in ,

5 Orang Yang Tinggalkan Kekayaan Untuk Hidup di dalam Hutan

 

  1. David Glasheen, Australia

Bila ramai yang memutuskan untuk tinggal di hutan semata mata untuk mengelak daripada kepayahan hidup di Bandar, David Glasheen pernah menjadi seorang yang berada. Malah hartanya pernah mencecah sehingga 28 juta dollar daripada pelaburan perlombongan emas. Namun begitu pada tahun 1987 kemorosotan ekonomi menyebabkan dia kehilangan lebih separuh daripada hartanya. Bagaikan jatuh ditimpa tangga, dia juga bercerai dengan isterinya.

Selepas mengelami rugi besar, david membeli sebuah pulau terpencil di Australia, pada asalnya untuk mendirikan sebuah resort mewah tetapi rancangan tersebut tidak Berjaya, sejak dari hari itu dia tinggal di sana dan hanya menaiki bot ke Bandar berdekatan untuk mendapatkan bekalan.

  1. Christopher McCandless, Alaska

Christopher adalah seorang lelaki yang berpendidikan tinggi, dia datang dari keluarga yang berada dan mempunyai kerjaya. Tidak sehingga dia memutuskan untuk keluar dari Bandar dan masuk ke kawasan hutan di Alaska, christoper serik dengan kehidupan moden yang materialistic dan memutuskan untuk bersendiri.

Dia berada di hutan selama 112 hari dan tinggal di dalam sebuah van yang terbengkalai. Mayat Christoper ditemui berdekatan dengan van tersbeut dan puca kematiannya adalah disebabkan kebuluran.

  1. Ted Kaczynski, Amerika Syarikat

Seperti Christopher, Ted adalah seorang yang berpelajaran, malah dia juga dijangka akan menjadi professor Matematik di University Carlifornia. Namun begitu dia memutuskan untuk meninggalkan kehidupannya sebagai ahli akedemik pada tahun 1969 dan bersembunyi di kawasan terpencil di Montana. Di sana dia memulakan kempen untuk mengebom kawasan-kawasan university dan juga lapangan terbang.

Di dalam satu insiden serangan bom Ted, dia membunuh 3 orang dan mecederakan 23 yang lain. Dia telah ditangkap dan diberikan hukuman penjara seumur hidup.

  1. Yuri Alekseyev, Russia

Ini adalah kisah seorang lelaki dari Russia, Yuri Alekseyev adalah seorang peguam dan juga seorang aktivis yang lantang menentang presiden Russia Vladimir Putin. Sebagai seorang peguam dia dikatakan hidup senang dan berada. Dia memutuskan untuk melarikan diri dari Moscow dan hidup di hutan 6 kilometer dari Moscow.

Berbeza dengan rumah rumah yang lain di dalam senarai ini, rumah Yuri yang menyerupai sebuah pondok yang kecil ini lengkap dgn pelbagai kelengkapan rumah seperti elektrik solar dan internet. Dia juga mempunyai ratusan koleksi buku. Yuri digelar sebagai hobit.

  1. Colbert, Amaerika Syarikat

Ini adalah kisah seorang lelaki yang suatu ketika dahulu pernah bekerja sebagai pengurus kewangan dan menikmati kehidupan kaya raya, Gaji Colbert adalah 10 ribu us dollar sebulan dan memiliki keluarga dan rumah yang besar. Tidak sehingga dia memutuskan untuk masuk ke dalam hutan paya dan tinggal di sana semata mata untuk hidup bersendirian.

Untuk mendapatkan makanan dia akan memburu, dia membina rumah kayunya sendiri. Apabila ditemubual, Colbert mengatakan yang dia lebih bahagia tinggal sendiri di dalam hutan jauh daripada peradaban manusia.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

6 Orang Yang Berkahwin Dengan Benda PelikĀ 

Bilik Seram Genting Highland – Matt