in

5 Orang Yang Tidur Dengan Mayat

5. Robert Calvin Mark

Ini adalah kisah yang berlaku di Tenesse Amerika Syarikat pada tahun 2018 melibatkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Rober Calvin Mark berumur 64 tahun. Dia tinggal bersama sama dengan teman wanitanya Dorris Ann Braithwaite yang berumur 72 tahun, tidak sehingga pihak polis telah menyerbu rumah Robert dan menemui Mayat dorris yang berbaring di lantai dianggarkan hampir reput dibiarkan di situ.

Robert telah ditahan untuk membantu siasatan. Apabila jiran Robert disiasat mereka mengatakan yang rober memang jarang keluar dari rumah, bermaksud dia tinggal bersama sama mayat teman wanitanya untuk berminggu minggu ataupun berbulan bulan lamanya.

4. Robert James Kuefler

Ini berlaku pada tahun 2016, Seorang lagi yang bernama Robert, kali ini melibatkan kisah Robert James Kuefler. Kalau tadi Robert calvin tinggak berbulan bulan dengan mayat teman wanitanya. Robert james pula tinggal bersama dengan mayat ibunya sendiri dan juga adik kembarnya. Kali ini dia tinggal bersama sama selama setahun. Apa yang pelik, ahli keluarga yang lain pun tidak tahu tentang kematian ibu dan adiknya.

Robert mengaburi mata ahli keluarga yang lain dengan memberitahu mereka yang ibunya sedang sakit dan tidak boleh bercakap di telefon. Rata rata mereka percaya dengan penipuan tersebut. Apabila disoal siasat robet mengaku yang ibunya telah meninggal sejak bulan ogos 2015 lagi dan adik kembarnya telah meninggal beberapa bulan sebelum itu. Disebabkan trauma dia merahsiakan perkara tersebut dari orang lain. Apabila ditemui Robert telah mengawet adik kembarnya, dan ibunya pula hanya tinggal tulang temulang.

3. Matthew Schmarr

Ini berlaku pada tahun 2017, bila seorang lelaki yang dikenali sebagai Matthew Schmarr yang berumur 35 tahun di New Jersey. Bila polis menyerbu sebuah rumah dan menemui Matthew sedang berbaring di katil dan mayat wanita berumur 52 tahun berada di katil bertentangan pihak polis mendapati yang wanita tersebut telah meninggal 3 hari sebelum itu.

Wanita tersebut adalah penduduk yang menyewa bilik yang sama, ataupun roommate matthew. Bukan sahaja dia tidak menguruskan mayat wanita tersebut tetapi dia juga menghidsap dadah kokain dan heroin selama tiga hari tersebut. Dia juga cuba mereka cerita yang wanita tersebut membunuh diri dan menjual barangan miliknya. Dia telah dipenjarakan selama 3 tahun.

2. Doris Kriby

Ini adalah sebuah kisah yang menyanyat hati, berlaku pada tahun 2014 dahulu melibatkan pasangan warga emas Doris Kirby dan juga suaminya. Kedua pasangan ini mempunyai masalah kesihatan di mana Dorris yang mempunyai penyakit Alzheimer sering dijaga oleh suaminya yang juga mempunyai sakit tenat.

Bagaikan jatuh ditimpa tangga, suami Doris pula meninggal, meninggalkan dia berseorangan di rumah. Tidak mempu untuk menguruskan mayat suaminya Doris tinggal bersama sama dengan mayat suaminya untuk beberapa bulan tidak sehingga pihak polis memeriksa rumah Doris mereka menemui mayat suaminya dan Doris yang terlentang sakit. Dia telah diselamatkan namun begitu meinggal tidak beberapa lama selepas itu.

1. Michael Eugene Sticken

Ini berlaku pada tahun 2015, Micheal Eugene Sticken tinggal bersama ibunya yang seorang warga emas. Rumahnya diserbu oleh pihak polis pada 13 May, pelik bila seluruh rumah berbau busuk seperti ada sesuatu yang mati. Apabila memeriksa seluruh rumah mereka menemui mayat seorang wanita tua dikenali sebagai Joyce yang berumur 81 tahun yang telah meninggal sejak beberapa bulan.

Micheal telah ditahan dan disoal diasat pihak polis dan mereka mendapai yang Jouce adalah ibunya sendiri. Dia sengaja membiarkan mayat ibunya mereput di rumah disebabkan mahu mendapatkan wang bantuan yang diterima ibunya setiap bulan.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Penjara Paling Pelik di Dunia

5 Keluarga Yang Tinggal di Rumah berhantu