkan teknologi yang digunakan pada tahun tersebut.

Apa yang pelik dan mungkin menakutkan, clara membuat kenyataan yang teknologi menjelajah masa telahpun wujud dan sedang digunakan pada waktu ini, malah ia telah wujud berdekad dekad lamanya khusus digunakan untuk tujuan ketenteraan.

Sumber

  • John, Lelaki dari tahun 4000
IMAGE CODE FOR WEBSITE

Berbeza dengan individu2 lain di dalam senarai ini, john bukanlah seorang yang berasal dari tahun kita sekarang ini. Tetapi dia berasal dari masa depan lebih tepat lagi dia berasal dari tahun 4000 dan menjelajah masa ke tahun 2018. Menurutnya lagi dia adalah pengasas dan pemilik kepada sebuah syarikat kenderaan pada tahun 4000. Kini telah tinggal di masa lalu selama 6 tahun. Katanya lagi pada masa hadapan hampir semua kerja manusia akan digantikan oleh robot. Dari kilang sehinggalah kedai, restoran hampir kesemuanya diuruskan oleh sistem robot ataupun artificial intelligence AI.

Apa yang lebih pelik, menurut john lagi pada tahun 4000 semua spesis binatang hampir pupus, tiada seekor burung pun yang hidup ini adalah untuk memastikan kenderaan terbang tidak berlanggar dnegan burung2.

Sumber –

VIDEO

  • Edward, Lelaki dari tahun 5000

Tular pada bulan febuary 2018 diceritakan oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Edward. Dia mengaku pernah menjelajah masa ke tahun 5000 bila bandar2 maju di dunia telah hancur disebabkan tenggelam oleh paras air lautan yang menjadi semakin tinggi. Bukan itu sahaja edward juga mengaku dia sempat mengambil gambar badar Los Angelas yang terletak di Amerika Syarikat. Menurutnya lagi dia mengambil bahagian di dalam satu kajian rahsia yang dilakukan oleh tentera amerika syarikat pada thaun 2004 dan telah dihantar ke tahun 4000.

Kehancuran bandar2 ini disebabkan oleh pencairan ais di kutub utaram secara langsung ini akan menyebabkan paras air menjadi semakin tinggi dari tahun ke tahun sehinggalah kebanyakan kawasan darat di muka bumi ini tenggelam. Manusia hidup dengan membina rumah di atas permukaan yang terapung. Menarik bila Edward menggambarkan keadaan yang pernah berlaku di kota2 silam yang tenggelam di dasar lautan seperti atlantis.

Sumber –

  1. William Taylor, lelaki dari tahun 8973

Ini adalah kisah seorang lelaki yang bernama William Taylor, dia mendapat liputan media melalui internet pada bulan januari 2018, seperti juga mereka yang mengakut pernah menjelajah masa william megatakan yang dia terlibat di dalam satu kajian yang dilakukan oleh tentera british dan menjadi bahan ujikaji selama dua dekad. Dia menjelajah ke tahun 8973 apa yang menakutkan menurut taylor pada tahun tersebut manusia sudah pupus dari muka bumi. Digantikan dengan spesis separuh manusia dan separuh robot ataupun dengan erti kata lain cyborg.

William juga mengaku apbila dia kembali ke tahun 2005 dia ada mengambil beberapa keping gambar ketika berada di tahun 8973 tetapi telah dirampas oleh tentera british. Apa yang menarik dia mendedahkan satu maklumat rahsia sulit tentera british, yang kononnya cara untuk menjelajah masa telah wujud sejak tahun 1981 lagi, teknologi ini diambil daripada teknologi kapal makhluk asing yang terhempas ke bumi dan yang menarik lagi teknologi ini akan dibuka untuk umum pada tahun 2028.

Sumber

Gambar

Tonton juga video penjelajahan masa kami yang lain

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kupi Kupi App Under Maintanence